Fellow Friends

27 May 2017

Selamat Datang Ramadan!

Assalamualaikum wbt. dan Salam Ramadan buat semua.

Entri kali ini rasanya aku tak ada banyak benda nak dicoretkan. Sekadar untuk meraikan Ramadan yang datang menyapa. Alhamdulillah dipertemukan dengan Ramadan lagi. Moga-moga kita semua dapat menghargai Ramadan yang tiba ini dengan sebaiknya. Dan moga-moga diberikan nikmat kesihatan dan nyawa untuk meneruskan Ramadan hingga ke akhirnya. Amin. InsyaAllah.

Ramadan kali ini aku hadap dengan keluarga, di samping struggle untuk menamatkan pengajian yang masih berbaki. Moga-moga dipermudahkan. Orang kata kayuh pelan-pelan, insyaAllah sampai ke destinasi yang dituju.

Alhamdulillah semester pun bakal nak berakhir. Minggu ini merupakan minggu terakhir kuliah. Sekarang tunggu sahaja exam dan bergerak mencari destinasi untuk praktikum. Semoga dengan berkat Ramadan segalanya dipermudahkan. Segala task dan assignment juga harapnya selesai dengan jayanya lah. Kecuali kajian aku, terbantut sikit dek pelbagai pancaroba. InsyaAllah, graduate on time. Fighting!

Akhir sekali aku ucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua, yang datang yang pergi yang masih di sini yang dah berlalu dari hati. Semoga Ramadan kali ini buatkan kita lebih dekat kepada Pencipta lebih menghargai Ramadan itu sendiri. Baik untuk diri aku dan juga rakan-rakan yang lain. Jangan lupa niat puasa ya. Hiks.

See you  ada rezeki jumpa lagi.

Assalamualaikum.

p/s: #NA, Selamat Berpuasa

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...