Fellow Friends

02 July 2017

Aidilfitri Menjengah Di Balik Keredupan

Allahuakbar!! Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah sudah masuk 8 Syawal kita ya. Masih diberikan ruang dan peluang untuk menghadapi Ramadan dan juga meraikan "kemenangan" (faizun) menyambut Syawal. Anugerah Terindah.

Aidilfitri aku sekeluarga tahun ini agak berbeza. Hal ini disebabkan kami semua beraya di sini sahaja, tanpa pulang ke kampung disebabkan beberapa kekangan. Dengan itu makanya secara tidak rasmi boleh aku katakan yang kami akan "settle down" di sini lah kiranya. Semoga Syawal akan datang disambut dengan kemeriahan dan kesederhanaan.

Bercerita sedikit berkenaan Ramadan, aku membantu kawan di bazar pada tahun ini. Alhamdulillah pengalaman berguna untuk aku. Dalam masa yang sama mengisi ruang masa yang ada selain urusan ibadah. Dengan kesederhanaan tersebut dapatlah aku sehelai kurta untuk digayakan pada raya tahun ini. Cukup dengan satu sahaja. Hakikatnya terasa janggal aidilfitri kali ini. Mana tidaknya, malam raya baru mencari kurta yang satu. Menggunakan masa "me-time" untuk muhasabah mengenang apa yang telah dilalui sepanjang hidup ini. Subhanallah. Terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakan. Namun hakikat insan, yang tidak dimiliki itu juga lah yang dikeluh kesahkan. MasyaAllah.

Raya disambut dengan kesederhanaan. Aku pun tak beraya sangat. Kecuali weekend ni lah. Beraya ke rumah saudara dan juga kenalan yang buat rumah terbuka. Syukur masih boleh merasai apa itu nikmat raya.

Dalam kemeriahan ini juga, berbalik kepada Ramadan yang lepas. Ini lebih kepada refleksi diri juga lah. Hakikat insan. Ya, apa yang dihajati perlu diminta. Alhamdulillah sudah bertahun-tahun menjadi kelaziman aku untuk meminta apa sahaja di bulan mulia, Ramadan al-mubarak. Allahu

Diminta diberikan jawapan kepada kekusutan. Hati ini masih tersemat sebuah rasa, yang tak mampu diungkapkan. Pada awalnya seakan memberontak jiwa, kenapa kali kedua aku ditimpa perkara sebegini. Dan kenapa pula dengan pertemuan se epik itu hati ini bertaut? Ah sudah.

Diberikan jawapan yang mudah. Jawapan dengan soalan. Adakah kau bersedia? TIDAK. Adakah dipaksa untuk wujud rasa itu? TIDAK. Adakah salah untuk mereka tidak punya rasa yang sama seperti apa yang kau rasa? PUN TIDAK. Jelas dan padat pengisian dan jawapan yang diberikan. Hakikat insan, menyinta tak semestinya memiliki. Namun melihat kebahagiaan insan cukup mempesonakan, di samping didoakan kebahagiaan berkekalan. Dalam masa yang sama didoakan agar ketemu bahagia sendiri yang sedang dicari.

Bila difikirkan semula, banyak nya silap dari aku. Punca hanya satu. Memberi dengan mengharapkan balasan. Cukuplah melihat orang yang disayang bahagia. Mungkin rezeki kita belum tiba. Mungkin juga rezeki kita yang lainnya sudah ada namun tidak terjelas dek kerana kesedihan yang lain nya.

Ramadan kali ini benar-benar memberikan jawapan. Namun hakikat insan, sekuat mana menerima takdir, terpalit juga kesedihan dan kekecewaan. Tidak mengapa. Itu menunjukkan kita insan normal, punya hati dan juga perasaan. Sabar dan terus sabar.

Di akhirnya pasti ketemu jawapan yang sangat indah. Ya, sangat indah dan tak terduga dengan akal fikiran. Masanya? Mungkin di sini. Mungkin juga di sana? Betahan dan bersabar.

Buat yang "Tujuh", melihat kamu bahagia melalui kenalan-kenalan merumuskan yang kamu sudah capai apa yang kamu inginkan. Dalam kesukaran, hakikat insan, demi Tuhan, aku terima takdir ini. Mudah-mudahan.

Buat yang "Sepuluh", perkenalan yang cuma sementara telah menimbulkan satu rasa yang tak pernah diduga. Kerna semua rencana dariNya. Mendoakan kamu terus bahagia walaupun diri ini sendiri terkejut dengan khabar yang diberikan. Melihat kamu bahagia itu yang utama. Adakala mendiamkan diri lebih manis daripada terus menanti walaupun sudah ketemu jawapan yang pasti, kamu bukan untuk aku miliki.

Seakan dunia nampak kejam kan? Percayalah, kekejaman ini lah yang akan kau syukuri satu hari nanti. Kerna perkara ini telah terjadi telahpun terbukti. Tak tercapai dek akal bagaimana mahu lupakan yang Tujuh, Tuhan hadirkan yang Sepuluh, Sekelip mata hilang derita. Satu hari nanti mengharapkan padaNya agar dikurnia rasa itu semula. InsyaAllah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...