Fellow Friends

10 January 2018

Perjuangan ke Sisa Akhir

Assalamualaikum wbt. Allahu. Alhamdulillah. Dalam kekalutan titisan perjuangan masih diberikan peluang dan ruang untuk kembali mengambil "mood" mengukir kata di layar suci ini.

2017 sudah pun berlabuh, 2018 menanti pasti untuk dijejaki. Entah, aku sendiri belum pasti, apakah bentuk pancaroba yang mendatang.

Sedikit review ringkas 2017 aku, perjalanan turun naik persis roller coaster. Pelbagai urusan & kejadian telah dilalui. Dimulakan dengan awal yang bersemangat, sedang dalam keadaan gembira diketuk khabar duka. Di saat ingin semula merasa kemanisan bahagia, dicampak entah ke mana perginya mereka. Sungguh! Terlalu banyak turun naik. Namun apa yang aku dapat belajar untuk 2017 adalah untuk terus kuat, berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Demi sebuah kebahagiaan holistik.  Penghujung yang pada aku membahagiakan walaupun ada masa-masa berasa akan kebahagiaan itu cuma sementara. Ahh, itu aku ceritakan nanti bila tiba masanya. Kerana setiap cerita itu punya makna, yang memberikan corak dalam kehidupan ini.

2018 menjengah. Aku masih lagi dalam perjuangan sisa akhir untuk menamatkan pengajian. Dalam masa yang sama bakal memulakan perjuangan ke arah fasa yang lain iaitu fasa bekerja. Entah, aku sendiri masih keliru. Namun masih mampu rasional, segala apa yang berlaku itu sudah suratan, tinggal aku sahaja rencanakan.

2018, membawa satu harapan agar sinar kehidupan ini kembali lagi. Jauh disudut hati, aku juga ingin bahagia. Akhirnya bila difikirkan semula, kita manusia sering cemburu dengan apa yang orang lain ada. Aku mendoakan agar 2018 ini memberikan peluang untuk aku lebih tenang menghadapi kehidupan. InsyaAllah.

Tiada kata untuk aku tuliskan nukilkan lagi, cukup dahulu buat masa ini. Aku cuba tinggalkan satu quotes dari Kahlil Gibran, yang mana menjentik sanubari untuk aku menulis lagi.

"Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur, ketika kita menangis, ketika kita membayangkan?"
"Itu kerana hal yang terindah di dunia tidak terlihat....."

p/s: Selamat tahun baru semua! Semoga Tahun baru ini memberikan manfaat kepada diri kita untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. InsyaAllah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...