Fellow Friends

13 March 2018

Sinar Baharu

Assalamualaikum wbt. Allahu. Lama juga tidak menjengah blog peribadi aku ni. Apatah lagi nak post something. Actually banyak benda yang ingin dicoretkan di sini. Sebabnya blog ini lah dari awal penubuhan tahun 2011 or 2010 dulu aku duk tulis semua benda kat sini. Namun disebabkan komitmen, kekangan masa dan keadaan termasuk juga isu hati dan perasaan, aku terpaksa menghentikan seketika tarian jari di papan kekunci bagi menjejak rentak di atas lembaran putih ini. Semoga posting kali ini tidaklah nampak kaku. Maklumlah lama dah tak menulis walaupun baru sahaja selesai menulis 'tesis'. Hahaha

Posting kali ini mungkin agak panjang lebar. Mungkin. Sebab lama benar tak menulis kan. So layan lah kalau rajin dan ada masa wahai readers sekalian (masih ada readers ke? or memang ada readers ke sebelum ni pun? LOL)

Alhamdulillah, perjalanan ijazah sarjana (Master Degree) aku dah menemui penghujungnya. Berhempas pulas selama dua tahun, pelbagai liku-liku yang dah aku rasa. Aku bersyukur kerana diberikan peluang ini di samping kebanyakan rakan-rakan aku yang lain dan 'settle down' dengan hidup mereka. Setelah tamat pengajian ini baru aku fahami tentang makna sebenar pendidikan dan perjuangan untuk kelangsungan hidup. Pucuk pangkalnya setiap insan itu telah direncanakan kehidupan mereka oleh-Nya. Jadi sentiasalah bersanga baik dan sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan.

Ya perjalanan dua tahun ini tidak mudah. Walaupun aku dikurniakan banyak sokongan daripada pelbagai lapisan individu, daripada rakan dan keluarga, cabaran cukup getir. Ada juga beberapa ketika dan masa aku terasa goyah dengan pendirian sendiri. Aku juga pernah menyalahkan takdir mengapa aku yang terpilih untuk ke jalan ini sedangkan tiada langsung dalam perancangan hidup aku. Muhasabah diri, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Di situ aku mula sedar akan hikmah di sebalik perjalanan ini.

Suka, duka, kecewa, derita, sakit, sengsara dan bermacam lagi perasaan yang tak terluah sepanjang dua tahun ini. Aku tinggalkan socmed seketika, ada juga yang ditinggalkan sebaik sahaja heartbroken dahulu. Semoga tahun 2018 ini menjadi titik mula untuk aku munculkan diri semula. InsyaAllah.

Di balik struggle, di balik kegelisahan dan kegusaran. Aku dikurniakan seorang insan yang tak pernah aku fikirkan untuk jadi "se-signifikan" ini. Boleh aku katakan ini merupakan cinta ketiga dalam hidup aku. Sungguh aku bahagia. Memiliki ataupun tidak, itu bukan destinasi, yang aku kagumi perjalanan kisah ini.

Kini, aku masih struggle lagi, mencari rezeki demi sesuap nasi, demi meneruskan kelangsungan hidup, semua benda aku buat. Aku juga seronok apabila melakukan kerja yang dikatakan kerja "orang tak belajar tinggi" ini. Jelas aku melihat bagaimana kelompok masyarakat menilai dan melayan seseorang itu. Benar, layanan mereka itu menunjukkan setinggi mana darjat mereka menilai seseorang.

Analogi yang cukup mudah; terdapat dua kelompok masyarakat apabila memerhatikan gelagat sekumpulan manusia sedang mengambil sampah dari rumah ke rumah. Lalu memberikan pesanan ringkas kepada generasi terdekat.

Satu - Adik, nanti bila dah besar belajar rajin-rajin biar pandai. Nanti takdelah kerja macam orang tu kutip sampah. Memalukan.

Dua - Adik, nanti bila dah besar belajar rajin-rajin biar pandai. Nanti bantu orang-orang kutip sampah tu supaya hidup mereka lebih selesa.

Begini lah norma dalam masyarakat kita. Jadi kita sendiri boleh menilai kita berada dalam kelompok yang mana. No wonder lah sekarang ni senang sangat benda-benda viral. Yang lebih menyedihkan viral pula benda yang tidak keterlaluan dikatakan bodoh. Cukuplah. Hilang martabat keilmuan waima masyarakat belajar sampai SPM sekalipun, cukup mencerminkan betapa retaknya institusi pendidikan kita.

Aku dah melalut panjang ni sampai keluar daripada topik. Hahaha.

Sinar Baharu?

Ya aku mengharapkan sinar baharu. Pertama sekali untuk diri aku. Semoga aku lebih memahami setiap perilaku masyarakat selepas ini dan semoga aku juga dapat manfaatkan apa yang aku belajar selama ini berkhidmat kepada ahli masyarakat yang lain.

Aku juga mengharapkan sinar baharu kepada masyarakat kita pada hari ini supaya lebih terbuka dalam menerima kepentingan pendidikan. Ya bermodalkan 1.5k MYR untuk dapatkan lesen lori seterusnya peroleh pendapatan jejak 10k MYR monthly. Tidak menjadi kesalahan pun. Cuma harga yang perlu dibayar esok hari adalah berkaitan mentaliti. Fikirkan. Dengan pendidikan mampu mengubah mentalili ahli masyarakat. Kebanyakan negara ASEAN juga berjuang untuk merdeka suatu ketika dahulu disebabkan tidak memperoleh pendidikan yang sempurna daripada penjajah. Kita yang dah merdeka ini pula tidak mahu mengharapkan pendidikan yang terbaik untuk generasi akan datang. Kebejatan apakah ini?

Akhir sekali, aku juga mengharapkan sinar baharu untuk kepimpinan akan datang memandangkan PRU juga kian menjengah. Aku mengambil jalan mudah. Negara maju yang lain sering bertukar pemimpin setiap penggal demi menunjukkan kepada penguasa bahawa rakyat masih mempunyai kuasa dalam sistem demokrasi. Tidak salah juga diberikan peluang kepada pihak lain untuk mentadbir dan menunjukkan kebolehan. Cukuplah dengan keadaan yang menekan ketika ini. Aku tak fikirkan benda lain kecuali hanya satu; apakah nasib generasi sekarang dan akan datang sekiranya tekanan sebegini berterusan. Maaf. Aku tidak berniat untuk mencetuskan apa-apa. Kita boleh saja berbeza pendapat selagi tidak "menunggang" emosi dalam berhujah. Bukalah mata. Aku juga mengharapkan dengan nukilan ringkas aku ini sedikit sebanyak dapat membuka mata readers berkaitan perkara ini. Please, tunaikan tanggungjawab anda. Keluarlah mengundi. Itu hak anda.

Konklusinya, aku mengharapkan sinar untuk kita semua. Ya aku berada dalam situasi hujan lebat guruh kilat dan sebagainya. Mungkin kalian juga. Namun aku juga optimis tentang sinar baharu untuk kita semua. Percayalah. Fikiran yang positif mendorong ke arah yang lebih positif. Keep calm and stay positive. Doakan aku juga semoga dipermudahkan urusan pencarian kerja ya. Amin.

Adios.
Adios.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...