Fellow Friends

06 June 2018

Rindu Membawa Aku Ke Sini

Assalamualaikum wbt.

Hai, apa khabar readers sekalian? Semoga kalian baik-baik aja di Bulan Ramadan ini. Diam tak diam, Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Semoga kita semua dapat manfaatkan sebaik mungkin Ramadan kali ini. Ya lah, siapa kita untuk beri jaminan bahawa kita akan bertemu Ramadan lagi pada tahun hadapan.

Ya, setiap kali Ramadan. Rindu itu seringkali hadir. Rindu yang pelbagai. Posting kali ini juga mungkin memberikan bayangan akan deep words yang mungkin sukar difahami. End up selepas beberapa tahun kalau aku baca balik pun posting sebegini, aku juga lost! LOL

Ya rindu bertamu lagi. Insan yang pernah wujud setahun yang lain. Muncul kembali walaupun hanya sekadar menukar Display Picture pada akaun socmed nya. Allahu. Namun rindu pada kali ini seakan dapat diamati dan disedari bahawa diri ini juga sudah punya insan yang perlu dijaga akan hatinya.

Rindu juga membawa aku ke sini, untuk menerbitkan kata-kata yang sukar diungkap namun diusahakan untuk diluahkan melalui papan kekunci ini. Rindu tentang bagaimana sebuah kehidupan yang unik, wujudnya perasaan dalam keadaan tanpa diri sendiri jangka boleh merasai nikmatnya cinta.

Rindu telah membawa aku ke sini. Ke satu tahap yang tak pernah diri sendiri fikirkan. Alhamdulillah. Pelbagai onak dan halangan sepanjang jalan yang penuh ranjau berduri, setakat ini berjaya dilalui. Alhamdulillah.

Rindu juga membawa aku ke sini. Mari menikmati secangkir kopi di malam hari. Dingin. Dihirup dalam keadaan paling tenang. Ya semua tentang rindu. Bukan sahaja kepada diri ini, juga kepada mereka-mereka yang telah pergi sama ada mati dalam dunia ini mahupun mati dalam jiwa sanubari ini. Oh rindu kini hanya sekadar rindu.

Rindu juga membawa aku ke sini berteman angin malam dalam suasana sunyi. Rindu akan kenangan lama mengusik jiwa. Bagai sang anak kecil meronta untuk memiliki apa yang dihajati. Rindu akan suasana desa halaman yang pasti entah berapa kurun akan kembali lagi. Ternyata persengketaan dimulakan dengan retaknya sebuah harapan. Diakhirnya berkecai remuk hancur di lantai pengharapan.

Ya akhirnya aku di sini, realitinya rindu sebegitu kekal hanya kenangan. Didoakan agar mereka semua dalam keadaan sihat dan ria. Semoga kalian juga rindu akan sosok ini. kerna jauh di sudut hati. Aku juga rindu kalian, aku rindu kenangan bersama, aku rindu akan indahnya suasana, aku juga rindu akan semuanya.

Salam Rindu
Salam Ramadan
Salam Aidilfitri

p/s: rindu pada cik bunga. Semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dan kejayaan dalam apa yang beliau sedang lakukan. Kerna aku di sini bukan sahaja menyokong kamu, malah kekal sebagai perindu setia. Selamat ulangtahun sayang (12 Jun 199X)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...