Fellow Friends

03 December 2011

125 Tahun : Sejarah diukir...Arsenal FC


sumber : google images





1886 ; dimana gambar di atas diambil. Mereka meupakan pekerja di Dial Square Workshop. Dan mereka juga lah yang mula-mula menubuhkan Arsenal yang dahulunya dikenali sebagai Dial Square. 1 Disember mula ditubuhkan dan pada 11 Disember 1886, perlawanan pertama kelab di utara London tersebut berlangsung menentang Estern Wanderes di Isle of Dogs.

Perjalanan yang panjang di Highbury, yang sebelumnya pula di Manor Ground dan kini di Emirates Stadium menggamit pelbagai memori dan juga pelbagai kejayaan elah dikecapi sepanjang 125 tahun penubuhan kelab. Arsenal boleh dikatakan antara kelab yang terbaik di London.

Di peringkat Eropah, diakui Arsenal tidak segah Manchester United dan juga Liverpool. Hanya cukup sekadar menjulang Cup Winners Cup(1994) pada ketika itu menentang Parma dan juga kejayaan memenangi Fairs Cup.Itu sahaja yang boleh kita banggakan selain daripada musim 2005/2006 dimana kita gagal di final Uefa Champions League menentang Barcelona yang berkesudahan 2-1. Sudah pasti, kita akan tersenyum sendiri mengimbau kembali kisah kelab kesayangan kita ini.
 
sumber : google images...Cup Winners Cup 94'

Aku juga pasti, buat mereka yang 'die-hard-fan' bertaraf otai akan sentiasa mengingati peristiwa Anfield 89' sebagai saat paling manis sebagai penyokong Arsenal. Kerana apa??? Pada waktu tersebut..Liverpool merupakan kuasa bola sepak Inggeris.Kenapa aku katakan  peristiwa tersebut sangat manis terutama kepada otai-otai fans arsenal kita??? Kerana di saat mereka sebelah tangan menggenggam piala,mereka dirobek oleh jaringan Alan Smith dan Micheal Thomas dan pada ketika itu juga Arsenal memerlukan 2-0 untuk memenangi liga.Kenangan yang sangat manis bila mana kita menjulang piala kemenangan di tempat lawan.Maka terciptalah sejarah Anfield 89'
sumber ; google images


Sejarah paling mencetuskan emosi dan rasa hebatnya bila mana kita sebagai penyokong Arsenal,ialah pada tahun 2004.Pastinya old-timer dan juga junior Gonners mengingati saat terindah tersebut.

sumber ; google images





THE INVINCIBLES ; dimana Arsenal mengharungi kempen liga 2003/2004 dengan jayanya tanpa sebarang kekalahan sepanjang 38 perlawanan ; 26 menang,12 seri. Bukan mudah untuk Arsenal mengecapi kejayaan tersebut.Dan bukan tugas yang mudah untuk menyaingi rekod yang pernah Arsenal cipta ini.

Namun begitu, pemain silih berganti, tektikal Le Prof serba tak menjadi, menjadikan Arsenal kemarau trofi selama 6 tahun kebelakangan ini. Trofi terakhir dijulang Patrick Vieira selaku kapten Arsenal ketika itu ialah FA Cup 2005.Ini menguji kesabaran peminat terutamanya. Tidak perlu diceritakan perihal pemain dan penyokong yang berpaling tadah tapi, kita harus pandang ke depan, bersesuaian dengan motto 125th Arsenal ; FORWARD.

Secara individu, pandangan aku sendiri.Di awal musim dulu, ramai yang mendesak Arsene Wenger supaya meletak jawatan. Dan tidak kurang juga fan "Glory Hunter" yang menukar menyokong Manchester City.Walau dibedil 8-2 sekalipun, tidak terlintas di benak fikiran aku untuk tidak menyokong Arsenal dan ke kelab lain.Kerana bagi kau, Arsenal sebuah kelab yang unik.boleh diibaratkan sebagai menaiki kereta api, bermacam duggan perlu ditempuh sepanjang perjalanan yang tidak pasti dimana akhirnya.Di situ kita akan lihat bermacam ragam orang sekeliling, ada yang tidak tahan dengan kereta api yang telah membawa separuh perjalanan hidupnya,dengan mudah turun di stesen berdekatan dan menaiki tren lain semata-mata memenuhi impiannya tanpa memikirkan rakan-rakan dan keluarga yang ditinggalkan di tren yang dahulu dinaikinya.

Ya, kami penyokong Arsenal diuji dengan "Thropyless" kian hampir satu dekad.Jadi, setiap perlawanan dianggap penting walaupun menentang Crystal Palace. Cuba kita berfikir sejenak, jika 15 orang pekerja di Dial Square yang menubuhkan Arsenal pada 1st december 1886 dahulu masih hidup, sungguh mereka tidak menyangka yang mereka lah menjadi tunjang kepada Arsenal yang kini dikenali di seluruh dunia dan menjadi pemula ataupun perinitis kepada perjalanan 125 tahun Arsenal FC.

Aku selitkan 2 video untuk kita berfikir sejenak....kenapa kita masih menyokong kelab ini? kerana yang benar-benar mengerti akan menemui jawapannya. :D


"Either we heal now as a team, or we will die as individuals"

"It was feeling that you were wearing this big gun on your chest, And my goodness. Everywhere you went you felt proud to be wearing it"-Bob Wilson



If you don believe you can do it, then you have no chance at all - Arsene Wenger

Happy birthday ARSENAL

Sekian, Salam :)


rujukan : victoriaccmalaysia.blogspot.com

4 comments:

Anyyss Shuhaimi said...

once gunners,always gunners.

Nick Casper said...

thats rite gooners!

Gunners & Roses said...

Sokong tetap sokong!! nice entry..teruskan menulis.

Agi idup agi mengGuners!!

Nick Casper said...

Thanx GnR! you are the True GOONER!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...