Fellow Friends

23 November 2023

Dua Purnama

 Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera

It's been two months since hari bahagia 23 September lepas. Hari yang aku tunggu-tunggu dan ternanti-nanti. Alhamdulillah bertukar status dengan jayanya.

Okay cerita pasal majlis dulu. Alhamdulillah everything went well. Segala persiapan membuahkan hasil serta bantuan daripada keluarga baik pihak lelaki mahupun perempuan sangatlah baik. Tetamu pun majoriti bagi feedback yang baik dan gembira. Aku personally akan kenang majlis ni sebagai satu majlis yang sangat bermakna bukan sahaja sebab tamatkan zaman bujang tapi dapat meraikan tetamu yang hadir. Ada few yang tidak dijemput dan ada juga dengar dibelakang sedikit bunyi-bunyian tidak enak. Namun apa yang aku boleh katakan kami punya bajet terhad untuk jumlah yang pax yang ditempah. Tak sampai 1k pax pun dan fokus kami kepada ahli keluarga dan rakan terdekat. Maaf kepada yang mungkin terasa dan sebagainya ya.

Bersambung selang dua minggu kemudian majlis doa selamat sambut menantu di Johor pula berlangsung dalam suasana yang aman dan tenang. Majlis kecil-kecilan melibatkan keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Ngam soi sebab masa majlis kahwin haritu tak merasa kena basuh periuk tapi majlis kat Johor dapat rasa sikit sorang hahaha.

In between dua majlis ni kami dah allocate sesiap untuk honeymoon trip. Alhamdulillah pilihan yang tepat kot noh, honeymoon road trip. Hampir seminggu berjalan ke sana ke sini. Selangor - Kuala Terengganu - Pulau Redang - Kuala Terengganu - Genting Highlands - Selangor. It was a memorable journey for us. Dari laut, pulau bawa ke tanah tinggi. Teringat dulu time degree. Ada satu kelas ni buat perdebatan tentang pilihan tempat bulan madu sama ada di pantai/pulau ataupun di tanah tinggi. Turn out aku sendiri lalu dua-dua sekali jalan. Rezeki alhamdulillah. Penat memang penat lah sebab lepas sahaja trip tersebut back to back weekend penuh dengan aktiviti. Kalau time bujang dulu paling-paling sehari je keluar merayap etc then Ahad hibernated kat rumah. Begitulah perubahan peranan bila dah berkeluarga.

Selain tu banyak benda sebenarnya bila dah mula ada keluarga kecil nak kena fikir. Kalau dulu bab makan apa semua sendiri fikir sendiri. Sekarang dah kena fikir untuk dua orang. Dalam banyak-banyak benda yang best, terpaling best aku rasa adalah dengan kahwin ni partner tu jadi saling melengkapkan. Ramai cakap kita tak mungkin dapat apa yang kita impikan, tapi jujurnya aku rasakan apa yang aku tak fikir pun aku dapat sekarang. To have a very understanding partner dalam hidup allahu bersyukur sangat dan Tuhan kurniakan benda tu kat aku.

To my other half, if you read this, I just wanna say I thanks to God sebab hadirkan you dalam hidup I yang selama ni I duk ternanti-nanti terfikir-fikir siapakah gerangannya. You know what, I still remember my makcik-makcik teasing me time bertunang dulu, time kahwin pun ada "berbaloi tunggu lama long". That was precious! I hope I can be the best partner to you too. We are still in learning proccess. Pejam celik dan dua bulan hidup bersama. Gladly we faced all the struggles together. Thank dear. I love you! Happy 2-monthsary! hahaha

read more "Dua Purnama"

22 September 2023

Sudah Sampai Sini: Fasa Baru Bakal Bermula

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera guys!

Setahun lebih tidak bersua di sini. Betul lah kata orang, bila dunia dah terlalu sibuk, urusan rutin kebiasaan pun pasti berubah.

Begitu juga aku. Alhamdulillah disibukkan dengan urusan harian, urusan kerja serta beberapa komitmen lain. Dan hari ini 22 September 2023, mungkin jadi hari terakhir untuk aku tamatkan zaman bujang. InsyaAllah.

Sejauh ini ya perjalanan mencari zaujah. Tak siapa sangka tak siapa duga bahawa jauh macam mana mencari tapi lah dekat sini aje jumpanya. Hikmah di sebalik setiap perancangan Tuhan satu persatu terserlah ketika dan saat ini.

Fasa berkenalan yang cukup senang, mudah dan proses pun dimudahkan especially di side keluarga. Mudah semudah-mudahnya sampaikan termakbul hasrat kami berdua untuk merealisasikan impian untuk merancang semua dan buat semua keputusan sendiri. Orang tua hadir sebagai VIP guest sahaja pada hari kejadian.

Bercerita macam dah berjalan je majlisnya. Hahahaha. Ni sebab nak hilangkan nervous je ni.

Dalam masa yg sama jika bakal zaujah baca coretan ini. Satu pesanan yang aku ingin titipkan. Terima kasih kerana hadir pada saat dan waktu yang tepat untuk diri ini. Tatkala aku mencari-cari zaujah ini Tuhan izinkan untuk aku bersedia dan sediakan segala keperluan. Akhirnya tiba saat yang dinantikan. Semoga hubungan yang bakal kita meterai ini diberkati hingga akhir usia kita. Terima kasih kerana buat aku jadi diri sendiri tanpa selindung apa-apa. Aku harap kau juga dapat terima segala kekurangan ini.

Akhir sekali, terima kasih untuk semua kenangan indah pahit dan manis bersama semua insan yang pernah bersama sehingga sampai ke tahap ini. Percayalah aku sangat berterima kasih dengan kehadiran mereka sehingga aku faham dan mengerti cinta sejati tetap menjelma kini.

Selamat melayari dunia baru. Tamat satu bab. Bermula bab baru! Adios


Beberapa jam sebelum akad

22/09/2023 - 11.57 pm

read more "Sudah Sampai Sini: Fasa Baru Bakal Bermula"

12 June 2022

Separuh Masa Pertama di Usia Menjejak Tiga

 Assalamualaikum wbt. & have a good day guys. Harini sangat hectic dan merupakan permulaan weekend yang sibuk untuk aku sehingga tamat Jun. Aku menjangkakan hal ini akan berterusan lagi sehingga hujung tahun nanti. Cuma bila terasa nak update ni aku rasa tak boleh sekat keinginan menaip kat blog ni. Last update pun Februari lepas. Betul kata orang, bila kehidupan dah mula sibuk, banyak perkara prioriti perlu diutamakan. Cumanya aku ada sedikit silap, sewajarnya blog macam ni boleh dijadikan secara berkala. Sekurang-kurangnya ada stamping record untuk milestone yang dah dilalui dalam kehidupan kita.


Maka dengan memikirkan hal tersebut dan mengambil inspirasi daripada satu instagram collection post dengan 6 gambar untuk setiap bulan setakat setengah tahun 2022. Aku berminat untuk jadikan posting di blog. Ayuh kita go through satu persatu


Januari 2022

Alhamdulillah tirai 2022 dibuka dengan both of my parents stay with me until CNY. Sebulan lebih juga duk dengan aku. Yelah tinggal sorang je anak bujang, yang lain semua dah kawen. Kebetulan rezeki depa dua mai boleh duk sini lama. Biasanya orang tua dua tiga hari dah bosan dah. Jadinya each week memang bawak merata la berjalan sana sini. Dengan aku sekali excited sampai ke Sekinchan, naik MRT ke Muzim Negara. Alhamduillah. Walaupun penat tapi aku rasa pengalaman ni cukup berbaloi. Nah aku belanja gambar kat kilang mesin padi kat Sekinchan. Tempat ni jugak mengingatkan mak aku tentang kehidupan kanak-kanak dia. sama-sama adik beradik angkut padi bawak pergi mesin.


Februari 2022

Alhamdulillah rezeki buat pertama kalinya jemput rakan-rakan ke rumah. Lepas hajat aku nak bawa kawan-kawan selepas mak ayah rasmikan. Walaupun dalam serba kekurangan sebab masih tak complete tapi alhamdulillah semua happy. Kebetulan rezeki salah seorang sahabat Bilik Tiga. Imron berkahwin dan majlis pun tak jauh daripada tempat aku. Maka kawan-kawan putuskan bermalam di sini. Tapi macam biasa la ikut tradisi Bilik Tiga, yang jauh sampai dulu. Memang lehnet masing-masing. Aku punya tunggu berjanggut dah siapkan makanan apa semua. Pukul 12 masing-masing sampai. Ajegila. Weekend well spent bila dapat lepak sama-sama berborak bagai. Yang paling best adalah macam mana pun kita grown up tapi circle Bilik Tiga tetap memandang siapa kita awal kenal dulu. Aku suka cara ni sebab takde membezakan sesiapa. Masing-masing punya rezeki tapi bila dah berkumpul, bodohnya kekal sebati dan sama frekuensi. Hahahaha.


Mac 2022

Mac adalah bulan yang senantiasa ditunggu setiap tahun. Cuma tahun ni tak terasa nak menunggu sangat sebab angka usia di depan bakal bertukar daripada nombor dua kepada nombor tiga. Tapi walau macam mana pun Mac always be a great month for me. Sebab biasanya ada je khabar yang baik menyapa dalam Mac ni. Bukan kata bulan lain takde. Cuma vibe Mac ni sangat berbeza. Dalam aku dah setkan tentang kehidupan aku sepanjang tahun, sediakan perancangan dan sebagainya. Alhamdulillah ada seseorang hadir dan muncul dalam timeline aku. Cuma aku tak boleh berharap seperti dulu kala sebab dengan belajar melalui pengalaman, makin beriye ni makin tak jadi hahaha. Makanya tenang sahaja dan terus berdoa. Jika dia orangnya, baik untuk aku, untuk keluarga aku, untuk kehidupan aku, agama aku dan dibalikan semua juga terbaik padanya jika aku dengan dia. Maka mudahkanlah. Itu sahaja yang aku lakukan buat masa ini. Sejujurnya bila melibatkan perasaan dan rasa pada ketika ini semua tu akan menjadi lebih kompleks dan merenyahkan. Maka daripada aku serabut, aku buat sahaja apa yang mampu dalam kawalan aku. InsyaAllah moga-moga dipermudahkan. Gambar pula adalah yang paling signifikan dengan kehidupan aku. Menjamu selera sewaktu pulang mengundi tempoh hari. Singgah makan semasa perjalanan pulang. Alhamdulillah.


April 2022

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan di usia tiga puluh ni menemui Ramadan. Alhamdulillah Ramadan kali ini cukup berbeza, Alhamdulillah rezeki dapat berterawih dengan hanya jalan kaki ke surau sebelah rumah. Allahu indahnya. Dalam masa yang sama urusan kabinet dapur yang tergendala sekian lama akhirnya datang jugak buat. Bercinta ya tunggu lama namati. Jujur cakap jangan salahkan aku kalau aku letak certain criteria dan auto reject disebabkan pengalaman buruk ni. Alhamdulillah juga dapat beraya dengan keluarga setelah tahun lepas tak dapat berbuka puasa di akhir puasa dengan keluarga. Betul-betul cuti panjang puasa raya haritu.


Mei 2022

Alhamdulillah dapat sambut raya bersama keluarga di kampung. Lebih indah bila adik-adik beraya dengan keluarga mertua masing-masing makanya tinggallah aku sorang kat rumah dengan parents. Hahaha. Selepas raya mereka decide untuk stay lagi dengan aku dalam dua minggu macam tu. Lagi best apa dia? An impromptu trip ke Penang. Alhamdulillah dapat bawak bapak for the first time naik Penang Hill dan bawa mak kali pertama ke menara condong Perak masa on the way pulang. Memorable trip yang sangat heaven. Masa raya tu aku ada jumpa mat borak pasal rezeki nikah kawen ni. Mat selamba je cakap kat aku "kau belum kawen mungkin rezeki kau nak bahagiakan orang tua kau dulu" dan aku on the spot dapat rasa benda tu bila dapat bawak ke trip kali ini. Alhamdulillah. Seterusnya bawa mereka beraya di sekitar sini dan bawa jumpa kawan sekolah mak aku yang dah berpuluh tahun tak jumpa akhirnya jumpa beraya bersama. Allahu. Perjalanan pulang pun sama singgah berjumpa bekas jiran masa zaman awal perkahwinan mereka masa aku kecik dulu. Memang tak ingatlah bila throwback masing-masing. Hahaha. Tapi sungguh, aku bersyukur dapat peluang ni. Dalam masa yang sama dapat beraya dengan jiran-jiran. Alhamdulillah. Dapat juga jumpa kawan-kawan zaman degree dulu, meet up jumpa sekejap pun dah buat hilang rindu. Alhamdulillah atas peluang dan ruang. Nah belanja satu gambar time jiran-jiran beraya,


Jun 2022

Alhamdulillah dah sampai setengah tahun 2022. Walaupun baru seminggu nak habiskan minggu kedua, banyak dah aktiviti dijalankan. Aku pun dengan busy weekend pun kerja bawa rombongan ke Career Fair. Penat tak hilang lagi tapi masih gigih nak update blog ni. Allahu. Last week time cuti Agong alhamdulillah dapat buat beraya post-raya. Macam biasa kawan-kawan Bilik Tiga diraikan. Stay bermalam. Yang dah berbini pun siap apply lesen bermalam. Alhamdulillah seronok walaupun penat lepas tu nak mengemas apa semua. Aku suka dan hargai support system daripada mereka. Aku ada satu hajat dan harap semoga Bilik Tiga ni boleh jadi satu legasi untuk kami. InsyaAllah esok lusa bila dah berkeluarga ada anak-anak moga-moga dapat lah berkumpul sama-sama lagi planning buat family event ke apa ke kan. InsyaAllah. Aminn.


Penutup

Alhamdulillah untuk setengah tahun ini. Aku sangat syukuri dan hargai. Walaupun sibuk dengan aktiviti dan kekangan kerja, tapi rupanya banyak je ruang yang aku isi dengan perkara yang membahagiakan. Alhamdulillah. Semoga diberikan kesempatan dan ruang lagi untuk setengah baki 2022 ini. Aku juga doakan kalian yang baca ni diberikan kebahagiaan juga sepanjang 2022. Dan jika ada perkara yang tidak seperti yang dirancangkan. Tidak mengapa. Teruslah berlapang dada! Kerna Tuhan pasti akan berikan kehidupan yang terbaik untuk kita. Teruskan melangkah!Adios


12 Jun 2022 | 1.29 pagi

read more "Separuh Masa Pertama di Usia Menjejak Tiga"

27 February 2022

Tempoh Percubaan 2022 Telah Tamat: Kembali ke Realiti

 Heyyoo! Assalamualaikum wbt. & Have a good day korang.

Aku tahu takde orang pun nak baca blog ni. Dari dulu lagi aku tahu. Tapi tu la sini je ruangan yang paling aku rindu nak menggerak tari jari aku bercerita berbicara sendiri. Di ruang ini, sebelas tahun lalu bermula. Dan hari ini di tahun 2022, posting pertama sejak Oktober lepas. Allahu. Syahdu betul!

Ya Januari 2022 telah pun tamat. Ni pun ada baki sehari lagi sebelum masuk Mac. Seperti biasa, setiap tahun aku ungkapkan Mac akan jadi bulan indah untuk aku. Tapi Mac belum pun tiba. Jadi jom kita raikan hari ini! Dan hari ini aku ada mood dan ada kekuatan untuk terus menulis di sini! See betapa aku excited hahaha. Sebab aku percaya setiap daripada apa yang aku tuliskan kat sini akan tetap jadi kenangan!

Ikutkan aku dah review perjalanan 2021 aku melalui posting yang lepas. Jadi aku taknak sentuh banyak. Cuma nak bagitau 2021 antara tahun berjaya buat aku. Aku faham definisi berjaya tu sangat subjektif. Contohnya 2018 aku anggap sebagai tahun kejayaan walaupun ada beberapa kedukaan. Sebabnya aku dapat grad with "Best Postgrad Award"! Tahun 2021 menampakkan hasil bila mana one step ahead aku keluar daripada keadaan selesa kepada zon tidak selesa. Wujudkan komitmen yang agak besar dan uruskan kedai runcit digital kecil-kecilan. Rumah 23B dan Memento Box antara kejayaan terbesar aku pada tahun 2021 yang lepas. Alhamdulillah.

Seterusnya masuk ke Januari 2022, tahun yang mana wujud satu lagi cabaran untuk aku. Menjangkau transisi usia, teringat juga akan transisi dari belasan masuk ke awal 20-an. Tidaklah mencabar seperti tahun ini. Aku tidak hidup dengan expectation orang sekeliling waima keluarga aku sendiri. Sedikit sebanyak tersentak juga bila disoal "Sampai bila nak duduk sorang-sorang?". Ya soalan itu diajukan Januari 2022. Soalan yang aku sendiri tiada jawapan.

Apa yang aku boleh buat? Usaha! Ya usaha! Al-kisahnya aku berusaha sampai lah ke Ipoh, bawa ke Shah Alam lah cerita dia hahahaa. Ni kalau nak buat satu posting khas ni boleh diolah dan disambung ke Kisah Jay juga ni. Hahaha. Apapun aku tetap berterima kasih dengan peluang pengalaman tersebut. Dalam kesukaran aku juga doakan yang terbaik untuk mereka.

Now kembali kepada realiti! 2022 merupakan transisi baru seperti mana aku ungkap kat atas tadi. Aku percaya je rezeki Tuhan dah aturkan cukup indah buat hamba-Nya. Aku juga kerap ulang dan tenangkan hati "kau nak yang kau tak dapat tapi kau lupa yang kau tak mintak pun kau dah ada". Tergamam seketika bila kenang balik benda macam ni. Akhirnya aku sendiri pun kalah dengan perasaan sendiri. Cuba memahami nikmat syukur tersebut.

Berbalik kepada Januari 2022 semula, aku dikhabarkan oleh wanita yang pernah aku puja, bidadari kayangan yang aku sendiri tak pernah bertemu. Beliau akan meneruskan langkah indah ke fasa seterusnya. Jujur aku sangat gembira mendapat perkhabaran tersebut. Tuhan pertemukan kami waktu aku takde apa-apa 2016. Beliau juga struggle dengan kehidupan sendiri. Akhirnya beliau ketemu bahagia yang selama ini menjadi persoalan. "Your time will come. Sabar ok Nik!". Itu yang beliau katakan. Ya aku juga menanti saat itu. Aku percaya bukan aku je yang tunggu, beliau juga dan keluarga serta insan yang pernah ada dekat dengan aku. Jadi aku mohon doa semua semoga 2022 ni terjawab lah persoalan yang tidak berjawapan ini. Kalau tak tahun ini barangkali tahun depan atau tahun seterusnya. Yang pasti aku tetap akan berusaha. Mungkin akan datang ke mana-mana saja akan diusahakan. Hahaha.

Akhir kata, posting ni takde apa sangat pun. Aku boleh simpulkan yang posting ni nak share tentang apa yang aku achieve 2021 dulu, keadaan semasa aku tentang apa yang aku sedang juangkan, apa yang aku cari dan usahakan. Seterusnya aku harap 2022 especially Mac 2022 ni jadi yang terbaik dan lebih baik untuk aku. Jadikan aku yang lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya. InsyaAllah. Dan yang terpenting sekali adalah; aku berjaya buat posting ni! Semoga aku ada ruang waktu, kesempatan masa dan mood untuk terus buat nukilan di sini! Amin. Semoga 2022 kalian juga berjaya hendaknya! Terima kasih! Adios


read more "Tempoh Percubaan 2022 Telah Tamat: Kembali ke Realiti"

13 October 2021

Ceritera 2021 Berbaki

Heyy whats up guys! Assalamualaikum!

Semoga semua dalam keadaan baik-baik saja. Allahu. Covid ni memang bagi kesan ketara kat semua orang. Aku pun naik malas nak update apa-apa. Blog ni aku bukak jugak tapi secara berkala. Cuma nak menaip tu Allahu penat taktau cemana nak habaq. Rasa ada je benda nak diceritakan tapi takde mood. Haa camtu la lebih kurang.

Sepanjang PKP segala bagai ni pun aku ada jugak duk buat #CoretanPKP kat socmed aku. Memang tu jela nukilan aku masa tu. Nak taip dekat blog tapi tak kesampaian. Termasuklah komitmen tugas dan kerja pun membataskan. Harini aku gagahkan jua untuk update. Alang-alang dah ada mood nak menaip ni. So aku cincai jela untuk posting kali ini. Aku pun tak sure ada lagi ke menyinggah ke sini. Maklumlah blog ni oldskol dah. Hahaha. Tapi nilai sentimental value kat sini tinggi yang amat. So aku pecahkan beberapa cerita kat bawah ni sementara duk ada lalu kat aku punya ingatan.

Kisah 1: Covid oh Covid

Kita semua sedia maklum, kita hampir menang dah tahun lepas. Aku dan kawan-kawan pun sempat memeriahkan keadaan buat reunion Bilik Tiga ke Penang sambil Bachelor Party Amad. And now Amad dah jadi bapak dah pun. Punya la lama lepas wedding then stuck PKP lagi sekali. Jahanam. Aku pun last balik kampung last Disember 2019 sebelum Krismas. Ni tahun ni gigil juga nak balik. Cuma alhamdulillah rezeki aku Julai haritu parents aku dapat appointment vaksin, so aku cuba jela mohon pulang. Alhamdulillah dapat balik sekejap. Cerita Covid lain pula adalah berita tentang kawan sekerja aku Maizatul kena covid. Member dah la time tu tunggu hari nak bersalin. Tau-tau dapat khabar dari Nadia yg Mai intubated stage 4. Allahu. Time tu menung la kejap. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan, berjaya lahirkan baby boy, Mai pun makin okay. Alhamdulillah. Bila orang terdekat yang kena and kena teruk ni memang terasa la. Lagi pasal Covid aku rasa takde apa melainkan aku baru 2 kali kena swab. satu sebab nak balik Johor satu lagi sebab kontak rapat. Yang kontak rapat tu sebab aku direzekikan untuk bersama-sama para frontliners bertugas di PPV. Oh last but not least, aku pun dah vaksin Mei & Julai lepas. Astra Zeneca clan ya guys. Hehehe.

Kisah 2: Keindahan dalam Kesulitan

Kisah ni amat menarik la kot untuk aku. Tahun 2021, tahun yang memberi seribu kebaikan yang aku patut dan sentiasa perlu syukuri. Daripada awal tahun aku cuba cari apa yang aku boleh tambahbaik, improve value diri aku, gain knowledge etc. Tak semena-mena aku ditemukan dengan insan yang bernama Iman. Pertemuan yang sekejap sahaja tapi impak dia masyaAllah sampai hari ini terasa. Bukan sebab feeling ke apa. Satu soalan yang beliau tanya kat aku mengetuk jiwa sanubari. "you betul-betul dah ready ke nak kawen?". Soalan yang simple tapi buatkan aku fikir dan termenung jugak hahaha. Tapi alhamdulillah hasil persoalan tu jugak la aku cuba gain knowledge dalam investment, and financial management. Kemudian takdir Tuhan membawa aku kepada komitmen property. Allahu. Nikmat apa lagi nak didustakan? Dalam kesulitan orang sekeliling ada yang takde kerja, ada yang makan pun berkais. Aku dimudahkan untuk own first house. Allahu. Dalam keindahan ni aku berterima kasih dekat Iman, dengan satu soalan tu saja buatkan aku berfikir kat mana aku perlu improve. Kemudian aku dikurniakan Memento Box as my not so first into business. Cuma yang ni nampak lah hasilnya, hasil daripada masuk kelas, invest untuk dapatkan ilmu sebagainya. Lima bulan dah Memento Box berjalan, aku pun direzekikan ada partner yang sekepala, ada kimia. Senang bekerja dan berurusan. Tak malu untuk aku bagitau, lima bulan dah bergerak Memento Box ni keseluruhan jualan berjaya secured half of 100k. Alhamdulillah. Boleh la bersih buat bayar utiliti, petrol dan sebagainya. Ya, last but not least keindahan yang sama berlaku tahun ni, to be exact 27 September aku dapat surat secured placement kat tempat kerja sekarang. Alhamdulillah.

Kisah 3: Rezeki Mereka Di Situ, Rezeki Aku Di Sini

Kisah ketiga pula tak lain tak bukan perihal jodoh, pertemuan takdir Tuhan menentukan. Cliche punya ayat kan. Tapi hakikatnya begitulah. Adik-Adik aku alhamdulillah dah melangkah ke fasa baru dalam kehidupan mereka. Fasa perkahwinan. Rezeki mereka. Aku tumpang gembira. Yang tak happynya aku pula la yang kena pressure sebab tinggal aku sorang je belum lagi hahahaa. Hakikat yang pahit untuk ditelan. Mereka nampak aku masih belum move on dengan kisah-kisah lama. Hakikatnya kisah-kisah lama tu dah aku letak dekat satu sudut kat ruang hati aku. Mana mungkin setiap momen boleh dilupakan sebegitu saja. Kan? Tapi dalam masa yang sama aku pun put an effort, cuba kenal orang tu orang ni. Cuma kali ini agak trauma la sebab tu aku tak introduce kat parents aku. Lepas tu dengan Covid nak expect apa enn. Begitulah cabaran. Tengok orang lain dimudahkan urusan, kawen time PKP. Gila tak seronok bro. Jimat bagai. Ni aku punya majlis esok lusa confirm-confirm kena buat sebab dah adik aku tak sempat buat majlis nak jemput sedara mara. Pishang matt. Aku pun mohon doakan untuk aku dipermudahkan urusan jodoh ni yang mana tengah baca posting ni ya. Aku sendiri pun tak rasa aku ready lagi. Cuma bila aku dah put effort untuk upgrade personal life aku, personal goals aku. Sikit banyak aku confident untuk ada someone untuk share kehidupan sama-sama. Di sini aku mengharapkan magis dari universe ni dan semestinya Tuhan Yang Maha Esa, aku berharap untuk kenal lebih dalam saudari Iman ni. Cuma sekarang jalan masih tak ada. Doakan aku ya guys. Dalam masa sama aku keep berkawan dengan semua. Doakan aku guys. I really need your help. Just in case muncul beliau, aku tak tau nak cakap apa dah. Terkelu hahaha. Semoga Tuhan mengizinkan. Kalau bukan dia pun aku redha. Benda bukan sekali hadap benda-benda camni. Hahaha. Kental tak kental. Bila sorang-sorang menung jugak brader. Ya habis dah tu takat sini dulu.


Begitulah ceritera untuk baki kurang 100 hari nak melangkah ke 2022. Aku doakan korang juga dipermudahkan. Kalau korang lalui struggle sepanjang tahun ni, aku doakan ada sinar di depan nanti. Trust the process! Salam damai. Sampai jumpa lagi. Challo


Nick Casper

12.20 pagi

13/10/2021

read more "Ceritera 2021 Berbaki"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...