Fellow Friends

29 May 2017

Sebuah Tribute: Dedikasi untuk Nadia


Assalamualaikum wbt. Baru masuk hari kedua Ramadan, hati ini membuak-buak nak menulis. Entah angin mana entah datang menyapa. Tapi yang jelas aku ingin semadikan sebuah kisah di lembaran putih ini. Pada aku, good and great memories never fade away. Juga tidak salah untuk aku hargai setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dengan cara tersendiri.

Kisah ini aku cuba ceritakan dengan sebaik mungkin. Yelah, aku bukannya penulis. Sekadar mengukir isi hati di blog sendiri. Ada yang baca tu ada lah. Kisah ini mungkin deep, bagi yang faham tu fahamlah, bagi yang tidak, aku tak dapat bantu. Bertenang saja lah.

Perjalanan seorang jejaka memperhalusi setiap detik dalam hidupnya. Aku nama kan beliau sebagai Jay. Selepas beberapa siri jatuh bangun beliau, dari segenap sudut, dari soal hati dan perasaan sehingga membawa kepada soal masa depan, ruang dan peluang. Pada aku kehidupan Jay cukup tragis. Luaran menampakkan sosok yang steady, senyum sentiasa. Kadangkala nampak koyak juga. Masih manusia biasa.

Nadia. Seorang wanita persis bidadari kayangan. Muncul entah dari mana. Perginya sukar diduga. Sekejap ada sekejap tiada. Pada aku, Nadia punya sejarah tersendiri yang masih belum terungkai sehingga ke hari ini.

Pembaca. Korang mungkin beranggapan aku berkhayal, lena dibuai mimpi, atau sekadar imaginasi tinggi kurnia Ilahi? Itu anggapan kau orang. Aku tiada hak untuk menidak mahupun mengiyakan perkara tersebut. Terpulang. Yang penting - enjoy the story. Kini bermula.

Setelah beberapa bulan bersendiri. Fokus kepada apa yang perlu - masa depan. Jay mencuba mendekati sebanyak mungkin teman. Baik lelaki mahupun perempuan. Pada Jay, lebih baik punya kawan yang ramai. Nanti tak ada lah sunyi hidup ini dan tak ada lah asyik memikirkan perkara yang sudah lepas. Terutama kisah percintaan dia dengan seorang gadis - Faz. Dalam kesibukan menghadapi hidup. Ya, insan datang dan pergi. Dimulai dengan Ija, wanita elegan. Datang mengetuk pintu hati. Baik orangnya. Mudah mesra dan sudah lama berkenalan. Sama-sama belajar di suatu tempat suatu masa dahulu. Kemudian muncul Zaf, kenalan universiti. Sama-sama sedang struggle mendapatkan segulung ijazah. Namun Zaf punya rezeki yang lebih baik. Ditawarkan menjadi seorang guru di sebuah sekolah di Johor Bahru. Dua wanita muncul. Seakan memberikan isyarat. Move on Jay! Move on! Hati Jay berbelah bahagi. Hendak dilayan. Dikhuatiri ada yang terasa diberi harapan. Tidak dilayan, dikatanya menanti sebuah benda yang tak pasti. Kusut. Jay ambil langkah mudah. Berkawan sahaja tanpa membuka sedikit pun ruang hati dia. Namun hari terus berlalu. Kedua-duanya telah pergi. Setiap yang hadir dan pergi dalam hidup ini punya sebab tersendiri. Itu yang dipegang Jay. Masakan tidak. Hatinya belum berjaya diketuk. Jay juga bimbang. jika terus melayan tanpa ada perasaan tersebut, dikhuatiri hanya dijadikan sebagai persinggahan, sebagai tempat mengisi kekosongan sementara. Itu kejam. Cukuplah diperlakukan begitu. Jangan dibalas kepada insan yang tidak berdosa. Akhirnya. Kini masing-masing punya haluan sendiri. Seorang bekerjaya seorang lagi sudah disunting. Alhamdulillah.

Kalian mula berfikir. Apa jahat sangat Jay sampai dua terus dalam satu masa yang sama. Haha. Terpulang. Imaginasi kalian. Ini cerita aku coretkan perihal si Jay. Yang pasti, Jay tidak memberikan apa-apa harapan. Cukup sekadar kawan cuma jika diperlukan, sudilah Jay menolong di dalam kesusahan. Cukup payah untuk Jay buka hati. Mungkin disebabkan prinsip Jay ketika itu, "Sabar, aku masih punya peluang untuk bersama Faz. Selagi belum ada apa-apa khabar, selagi tu aku berpeluang. Optimis".

Ya. Kuasa Tuhan Azzawajal. Jay seakan termakan "sumpah setia" dia sendiri. Penghujung Julai 2016. Takdir menemukan Jay dengan Nadia. Pertemuan yang sangat tidak masuk akal pada aku sendiri. Tahu di mana? Di satu medium media sosial! LOL

Sekadar suka-suka. Ternampak satu username. Niat mahu suka-suka. Jay lebih gemar mendapatkan feedback atau persoalan daripada strangers. Ia disebabkan tanpa ada prejudis, diskriminasi dan sebagainya. Kita akan peroleh jawapan yang sejujur yang mungkin. Nadia dikenali sebagai "Gadis Angola" oleh Jay. Tidak tergambar di wajah pada ketika itu akan bagaimana rupa Gadis Angola ini. Seperti yang Jay fikirkan dan pegangkan. Tidak dikisahkan rupa bentuk beliau asalkan molek bahasanya, pekerti budinya serta elok tutur kata. Dalam pada itu semakin hari Jay dan Nadia semakin mesra. Pelbagai juga perkara yang dicari gali dan mewujudkan beberapa persamaan. Sungguh selesa Jay pada ketika itu. Sekurang-kurangnya ada juga insan yang dia boleh menjadi diri sendiri, bercerita perihal peribadi tanpa mengenali Gadis Angola ini. Oh ya. Nadia juga reserve orangnya. Jadi itu pada mulanya tak menjadi hal pun pada Jay. Cukup dia tahu yang dia ada seseorang untuk dia ceritakan apa yang terjadi sehari-hari dalam hidup dia, cukup sekadar menjawab persoalan atau berkongsi pandangan. That's what friend for right?

Setelah beberapa hari berkenalan, 25 Julai 2016, secara rasminya mereka berdua ini berhubung. Seorang request seorang approved. Text pertama dimulakan, " Hai cik nad Angola". Kenapa Angola? Biarlah menjadi persoalan di benak fikiran kalian. Ada benda yang perlu dicerita ada yang biarkan begitu saja. Berbalik kepada cerita tadi. Jay dan Nadia kerap berhubung. Satu perkataan yang sesuai untuk digambarkan - Clingy. Betapa akrabnya mereka berdua ini. Setiap masa contact each other. Sampai lah satu masa dan ketika. Nadia offer untuk berbual/call. Jay yang kebetulan tak ada apa masa tu nak dibuatkan menerima pelawaan tersebut. BOOM! Terdetik di hati Jay, "Allahu, kenapa suara ini meruntuhkan sebuah ego?". Sedang Jay pernah berkata kepada Nadia, " You, kalau boleh I taknak kita ada apa-apa perasaan. Sebab I tak pasti nanti sama ada you sekadar replacement sahaja. I taknak benda tu jadi. I respect you". Nadia dengan selamba membalas, "you yakin? I akan buatkan you jatuh hati kat I. Tengoklah. Hihi".

Ya suara Nadia berjaya menggetarkan jiwa Jay. Perkara yang tak pernah diduga telah terjadi. Checkmated! Jay sudah jatuh hati dengan suara Nadia sahaja. Cukup sekadar suara tanpa melihat wajah Nadia yang selama ini Jay tak pernah lihat pun. Dari itu, kerap juga mereka berhubungan. Hampir setiap malam. Seakan sudah mabuk cinta, semacam Jay bermain di pagar cinta. Kepetahan dan juga kebijaksanaan Nadia menambah lagi rasa tersebut. Sampai satu ketika. Profil Picture Nadia bertukar kepada wajah beliau sendiri. Untuk beberapa minit. Terpana. Malam yang sunyi tersebut dipenuhi keindahan yang terpancar di wajah Nadia. Iya. Terus memberi kesan langsung kepada Jay. Senyuman terukir di bibir Jay sepanjang malam sampaikan tak mampu untuk lelapkan mata. Benar. Anugerah Tuhan. Beauty with Brain! Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk Nadia.

Kau orang bayangkanlah sendiri. Tak pernah kau orang terfikir wajah si dia. Sekali dengar suara dah menggetar jiwa. Bila tengok muka, dunia seakan berhenti putarannya. Serupa macam kena dadah si Jay dibuatnya. Jay mengakui. Jay mula jatuh hati dengan suara Nadia. Dengan melihat wajah Nadia pada malam itu persis bidadari ataupun Janna Nick, itu satu bonus. Namun pada Jay sendiri, dia seboleh-bolehnya menyimpan rasa tersebut, dia sudah tak tertanggung akan peritnya erti kehilangan. Jadi disimpan jauh-jauh rasa itu agar mereka berdua lebih selesa sebagai kawan. Yelah, biasanya kawan susah nak jadi stranger. Masing-masing punya misi dan visi hidup tersendiri. Seakan "timeline" nampak seiya sekata. Sama-sama merangka graduate on time dan sebagainya.

Bagi Jay, yang dahulunya berjanji akan cinta sampai mati kini diuji empunya hati, Yang Maha Esa! Usah mendabik dada, sekejap saja Tuhan cuit hati Jay, tersungkur jatuh. Berkira-kira untuk lebih rapat, dalam tidak sedar, rupanya Jay hanya mengetahui latar bekalang Nadia dalam kadar minima. Sangat sedikit. Nama penuh, tempat tinggal, tempat belajar dan serba sedikit perihal keluarga. Pada Jay, itu tidak mengapa, bila tiba masanya semuanya akan diperhalusi dan diperjelas, usah kalut usah ribut. Namun, amat kena dengan kata-kata 'beauty with brain', Nadia perkemas dan mempersiap siaga berusaha mengenali sosok diri Jay. Dengan hanya satu username semua perihal Jay dalam tangan Nadia. Itu cukup mengejutkan. Namun ia seakan normal bagi seorang perempuan yang memang pakar dalam bidang ini. Cuma pada Jay, perkara ini amat menyedihkan, seakan tidak fair untuk Nadia mengetahui segala perihal Jay sedangkan Jay tidak berpeluang pun untuk mengenali Nadia. Malah ada juga beberapa kali Jay mempelawa Nadia untuk bertemu mata. Sekadar minum-minum dan mengucapkan salam perkenalan dengan lebih proper. Ternyata hati Nadia tidak mudah goyah. Nadia wanita berprinsip. Ditolak mentah-mentah pelawaan tersebut. Bagi Jay, tiada apa yang perlu dipaksa. Sabar saja menunggu tiba harinya.

Dalam kekalutan menghadapi hidup. April dan May 2017, Jay dikejutkan dengan pertunangan Faz, insan pertama bertahta di hati Jay. Dalam masa yang sama rakan-rakan lain yang mengenali turut membawa haluan masing-masing. Kehilangan yang pada mulanya sukar diterima. Namun digagahkan jua. Dalam keadaan turun naik kehidupan. Tatkala Jay seakan mencari sinar. Dalam masa yang sama Nadia juga menghilang. Ya. Nadia punya alasan tersendiri yang mana sehingga ke hari ini Jay masih mencari-cari. April seakan indah. tatkala berita tersebut seakan merai pemergian Nadia yang hilang lagi. Tanpa khabar tanpa berita. Apakah ini cinta???

Dalam tak sedar, selang sebulan sahaja. Kini usia perkenalan Jay dan Nadia baru mencecah sepuluh bulan. Dirasakan semuanya bakal indah. Persis dewi muncul dari kayangan menyambut cinta sang jejaka. Ouh tidak. Tidak seindah mimpi. Nadia cuba memberikan jawapan betapa dia tidak bersedia untuk semua itu. Takdir. Keduanya pernah terluka kerana cinta. Keduanya dipertemukan kerana cinta. Namun masih punya peluang untuk kedua-dua insan ini bercinta? Takdir menentukan.

Ramadan pertama muncul. Ramadan pertama juga memberi seribu persoalan dan berjuta tanda tanya. Kenapa Nadia muncul lagi? Setelah beberapa ketika. Satu profile picture sahaja cukup memberikan jawapan yang beribu dan tanda tanya yang berjuta tersebut. Nadia sudah menjadi tunangan orang. Iya, Jay sudah dimaklumkan beberapa hari sebelum Ramadan menjelang. Disangka Jay, pertunangan biasanya berlangsung sewaktu musim raya. Tidak disangka secepat ini. Sungguh tidak diduga.

Ouh ya, sepanjang ketidakberhubungan di antara Jay dan Nadia, ada satu malam iaitu 7 May 2017. Hati Jay tidak keruan entah dari mana muncul di benak fikiran memikirkan bagaimana keadaan Nadia ketika itu. Dengan sumber dan informasi yang ada digagahkan jua mencari dan menjejak Nadia. Namun ia satu usaha yang gagal. Kecewa Jay dibuatnya. Hanya mampu resah disamping berdoa akan kesejahteraan Nadia. Jauh di sudut hati Jay merasakan sesuatu telah terjadi kepada Nadia. Namun setelah berhubung kembali seakan semacam tidak kena, Nadia tidak mesra seperti dahulu. Jay juga buntu.

Puisi bertarikh 22 Mac 2017 telah disemadi di dalam diari Nadia. Biarlah puisi itu hanya mereka berdua sahaja yang mengetahui. Pucuk pangkalnya, jangan ada rasa antara mereka. Itu point utama. Namun Jay tetap berpegang, biar mati mencuba jangan mati kecewa. Dirasakan saat itu, diberikan ruang dan peluang, akan diusahakan sedaya upaya untuk memiliki hati Nadia. Namun sayang, peluang itu tidak hadir walau sekalipun.

Kini, Jay yang sudah mengetahui kedudukan sebenar Nadia walaupun tanpa sebarang penjelasan cukup membuatkan Jay terluka. Ada ketika Jay tertanya-tanya, apakah ini yang harus diterima? Kegagalan demi kegagalan! Jay pasrah, mimpi yang diharap menjadi realiti sekadar tetap utuh sebagai mimpi. Kini, Jay berharap agar ikatan persahabatan ini mampu untuk kekal seberapa lama yang boleh. Kelak satu hari nanti pasti akan ada insan yang mengundur diri, baik Jay mahupun Nadia sendiri. Jauh di sudut hati paling dalam, sekurang-kurangnya Jay bersykur bahawa Nadia sudah ketemu akan bahagia yang dicari selama ini. Didoakan Nadia terus bahagia dan gembira. Dia selayaknya memiliki kebahagiaan setelah apa yang dilalui selama ini.

Setiap yang hadir memberikan seribu hikmah. Namun perkenalan Jay dan Nadia ini aku rasakan agak epik. Perkenalan melalui medium yang dari luar kebiasaan, jatuhnya hati melalui suara dan bulat menyerahkan kepada Yang Esa akan wajah dan rupa insan tersebut. Mengecapi bahagia untuk seketika. Akhirnya salah seorang daripada mereka tetap terluka. Namun dalam keterlukaan tersebut, masih wujud rasa syukur di atas sebuah perkenalan ini.

Aku berharap Jay akan terus melangkah ke depan dan mungkin masih boleh optimis dengan apa yang dikejarkan dan dihajatkan. Kita hanya mampu merancang kan! Aku juga berharap jika Nadia membaca nukilan yang panjang lebar ini memahami apa yang cuba disampaikan. InsyaAllah. Kisah ini yang didedikasi kepada dua insan ini juga tercetus hasil karya Nik Amir - Nota Silam yang memberikan aku ilham untuk menterjemahkan apa yang dirasakan perlu ke dalam kanvas putih ini. Seterusnya disemadikan sebagai sebahagian sejarah kehidupan. Untuk tatapan pada hari esok.

Cinta tak semestinya memiliki, Cinta juga sebuah pengorbanan. Tatkala kita menyimpan seribu rasa, menghajati si dia kembali menyinari hari-hari. Cukup sekadar kita mensyukuri, kita diberikan peluang melalui jalan sebegini. Walaupun peluang untuk memilikinya itu dalam kesamaran, jangan kita lupa dan alpa akan sebuah perjuangan, demi meneruskan kelangsungan kehidupan.


29 Mei 2017

- another name put on Hall of Fame, Nadia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...