Fellow Friends

08 August 2017

Kisah Jay - Prequel

Assalamualaikum wbt. Hi readers. Aku rasa tidak perlu untuk aku berceloteh bermukadimah dengan panjang lebar. Tajuk entri ni pun simple sahaja. Mudah difahami dan jelas. Atas sebab beberapa feedback yang aku dapat melalui kisah Jay dan Nadia membuat aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan lebih dalam mengenai kisah Jay. Ini lebih kurang kepada sinopsis saja lah sebenarnya. Sebab aku pun tak punya masa yang banyak disebabkan faktor komitmen dan sebagainya. Okay aku mulakan kisah Jay.

Jay
Seorang jejaka yang di luar nampak seorang yang ceria, periang. Namun ada juga masa-masa sukar untuk beliau hadap sebuah kehidupan. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana namun cukup akan makan dan pakai. Aku suka untuk berceritakan tentang kisah silam Jay. Sebagaimana sedia maklum, setiap orang itu terbentuk melalui pembangunan diri dan juga pengalaman yang telah dialami. Melalui pengalaman juga membentuk sesuatu personaliti. Contohnya jika seseorang pernah melalui trauma didera sewaktu kecil, mereka ini cenderung untuk bersikap pasif dan kurang keyakinan diri. Segala apa yang terjadi dianggap adalah salah mereka sendiri. Itu serba sedikit contoh yang aku boleh ketengahkan. Namun ia bukan merujuk kepada kisah hidup Jay.

Kisah yang ingin aku ketengahkan adalah bagaimana Jay boleh dikatakan menjadi seorang yang bergelar "pemuja setia", "pencinta setia" dan seangkatan dengannnya. Seperti sedia maklum, Jay kini secara dasarnya telah kecundang dalam arena cinta beberapa kali. Sampai satu tahap Jay merasakan dia tidak layak untuk mendambakan satu cinta daripada seorang insan yang bernama wanita untuk dijadikan pasangan. Namun semakin hari semakin dilihat akan "positivity" dalam diri Jay. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Okay berbalik kepada kisah Jay tadi, beliau yang dahulunya agak nakal. Seawal usia kanak-kanak Jay agak anti dengan perempuan. Kisah bermula sewaktu di persekolahan. Kisah di mana Jay dimalukan di khalayak ramai. Puncanya hanya satu, tak disiapkan kerja rumah/sekolah yang diberikan cikgu. Dicampaknya buku ke muka Jay, diminta untuk diambil semula buku yang jatuh, diberikan semula kepada guru tersebut. Kemudian dicampak semula ke luar kelas. Bermastautin lah Jay di luar kelas sepanjang guru tersebut mengajar.  Lebih memeritkan, ada yang kaki repot, yakni perempuan juga. Direpotkan kejadian tersebut kepada ibu Jay. Haa amek kau! Mendapat lagi insentif tambahan dirumah. Waktu itu Jay cukup tertekan. Sampai malu nak pergi sekolah.

Setelah beberapa tahun berlalu, naluri seorang lelaki ingin juga mendekati seorang perempuan. Itu normal dan fitrah manusia. Jay cuba mendekati seorang rakan sekelas beliau. Namun dalam masa yang sama Jay mengetahui si gadis ini sudah diikuti oleh seorang "abang" senior yang Jay juga kenali dan rapat. Sehingga lah satu peristiwa telah terjadi. Lebih kepada untuk menyakat. Jay yang mengikuti sahaja kata-kata seniornya dengan cuba menghalang daripada si gadis itu keluar di sebalik pintu. Dengan tidak disengajakan Jay terpijak kain si gadis tersebut. Setelah selesai adegan tersebut Jay pulang ke rumah. Kepulangan yang disambut dengan getah paip. Kisahnya, si gadis mengadu bahawa Jay telah memijak kainnya. Daripada peristiwa itu Jay sedar tentang penting dan tegasnya didikan terhadap menganiaya perempuan itu satu tindakan tidak bermoral. 

Dengan kejadian itu memberikan impak yang positif kepada Jay sepanjang hidup beliau. Dek kerana tidak mahu peristiwa sama berulang, Jay mula menjarakkan diri dalam pergaulan dengan rakan-rakan perempuan di dalam kelas. Perlakuan itu membawa sehingga Jay diketemukan dengan seorang gadis yang mula mendekatkan dirinya kepada Jay. Faz orangnya. The rest was memories. . .  (rujuk posting tribute utk Nadia)

Moral dan kesimpulannya, kemungkinan pada orang lain, disebabkan traumatic event seperti itu boleh menyebabkan individu lebih bertindak agresif ataupun berubah orientasi. Namun perkara positif telah terjadi kepada Jay. Beliau lebih "beringat" akan hukuman yang diterima itu lebih memberikan pengajaran sepanjang hidup Jay.

Dan aku juga akui Jay cukup kuat untuk hadapi pelbagai pasang surut kehidupan. Melalui penceritaan ini aku juga melihat Jay sebagai "pemuja setia" yang tidak melatah akan perihal perhubungan, namun kadangkala menampakkan sosok yang koyak dan "gelabah" beliau. Perlukan jangka masa yang lama untuk beliau rasional tentang apa yang terjadi. Alhamdulillah sedikit sebanyak nampak lah juga akan perubahan diri.

Apapun, ingatlah, usah diusik hati seseorang jika hanya dijadikan sebagai persinggahan. Ya, aku juga pernah melalui saat tersebut. Dek kerana tidak menghargai, lalu insan-insan tersebut berlalu pergi. Dan seakan sinar mula menyinari, dikirim kan ribut dan taufan serta hujan membasahi. Dalam keredupan dan kegelapan, masih simpan pengharapan sinar pelangi muncul, disebalik awan mendung tadi. InsyaAllah satu hari nanti. InsyaAllah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...