Fellow Friends

03 June 2011

Apa ada pada C.I.N.T.A ???

Assalamualaikum wbt. to all readers...

Aq sebenaqnya xdak idea nak wat enrtri baru...lagu mana ye....gini la..aq ada satu story nak kongsi...agak jiwang..hahaha..angpa layan jela ye..
Ahmad dan Minah merupakan pasangan yg bahagia suatu tika dulu...cinta diorang ni ibarat cinta monyet...tapi bagi Ahmad, dia x fikir tu semua "cinta budak sekolah"...dan dia telah berjanji kat diri dia bahawa dia akan sedaya upaya meneruskan cintanya ke alam perkahwinan...

Pada zaman-zaman kegemilangan depa dulu..time budak2 skolah dulu depa da bercinta...sampai keco satu sekolah..cikgu2 semua tanya depa ni betoi ka bercinta...hahaha..Ahmad mmg sempoi..selamba badak ja dia habaq kat cikgu kelas yg dia ngn Minah ni bercinta...sayang la katakan...tapi yang buat Ahmad tersentuh tuh bila dia teringat balek ape yg penah cikgu kelas dia cakap kat dia..."Mad,cinta muda remaja ni mane ade kekal sampai kawen....kalo ade pon bape kerat jeh...tapi xpe lah...kita hanya mampu merancang...jaga Minah baek-baek...kalo da jodoh korang kekal alhamdulillah..tapi satu jeh awak kena janji ngn cikgu...cabar sebenarnya...bila cikgu dapat kad kawen dari awak..bia la nama kat kad tu still Ahmad & Minah..."

Pada mulanya Ahmad memang optimis dgn cintanya...Alhamdulillah berkekalan sampai tahap ini...Tapi, bak kata pepatah, bumi mane tidak ditimpa hujan...Macam-macam dugaan yg mereka hadapi...tapi dgn berkat kesabaran mereka masih kekal bersama sampai ke hari ni...

Hari kian mendatang, bulan silih berganti, tahun ke tahun seakan berlari..sedar x sedar sudah 3 tahun mereka bercinta...Ahmad dan Minah sama-sama melanjutkan pelajaran ke menara gading...tapi berbeza tempatnya..pada mulanya mereka tidak mempunyai sebarang masalah besar...tapi lama kelamaan timbul pelbagai permasalahan....mungkin faktor berjauhan menyebabkan hubungan mereka tidak harmoni seperti dulu...

Setelah pelbagai ujian melanda mereka...Ahmad menjadi keliru sama ada Minah masih setia, masih sayangkan Ahmad, masih mengharapkan cinta dari Ahmad....semua  telah menjadi persoalan yang tidak terungkai....Kekeliruan Ahmad pada kesetiaan Minah mula tergugat tatkala Ahmad secara tidak sengaja terbuka acc. FB Minah...Ahmad mula mengimbas sahaja pada awalnya..tapi jiwa Ahmad tersentak apabila dia membuka "mesej" FB Minah...seorang jejaka,mungkin satu kolej dgn minah...agak mesra perbualan mereka...seakan2 sama seperti mereka dahulu..

Namun, Ahmad tetap sabar,tidak menceritakan mahupun bertanyakan kpd Minah mengenai perkara tersebut...Lagi pun Minah sudah jarang benar menghubungi Ahmad melainkan Ahmad yang selalu bertanyakan khabar  Minah...Dengan kelakuan Minah sebegitu rupa makin merenggangkan hubungan mereka...Ahmad tidak pasti sama ada mahu meneruskan hubungan yg hampir ke setengah dekad terputus begitu sahaja....Ahmad juga masih menyayangi Minah setelah apa yg terjadi..kerana Minah lah insan yg pertama mengetuk pintu hatinya yang telah lama kecewa suatu ketika dahulu...

"Andai kau baca nukilan ini syg...aku nak kau tahu, aq msih syg kan kau...tapi kenapa kau seksa aq sampai tahap ni...kau dah jao berbeza syg...aku tak tahu apa yg menyebabkan kau jadi camni....sampai tahap nak mengaku aku ni BF kau pon susah....aku dah buntu memikirkan hal ni...tapi kau..cuma amek sikap acuh tak acuh saja...memang kita hanya mampu merancang...tapi tak sala kan kita merancang masa depan kita???aku tak nak hilang kau...terus terang aku katakan yang aku sgt terluka dgn sikap kau...terakhir kali..andai kau baca nukilan ini.....sedarlah syg yang aku tetap setia padamu...dan kau harus ingat...kesabaran manusia ada batas dan had nya....aku dah cukup terluka....harap kau fahami isi hati ini"
                                                                                                                                                    -Ahmad-

1 comments:

SKEEPMIESTER said...

mcm aq knal c ahmad nie....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...