Assalamualaikum wbt. to all readers...
Alhamdulillah da masuk pon ramadhan dan alhamdulillah juga kita semua diberikan peluang utk menjalani ibadah iaitu rukun islam yg ke-4...syukur alhamdulillah..harapnya kita diberi kesempatan utk terus menjalani ibadah puasa dengan jayanya yg berbaki 27 hari lagi...insya-Allah...
Dan aku juga memanjatkan kesyukuran kerana semakin bertambah follower dan juga "silent reader" kat blog aq ni..alhamdulillah..insya-Allah utk akan datang aku akan post beberapa info-menarik utk anda semua..insya-Allah...dan kali ni aku just nak kongsikan "artikel" menarik utk korang semua..ala, artikel ringan-ringan je utk alas perut dan minda angpa semua ye...aku dapat benda alah ni pon kat Forum syok.org ...
oke la...layan la ye...orait...
Seorang imam telah terserampak dgn 3 orang pemuda kampung yg tau duk melepak jeh...kebetulan time tu pak imam ni nak ke surau...da nak masuk waktu Zohor..lalu pak imam pon mengajak la depa bertiga ni pegi ke surau sama-sama jemaah..yelah,bulan posa ni berganda la jugak pahala tu...
Imam : Assalamualaikum wbt. Kamu bertiga mari kita ke surau berjemaah Zohor.Bulan Ramadhan ni eloklah berjemaah..lagi berkat.
Ali : Waalaikumussalam pak imam.errrr.xpelah, kami ni malas sikit nak ke surau pak imam..maklumlah, penat berpuasa.
Abu & Ahmad : Betul la pak imam.letih la.
Selepas mendengar alasan mereka bertiga tersebut,lalu pak imam cuba memujuk.
Imam : Kalau kamu bertiga boleh solat berjemaah dgn aku, aku akan izinkan salah seorang daripada kamu menjadi suami kepada anak aku, Nurul.
Selepas mendengar offer drpd pak imam tersebut, apa lagi mereka terus bersetuju.Siapa nak lepaskan peluang kahwin dgn anak pak imam tu oii..si Nurul tu anak gadis paling lawa dan ayu kat kampung mereka.Lalu mereka berempat beransur la ke surau.Apabila surau membetulkan saf barisan, pak imam menyuruh Ali azan.Apabila Ali azan, pak imam terus "PANGG" kat kepala Ali.
Ali : kenapa tok...ala,belom habis lagi,suara saya tak sedap ke tok?
Imam : suara tak sedap pala hotak ang! aku suruh azan bukan suruh takbir raya...
Lalu ketawa terbahak-bahak la Abu dan Ahmad dek kejahilan si Ali tersebut. Azan kemudian diteruskan oleh Ahmad dgn jaya dan lancar. Apabila imam mengangkat takbir pertama,beliau tidak khusyuk lalu mengangkat takbir buat kali kedua dan berulang-ulang. Apabila imam ingin mengangkat takbir kali ke-4 ak semena-mena Abu menawarkan utk menjadi imam.Pak imam pon bersetuju la...Lepas je Abu angkat takbir lalu dia menoleh ke belakang dan memandang pak imam tersebut.
Abu : Haaa, tgk ni tok.saya angkat takbir sekali je, bukan macam tok, berkali-kali sampai naik lenguh tangan tok.
PANGG!!! sorang lagi kena penampar sakti dari tangan pak imam tersebut. Marah betul pak imam kat depa 2 orang yg jahil pasal solat tersebut. Oleh kerana perasan muka pak imam merah padam dek kerana menahan marah, lalu Ahmad pon menawarkan diri untuk menjadi imam. Oleh kerana masa pon da time maka pak imam tersebut membenarkan Ahmad mengetuai solat Zohor tersebut.
Tanpa disangka Ahmad menjadi imam yg cukup baik dan sempurna. Maka setelah selesai bacaan doa pak imam pon dengan hati berbunga-bunga memuji Ahmad
Imam : Tak kusangka ang pon bole jadi imam dgn baik dan lancar ye Ahmad. Skang baru la aku akui yg ang la calon paling layan utk dijodohkan dengan anak aku si Nurul tu.
Lalu si Ahmad ni menjadi riak dan bangga diri dek pujian yg melambung daripada pak imam tersebut
Ahmad : Alah tok, biasa la..kat rumah saya la imam tok... lagipon itu belom amek wudhu' lagi tu tok da puji saya macam-macam. kalau da amek wudhu' confirm la lagi hebatt tok...caye la cakap saya tok.
Selepas mendengar penjelasan dari Ahmad, pak imam terus pengsan dan tidak sedarkan diri selama beberapa hari.
*moralnya..bawak-bawak la berusaha utk baiki kelemahan diri nak-nak dalam bulan mulia ni
Sekian.
0 comments:
Post a Comment