Assalamualaikum wbt.
Salam Satu Malaysia
Sedar tak sedar kita dah pun selesai beraya...yg keje da kembali kepada rutin harian mereka...dan begitu jugak la aku insan yg daif ni...
Diberikan kesempatan danpeluang utk meneruskan lagi kehidupan aku di "taman-taman syurga" iaitu Gedung Ilmu...
Lama jugak aq tak update belogg...dan blogger2 yg seangkatan dgn aku pon lebih kurang jugak la situasinya....tak dak masa nak kemaskini belogg...tapi dengan sedikit ruang yg ada ni aku cuba lah kongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku yg berkenaan dengan tajuk entri kali ni...
Alhamdulillah pada 4 SEPTEMBER 2011 lepas...time orang ramai tengah beraya...ari ahad kalo tak silap....aku mendaftar di Universiti Teknologi Malaysia sebagai seorang Mahasiswa "Bachelor in Industrial and Organisation Psycology"....
dan alhamdulillah jugak sepanjang seminggu Minggu Transformasi Mahasiswa aka Orientation Week berjaya aku lalui..macam-macam pengalaman baru yg aku dapat sepanjang minggu tersebut...
Minggu ni aku dah pun lalui sesi kuliah dan pelajaran untuk minggu pertama di UTM...pengalaman pegi balik dari kolej ke fakulti dan sebagainya...
Secara kesimpulan awalnya...hidup aku sepanjang 4 tahun kat UTM ni akan memberikan sesuatu yg positif ke dalam hidup aku...dan perkara yg paling mustahak kat sini adalah JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI....belajar berdikari, bergaul dalam masyarakat dan sebagainya...baru la kita boleh jadi seorang insan..dan terima kasih jugak aku ucapkan kat krew2 MTM, kawan-kawan course dan kolej yg sama-sama saling mengingati...insya-Allah ukhuwah antara kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat...
Akhir kata, matlamat aku berada di UTM ni adalah utk menjadi seorang insan yg berguna kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat, bangsa dan agama...Amin..insyaallah....
Kepada kawan-kawan yg sama situasi dengan aku ketika ini iaitu bersama-sama menuntut ilmu..aku doakan kejayaan kita bersama di hadapan kelak..Amin..Insya-Allah
Sekian,
Salam
0 comments:
Post a Comment