Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria. Jangan jadi cam aku ni haa.. tak baik-baik lagi dari sakit. Lepas satu datang lagi satu penyakit. Baru je elok dari demam mai pulak sakit tekak. Tapi takpe lah, positive kan diri ada hikmah kenapa semua ni jadi. dah banyak dosa aku kat Dia. Sebab tu lah dia bagi aku penyakit macam-macam ni sebab Dia nak suruh kita ingat Dia tak kira time senang ataupun susah. Korang semua pun jaga diri!
Berdasarkan title kat atas ni pun korang da boleh agak kan...yeke??? HAHA. Pejam celik dah 21 tahun dah aku ni haa... Sat ja masa tu berlalu. Tapi aku bukan nak cerita pasal umoq aku sekarang. Aku nak cerita kat ang pa semua pasal hari-hari terakhir aku dalam umur 20 tahun tu. That's why lah tajuk dia "Road To".... Dah macam main olimpik pulak. Haihh
Aku asalnya duk terfikir jugak, apa lah agaknya yg akan jadi kan dengan besday aku untuk kali ni. Yelah, before this situasinya lain. Kali ni pon memang totally lain. Yelah, tak semua benda yg kita jangka tu akan exactly jadi kan. Kita mampu merancang, Dia sebaik-baik perancang.
Aku mulakan cerita Family Day Outing. Alhamdulillah secara kasarnya majoriti coursemate join benda alah ni even pada awalnya masing-masing macam...errrr...haha. Tapi its okay. aku tak kisah as long as semua happy. Semua benda ni boleh terjadi disebabkan kebetulan coursemate aku punya abang kawen. So dah alang-alang p rombongan makan nasi minyak tu why not buat family day utk kelas terus kan. So before 16 Mac tu aku, zaine dan are-da plan lah secara terperinci. alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna even ada benda-benda yang tak dapat dielakkan. Aku pun secara personally berharap kepada semua 19 orang yang join p Rompin and Mersing dapat enjoy dan menikmati suasana ketenangan sepanjang 2 hari 1 malam kat Pantai Pasir Lanun tu. Dan aku pulak, tak diduga aku pun jumpa satu ketenangan yg selama ni aku cari. Alhamdulillah. As long as aku happy sorang-sorang macam gini pun dah okay. Janji tak ganggu orang lain.
After balik dari Mersing tu, aku yg jugak driver Miss-Miss Malaysia ni hibernate lebih separuh hari jugak.pukul 6 petang tido, pukul 9 pagi esoknya bangun. Gila penat. dah la drive sorang. Pahtu pulak tido lambat malam tu. Memang itu makan dia.
Then aktiviti kedua pulak hari rabu 17 Mac 13. Group keusahawanan kitorang p Batu Pahat untuk interview Hajjah Faiza pemilik Syarikat Faiza Sdn. Bhd.. Alah yang beras Taj Mahal, Moghul Faiza Basmathi tuhh.. Itu pon kenangan yang tak boleh aku lupakan jugak. Begitu humble seorang insan yang memang aku respect lah. Tak terfikir pun kat akal dia untuk bangga dengan anugerah yg dia dapat. Yang dikatakan yg dia berjaya bila mana dia mampu bg peluang pekerjaan kepada orang lain. Dalam 1 hari jugak p sana..keluar pagi balik petang...tapi tak sampai malam ( nada nyanyian serambi..haha)
Keesokkan harinya kami-kami ni semua p ke KL pulak atas urusan lawatan sambil belajar. 3 tempat kitorang pegi. 1st UKM then UIAM pahtu MIMOS Berhad. Kami satu kelas singgah tido kat UTM KL. Memang port kitorang pon kalo p kl mesti tido kat sana. orang kata dah ada cable..tiinggal cucuk jela..tapi tetap berbayar lah.. Time-time macam gini la baru rasa bertuahnya jadi student UTM. haha. Sepanjang perjalanan ni aku jadi conductor bas. Semua arahan daripada driver aku sampaikan kat kengkawan. Alhamdulillah takde benda pelik yang jadi. Syukur. The best part is, aku spent time dengan someone ni dari Mersing aritu lagi..sampai la bawak ke KL. and time balik tu paling banyak kitorang spent time and borak-borak. Jujurnya aku respect kat someone ni. Dia ada something yang tak aku jumpa sebelum ni. Tapi untuk lebih lagi tidak lah.. Aku ni jenis serik. Cukup la kawan-kawan dengan semua orang. Itu lebih baik dan itu jugak buat aku happy. Dah takde komitmen ke arah tu.
Lepas balik dari kl plak esoknya a.k.a hari Sabtu, aku dengan geng-geng kat rumah ni naik Gunung Pulai. Niat hati mula-mula tak nak ikut sebab penat p KL pon tak hilang lagi kan. Tapi mengenangkan dowang ni la kawan-kawan aku time susah senang, lagipun orang dah ajak tak kan nak tolak kan. Akhirnya aku pon pegi la jugak. Sesungguhnya memang tersangat lah best Gunung Pulai tersebut. Kalau dari UTM ni tak sampai lah satu jam nak p ke sana. Memang p sana boleh hilang stress even penat sikit nak hiking kan. Tapi "gua okay je, okay"(Slash haju Tapah)
Dan selepas itu tiba lah 25 Mac 2013. Saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Jujur aku cakap la kan. Aku tak sedar pun yg hari tu, malam tu bday aku. Aku lupa semua sebab penat and happy kenangkan balik seminggu aku yang sangat pack dengan aktiviti. Takde even sedikit pun ruang untuk aku ingat benda-benda yang boleh sakitkan hati aku time tuh. Alhamdulillah aku masih punya kawan yang prihatin. Diorang lah yang mengingatkan aku bahawa ari tu bday aku. Even hadiah sesimple mungkin, aku tetap hargai. Sebab nampak jelas dari keikhlasan diorang ni. Sayu aku malam tu kejap. Aku ingatkan lepas apa jadi kiranya end of the world dah dunia aku ni. Rupanya tidak. Masih ada secebis harapan. Alhamdulillah jugak aku tak dapat satu pun wish daripada nun jauh di hujung sana. Mungkin sudah bahagia dengan hidup. Dan mungkin dah lupa dah tarikh yg tiap-tiap tahun celebrate bersama. Ahh lupakan. Itu semua kenangan. Tak salah kalau nak ingat, tapi kalau da terlalu tu tak elok lah. Biarlah berpada-pada.
Kesimpulannya aku bahagia sekarang dengan hidup aku. Alhamdulillah aku masih punya kawan-kawan teman rapat dan sebagainya yang sudi hidup susah senang dengan aku. Dan kepada awak yang memang dah jauh dari hidup saya. Selamat maju jaya. Terima kasih di atas effort selama ini. Akhirnya kamu berjaya juga. Tahniah!
Walau apa pun jadi, ingatlah, kawan dan dan family tu penting selain daripada Allah tu sendiri. Jadi jaga lah hubungan dengan mereka-mereka ini supaya hidup korang aman tenteram dan bahagia. Begitu saja lah coretan aku untuk kali ni. Sebab mood aku tetiba jadi lain. Mintak jangan la aku ingat balik drama flashback.Demmit! Sekian saja.. Layan la gambar-gambar sekerat dua ni.. Malas nak upload banyak-banyak
Wasalam.
![]() |
Semangat anak-anak muda ni nak pusing kampung Zaine.. |
![]() |
Family outing...siap ber BBQ lagi kauu |
![]() |
Cik Dayah tengah hilangkan stress..gemok katanyaaaaa |
![]() |
Sempat lagi dowang ni..padahal tu untuk wakil dari UKM |
![]() |
Nikmat bila sampai puncak. ohh indahnya..hujung minggu ni p lagi.. InsyaAllah |
![]() |
Bahagia masing-masing..pahtu masuk bus berdengkur semua |
![]() |
Satu benda yg aku tak expect..memang nikmat |
![]() |
Bubye Gunung Pulai |
0 comments:
Post a Comment