Fellow Friends

11 June 2013

Biar Mati Mencuba, Jangan Mati Kecewa

Assalamualaikum wbt.

Secara peliknya, aku sendiri tak tahu kenapa aku masih mampu nak update belogg ni even sekarang tengah busy dengan final. Pelik memang pelik. Tapi nak buat macam mana..teruskan jelah.

Berbalik kepada title entri ni. Biar mati mencuba jangan mati kecewa. segalanya bermula di VERSUS 2. Aku tertarik sungguh dengan kata-kata ni. pada aku, bait kata sebegini ibarat 'dadah' yang disuntik ke akal dan jiwa supaya untuk terus tidak berpatah balik dengan hala tuju yang ingin dicapai. Setelah sekian lama hidup aku diselaputi pelbagai onak dan duri pada jalannya, namun alhamdulillah aku masih mampu berdiri. Dengan kata-kata sebegini juga lah membuatkan aku terus berani melangkah ke hadapan. Alhamdulillah.

Aku jugak jadikan ayat ini sebagai satu bentuk positive reinforcement yang pada aku dulu rasa down gila babi dengan apa yang jadi. betul lah kata orang, luka macam mana pun kita, memang tetap akan sembuh. tapi tinggalan kesan luka tu tetap berparut. dan siapa tahu, mungkin untuk selama-lamanya akan bermain di kotak memori.

Aku pun da usaha sedaya yang mampu. Pada aku, biarlah kecewa kerana mecuba. Jangan kecewa hanya diamkan diri dan "follow the flow". Sungguh kejam tindakan tu. As long as aku da buat yang terbaik itu pun dah cukup pada aku. Pada dasarnya begitu lah. Tapi pada ego lelaki, faham-faham lah. Konsep lelaki yang aku tahu memang senang. Dia nak apa yang dia nak! Tak faham jangan tanya. HAHA. Lama-lama kita kena akui jugak, sayang diri sendiri dulu baru sayang orang lain.

Dan sekarang, aku masih lagi mencuba, dan insyaAllah sampai mati aku akan mencuba. Tapi benda yang baik-baik jela ye :D. Aku takkan undur ke belakang lagi. Cuma sesekali pandang ke belakang supaya aku ingat akan kenangan silam yang banyak mengajar. Bukan untuk ditangisi, tapi untuk memotivasikan diri. Biar apa pon jadi. Ingat! semua pasti ada hikmahNya. Sabar dan terus sabar.

Hamboihh ayat kemain..HAHA. dah macam buat karangan UPSR. aku bukan apa, dengan cara camni la boleh bagi self-confidence kat aku. Dengan 2 tahun berbaki untuk program Ijazah ni, Macam-macam lagi aku kena hadapi, itu pun kalau hayat masih dikandung badan lah. Lepas tu kena fikir pasal kerjaya pulak. Ni la kehidupan. Siapa yang leka pasti akan tertewas. aku pun harap aku mampu ikut jalan yang lurus yang ada depan mata ni,. InsyaAllah. Kepada kawan-kawan. Good luck untuk hidup korang. Ingat! Biar mati mencuba, jangan mati kecewa. Compem sampai ke mati menyesal tak sudah!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...