Fellow Friends

29 October 2019

Menghampiri November

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah masih diberikan ruang dan kesempatan untuk menghias serba sedikit ruang aku ni. Sekali lagi Alhamdulillah perjalanan hidup masih berbaki sisa-sisa yang tak tahu bila penhujungnya. Semua rahsia Dia.

Di antara September ke November, di tengah-tengahnya Oktober. Kerap kali juga aku memainkan lagu nyanyian Awie - Tragedi Oktober, sama juga meraikan September bersama Green Day dan bakal bersama Gun N Roses dengan November Rain. Chopp, itu hanya sekadar santapan halwa telinga aku sahaja.

Random post sahaja kali ni pada pengamatan aku lah. Malam ni stay up sekejap sambil buat beberapa tugasan. Seharian aku di luar selesaikan beberapa urusan penting. Penat memang penat dari pagi sampai ke malam. Tapi hati tetap meronta untuk mengisi ruang ini. Random post kali ini berbeza dengan post-post yang sebelum ini yang mana lebih kepada deep issues, bicara hati yang mana aku sendiri jela kot yang faham. Kalau baca balik bila dah berkurun nanti aku sendiri pun takkan faham dah kot.

Berbalik kepada random post. Aku nak berkongsi tentang kenalan-kenalan aku kat office lah kot. Salah sorang daripada mereka ni dah pun menamatkan perkhidmatan pada hari jumaat lepas. Fokus kepada keluarga dan bakal deliver baby tak lama lagi. Congrats Yana.

Berdasarkan situasi simple ini, ada yang melihat pengorbanan yang terbesar adalah terpaksa korbankan kerjaya demi sesuatu yang lebih penting. Ada yang melihat dari sudut yang berbeza iaitu ia satu perkara yang merugikan. Yelah, dah belajar bertahun-tahun, masuk kerja bertahun-tahun, end up sacrifice apa yang dikejar sebelum ini. Analogi cukup mudah bagi kedua-dua sudut ini. Syiling (coin) ada dua sisi. Seperti juga nombor 6 dan juga 9. Melihat sesuatu dari sudut pandang berbeza tidak salah. Tapi jika menidakkan sudut pandang orang lain dan tetap mempertahankan pandangan kita itu yang akan menimbulkan masalah.

Sebagaimana kehidupan kita. Setiap hari ada saja itu yang buatkan otak dan akal kita berfikir. "Oh si polan tu dah ada kereta besar, kerja besar. aku bila la lagi ya". Haa benda macam ni la yang akan merosakkan keadaan diri sendiri. Sebab tu la pentingnya sentiasa panjatkan kesyukuran setiap masa. Ada orang masanya dengan keluarga terhad tapi mampu berikan segala bentuk kemewahan. Ada juga orang yang hidupnya sederhana sahaja namun dia cukup selesa dengan cara begitu. See. Kehidupan ini kita sendiri yang olah dan bentuk. Dalam masa yang sama sentiasa berdoa dan memohon supaya dipandu oleh Dia. Amin.

See. Random post aku taktahu la nak cakap apa sebenarnya. Seterusnya aku sendiri pun tak pasti apa yang aku cuba sampaikan. Allahu. Banyak perkara yang nak dibicarakan yang nak dinukilkan. Tapi jiwanya belum cukup kental untuk membuka bicara. It's okay. Tak apa. Aku tamatkan di sini dahulu. Bila aku go through semula daripada atas memang jelas takde halatuju. Maafkan aku. Aku sekadar ingin menulis. Ya itu sebenarnya. Semoga kalian semua tenang dan berbahagia dengan apa yang kalian sedang usahakan. Aku doakan kalian semoga berjaya. InsyaAllah. Salam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...