Fellow Friends

15 July 2012

Ahlan Ya Ramadan...lagi

Assalamualaikum wbt
Salam persahabatan...

Fuhh, penat kian terasa tatkala melepaskan rindu pada court futsal yang rasanya banyak bulan dah aku tak jejak. Jangan kata jejak, lalu pon tidak. Yela dekat kolej yakni Kolej Dato' Onn Jaafar merangkap kolej kediaman dan jugak hub sukan tu tempat aku duduk, tapi banyak benda aku nak kena buat, sampai nak turun petang pon malas.. Last-last PES 2012 jugak jadi bahan sukan aku seharian.hehehe



Sedar tak sedar tinggal lagi beberapa hari bulan penuh rahmat akan muncul. Ramadan al-mubarak. Jadi, aku berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Ramadan. Banyak kenangan aku dengan bulan ni. Maklumlah, setiap tahun akan tiba, cuma kita ni saja belum tentu akan betemu dengan Ramadan. Seelok-eloknya kita persiapkan diri semampu boleh. Aku yang duk melangut kat rumah ni pon berfikir panjang, alang-alang da ade kat rumah ni elok la complete kan apa yang boleh macam tadarus, solat sunat dan jugak terawih. Allahuakbar, indahnya. Dan yang pasti puasa tu wajib la kan. Jangan tak puasa pulak melainkan atas sebab-sebab diharuskan berbuka. Untuk info lebih lanjut sila ke google ataupun terus ke FB ustaz Azhar Idrus.

Berbalik kepada Ramadan-Ramadan yang lepas, alhamdulillah aku bejaya harungi semua dengan tabah dan sabar. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Sahabat karib aku saudara Harmizi Hassan, mula dengan awal pagi ajak aku pergi sahur dekat masjid, lepas tu berbuka pun dekat masjid. Menu harian berbuka Teh O panas dan kurma 2,3 biji. kalau bernasib baik ade la buah-buahan dihidang. Itu tak jadi masalah, yang jadi masalah mak aku selalu marah sebab tak buka sama.hhaha. Tapi hero kena la pandai amek hati kann...aku tiap-tiap lepas buka aka lepas maghrib balik uma kejap sementara tunggu isyak. balik bukan sebarang balik, balik aku bawak nasi bungkus. Alhamdulillah, rezeki. Tiap-tiap hari ada orang kasi nasi kat orang masjid. Murah rezeki depa tuhh. Balik aku jamah la apa yang ada untuk santap. Nasi yang dibawa balik tu kasi mak and adik-adik makan. Lepas tu terus pi isyak dan terawih skali 8 rakaat jadi lahh..lepas tu sibuk duk main mercun apa bagai.Ohh indahnya....

Ramadan dua tahun lepas pulak bersama budak-budak matrik KMS. Hampir sebulan jugak lah puasa ngan diorang. Seingat aku pun, bape hari saja puasa dekat rumah. sebab takdak cuti..kalau ada pun jauh nak balik. Jadi merasa la Geng-geng bilik 3.. Macam-macam jadi time puasa tu.. Ada yang sahur berkejar-kejaran kat blok. Nasib baik tak kantoi dgn fellow hantu chomel uw.hahahhaha.Cik Din..rindu pulak kat cikgu.hahaha. Yang aku tak boleh lupa bila mana puasa terakhir di Bumi Selangor, kitorang ramai-ramai berbuka dengan megi aka mee sedaap 5 paket. gila tak gila. sebab ape????? Sebab kafe tak bukak. Damn.. nasib baik la koop bukak. Lepas terawih macam biasa lah, hobi masa di KMS. memancing di koop dan melepakkan diri kat "sinki".hahaha.yang tahu tahu lah. malas nak cita. Ohh indahnya dikala bersama-sama rakan seperjuangan. Terasa baru semalam berpisah dengan anda semua.huhh

Dan harapan aku tahun ni, biarlah aku rasa tenang sepanjang sebulan ni. duit bila-bila boleh cari. Ramdan sekali saja dalam setahun. itu pon belum tentu kita jumpa lagi untuk tahun akan datang. Jadi aku berpesan kepada diri aku dan juga warga blogger sekalian. yang mana ada tanggungjawab tu macam kerja ke hape..takpelah..kerja tetap kerja. tapi kalau boleh usahakan lah terawih tu. dan yang penting sama-sama kita kejar malam lailatul-qadar yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Yang mana bercita-cita nak berhenti smoke tu elok la guna peluang bertemu Ramadan ni untuk berhenti.Insya-Allah. Aku tinggalkan pesan dengan sepotong kata-kata :

"Ramadan, di awalnya rahmat, petengahannya keampunan dan diakhirnya bebas daripada seksa api neraka"

Sekian.
Wasalam.

2 comments:

SKEEPMIESTER said...

puasa tetap puasa...
mancing tetap mancing...

Nick Casper said...

mancing malam ye takk..lepas terawih...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...