Fellow Friends

12 July 2012

Kembali ke Alam Realiti

Assalamualaikum wbt.

Usia perangkap kita, Remaja kita tinggalkan...

Mencilok sepotong lirik dari lagu Wings...Sejati ; membuatkan aku tersedar dari lamunan yang aku sendiri angankan. Terus terang aku cakap, entri ni berkemungkinan aku simpulkan segala-gala berkenaan 030303 (masihkah kau ingat?).
* abaikan smiley!!!


Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang keramat sangat (mohon jangan pergi tikam nombor ni..perbuatan syirik! tu) dengan angka 030303 ni... Aku pada awalnya tak menduga akan tersangkut dengan angka ni... baik orangnya ataupun apa yang telah berlaku.

Setelah diamati... jalan cerita cinta pertama aku disimpulkan dengan angka ini...03.03.03 yang membawa maksud 3 tahun 3 bulan dan 3 hari. AWESOME! *apsal aku particular/obses sangat dengan nombor ni????

Itu yang aku tak tahu. Tapi apa yang pasti, terlalu banyak kenangan sepanjang jarak antara 2 tarikh tersebut... 15 Oct 2008 - 18 Jan 2012... Bukan untuk mengungkit segala apa yang terjadi. Maaf andai kau( baca "awak") baca semua yang ada dalam nickcasper.blogspot.com ni. Segala-galanya telah berakhir. itu sesuatu yang pasti.

Pada awalnya aku tak mampu terima takdir dan dugaan ni. Rasanya tak perlu diceritakan dengan panjang lebar... Cuma apa yang ingin aku katakan kat sini, insan tu datang dan pergi, tapi cinta belum tentu lagi.. dan buatkan aku sedar kembali, jangan cuba untuk bercinta andai diri belum bersedia untuk terluka..

Di antara pertemuan dan perpisahan, akan tercoret di tengah-tengahnya sejuta kenangan..yang pasti sukar untuk dilupakan.

Aku sedar yang aku terlalu banyak khilaf sepanjang perkenalan kita. Aku rasa layak untuk merelakan perpisahan ini untuk kebaikan bersama. Dan aku cuba jadikan kegagalan kali ini sebagai "guru" yang berguna untuk masa hadapan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Actually aku nak je tulis panjang lebar lagi tapi bila baca balik nampak skema pulak ayat atas ni...dah boleh masuk paper esei bahasa Malaysia dahh..hahaha. Tapi walau apa pon..tetap ada makna yg mendalam dari apa yang aku luahkan tu. Terpulang la kat korang  faham ke tak enn..hehehe

Dipendekkan cerita, aku secara matematiknya sudah 70% berada di alam sedar. Pada hakikatnya aku terima takdir Ilahi ini dengan redha (pada mulanya seakan tidak). tapi jauh di sudut dan dasar hati paling dalam aku ni masih ada rindu

" I don't hate you because there is no more love left for me, but I hate myself because deeply in my heart, love is still there for you"

As an ending of this epic story in my life, aku masih merangkak menuju alam realiti yang sebenar. As long as kau bahagia dengan hidup kau sekarang. Itu sudah cukup buatkan aku senang. Dan andai ditakdirkan perasaan ini tidak mati, pengakuan ikhlas bersaksikan viewers and readers blog ni, aku masih terima kau andai kau masih mahu bertandang lagi dalam hidup ini dengan syarat hadirnya kau seperti mana kau yang pernah aku kenal dulu. Jangan datang ketuk pintu hati aku andai pada masa tu aku sudah mampu berlari.

p/s : 1 pesanan utk awak nfzk : jangan cepat mengalah dan takut untuk mencuba dalam sesuatu hal, apa pun outcome nya tu tak penting. usaha kita ke arah tu lagi penting. selamat maju jaya!

----Dengan RASMI Saga 030303 DITUTUP----

Sekian,
Wasalam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...