Fellow Friends

20 April 2016

Curahan Rasa

Assalamualaikum wbt. dan Hi kawan-kawan.

Sejak berbulan-bulan plan nak update blog, namun tika dan saat ini saja mampu menunaikannya. Tapi plan nya lain, ini jadi lain pulak. Dulu plan nak update berkenaan Pulau Perhentian Getaway;Short Vacation. Tapi nanti dulu lah. InsyaAllah lepas exam ke. Alang-alang dah throwback kan, kasi throwback lama terus. LOL

Okay, aku taknak bercerita banyak, cuma sedikit luahan perasaan. gitttewww. Hahaha.

Pepatah pepatung "ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari" ni macam kena je dengan life aku sekarang. Aku tak mampu dah nak reveal dekat mana-mana social media (yang kebiasaannya aku bagi hint je bukan overall view pun) dan juga dekat kawan baik aku sendiri. After and after hari berganti minggu, minggu berganti bulan seterusnya berganti tahun, aku naik jemu juga dengan apa yang aku hadap sekarang ni.

Kadang-kadang buat aku terfikir, ini ke hikmahnya kenapa aku teruskan pengajian dalam bidang ni? Kira macam game punya level lah. Tak lepas satu level tak boleh naik ke level seterusnya. Sama juga dengan aku, tak boleh solve problem sendiri macam mana nak solve kan problem orang lain. Arghh fed up! Even makin meningkat dewasa ni banyak benda positif yang berubah kat aku, tapi still ada benda yang dalam term kaunseling nya is "unfinished business". What the heck! Memang lah weh have Allah, We have God. Memang tempat yang betul pun nak mengadu. But we still simpan benda ni dalam diri. Dan ini yang akan jadi unfinished business nya.

Kalau berkait dengan soal hati dan perasaan ni, aku tak pasti sama ada aku ni jenis fighter atau pun loser. Sama ada aku fight untuk benda yang tak berbaloi atau pun aku loser sebab keep mengharapkan "keindahan" sebuah cinta. Come on. dah 2016, dah 24 tahun hidup. Kenapa aku still kena menghadap situasi macam ni? Ohh God!

Nak luah pun serba salah, tak luah pun jadi sakit sendiri kat dalam ni haa. Kadanng-kadang jugak aku pun fikir, aku ni ke yang bermasalah? Sebab aku rasa setakat ni apa je yang boleh dijadikan aku sebagai kambing hitam pun. sebelah tangan pun tak cukup.

Begini lah sebuah kehidupan, ada roller coaster nya. Aku pun tak tahu sampai bila aku perlu hadap turun naik kehidupan ni. Mungkin sampai pejam mata kot. Allahu.

Nak meronta gila babi, dah besar, nak act cool pun, sampai satu tahap sampai satu masa collapse jugak. Haih lah dunia. Memang benar, dunia penuh tipu daya. Satu ketakutan muncul dalam diri ni.\

Mula-mula takut "orang baru" ni sebagai pelepas kesunyian je, kesian, aku tak nak jadi macam tu. If aku tak bergerak ke arah tu, what point lagi aku kena tunggu? Setiap orang ada masalah ada situasi tertentu dalam hidup. Sebab tu sekarang aku lebih kepada mendengar dan tidak menghukum. Sebabnya dah banyak benda jadi and lastly semua tekaan aku meleset. Ibaratnya, nampak orang pakai compang-camping di ingat gila, sebenarnya itu lah pakaian dia hari-hari utk cari sesuap nasi utk keluarga. Siapa tahu melainkan Yang Maha Esa!

Penat bro bila kau terpaksa hadap benda yang melibatkan emosi. Ada satu masa kau boleh letak tepi dan fokus dekat benda lain dulu. Tapi bila benda lain tu dah setel kau terpaksa ambil juga benda yang kau letak tepi tadi. Selagi tak setel selagi tu lah kau kena hadap sampai muntah hijau.

Aku tak harap banyak, cukup lah semua ni dapat pengakhiran yang baik dan indah. Aku masih dalam situasi, dan aku masih struggle untuk survive dalam situasi ni. Aku takde sape-sape kecuali DIA. DIA lah ikhtiar dan usaha yang aku boleh lakukan. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita semua. Salam

1 comments:

Unknown said...

Keep it up bro..jgn mengalah..kumpul duit sikit, terus hantar rombongan meminang..insyaallah diterima..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...