Fellow Friends

15 May 2016

Persis Pelangi

Assalamualaikum. Walaupun masih banyak dengan komitmen lain berserta tugasan-tugasan, aku masih ada masa untuk menaip meluahkan rasa hati di lembaran putih di hadapan skrin. Mungkin setakat ini, ini terapi alternatif yang terbaik selepas dekatkan diri kepadaNya. Mungkin. Aku lebih tenang dengan cara begini



Entah berapa kali aku keep cakap dekat diri sendiri "okay, sampai dah masanya, cukup lah, habis sampai sini jelah". Namun aku belum betul-betul kuat untuk hadap semua ini. InsyaAllah kali ini mungkin. Selepas serah bulat-bulat kepada Yang Maha Kuasa. Aku kena redha, terima hakikat realiti ini.


"Ahh, lama-lama okay la tu bro". Kalau lah lama tu  boleh diukur tepat berapa lama, aku masih mampu angguk tanda setuju. Cuma berapa lama itu aku sendiri pun tak pasti. Biarlah masa menentukannya nanti. Yang pasti, aku tetap kena pergi.
Segala impian ibarat ais yang sedang cair, sedikit demi sedikit cair dan hilang dibawa arus. Silap aku kerana terlalu percaya yang semuanya kembali okay. Silap aku juga sebab terlalu optimist untuk realiti kekal menjadi realiti, akhirnya fantasi bertukar mimpi ngeri.

Perginya kali ini biarlah pergi yang hakiki, aku kalau boleh taknak dah hadap benda ni lagi. Jujur aku cakap, benda ni lah dah buat aku sendiri stucked dekat sini yang dah makan bertahun-tahun. Cuma kali ini aku mampu cakap, alhamdulillah, aku tidak seperti sebelum ini, lebih tenang lebih sabar hadapi ulangan dugaan ini.

Bila berbicara soal hati, aku sendiri pun tak boleh nak jamin, tak boleh nak paksa, love come naturally. Sampai masa ia kena pergi, ia tetap pergi. Benarlah satu qoutes tu, first love ni bukan orang yang kita cinta, tapi orang pertama buat kita terluka kerana cinta.

Dalam meniti jalan hidup, aku terus panjatkan doa, jika ada ruang dan peluang, sama-sama tengok kebahagiaan masing-masing, aku bersyukur. aku juga berdoa agar setiap yang jadi akan ada pengakhiran yang baik untuk kesemua pihak, aku redha. aku doakan bila mana aku dah bergerak "dari sini", takkan berulang lagi episod-episod ini, aku pasrah.


Ya betul, kita mampu merancang, aku juga dah merancang, tapi DIA adalah sebaik-baik perancangan. Maka aku perlu betul-betul sabar.

Betul juga kata Sudirman dalam pelangi petang... Seharian waktu bersamamu tak terasa saat yang berlalu bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua. . .


Mungkin aku terlalu naive, sebab tu semua ini terjadi. Mungkin. Mungkin juga ini boleh dikatakan ikhtiar terakhir, biarpun penantian satu penyeksaan, akan diusahakan. "one last shot" kata orang putih.

Selepas itu aku hanya mampu ucap terima kasih, setiap hadirmu itu bersebab, walaupun di masa akan datang engkau muncul lagi. . .


Maka dengan itu, sabar dan doa dapat diiringkan. semoga sejahtera setiap insan. InsyaAllah.

1 comments:

Unknown said...

Dont give up bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...