Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan untuk berada dalam bulan penuh barakah, Ramadan Al-Mubarak. Sama-sama lah kita pulun segala kebaikan yang ada dan mampu untuk kita lakukan sepanjang bulan ini. Sebab nya takde sapa boleh jamin next Ramadan kita sempat jumpa ke tidak. Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan jugak.
Alhamdulillah, aku juga masih diberikan kesempatan untuk menulis lagi. Ada sebab kenapa aku tergerak hati untuk menulis saat ini. Walaupun dalam keadaan sekarang yang sepatutnya aku fokus untuk exam dan sebagainya. Tapi dengan satu situasi ini buatkan aku move forward untuk menaip post kali ini.
Terlebih dahulu aku ucapkan Salam Ramadan kepada semua.
Semasa sedang sibuk menyusun atur juadah berbuka maghrib tadi, satu soalan yang entah dari mana puncanya menuju kepada aku.
Mak: "**** masih kerja kat situ lagi? Boleh submit resume kat situ kot-kot ada rezeki"
Dalam setengah saat aku berfikir dan terpaksa menjawab "ya" demi tidak meneruskan soal jawab yang lain. Perasaan sungguh berkecamuk. Secara tiba-tiba di tanya akan si dia. Yeah, aku overthink barangkali.
Cuma saat dan detik yang seketika, waktu perbualan yang beberapa saat sahaja, buatkan satu malam even sampai saat ini aku keep fikirkan perkara ini.
Malam yang sunyi, kelam, syahdu, membangkitkan kenangan lalu, seakan memaksa untuk aku rindu. Sedih... realitinya bukan begitu, dan perkara-perkara tersebut telahpun berlalu.
Ya, banyak kenangan ramadan. seawal perkenalan. Setahun selepas mula mengenal each other. ya. Walaupun orang duk sibuk share dekat fb sedutan scene filem Tenggelamnya Kapal Van Der Vidjk, kata-kata killer masih tak terusik jiwa raga, tapi dengan pertanyaan seorang ibu....pheww. Surrender. I am a loser.
Namun, dalam masa yang sama, berkat Ramadan, aku kena dan harus bersyukur. Tatkala orang lain apabila berhadapan dengan situasi seakan-akan sebegini, mereka jatuh tersungkur, depresi, gangguan emosi ada yang sampai tahap bunuh diri. Alhamdulillah, aku masih di sini.
Dengan pengharapan yang tinggi, namun bukan lagi harapan yang dulu. mengharapkan batang tubuh kembali seperti sebelum ini, berdiri di hadapan depan mata sendiri. tidak sama sekali.
Kehidupan perlu optimist, perlu ada motivasi. InsyaAllah dengan pengharapan ini memandu hidup aku untuk terus bermotivasi, kejar impian dan cita-cita, bantu keluarga.
Sampai saat dan satu masa. InsyaAllah, aku mampu kata....
Terima kasih Cinta, walaupun ia retak seribu, emosi penuh gelora, sepanjang jalan malap gelita. Aku masih mampu senyum. Terima kasih untuk rasa derita, bertukar menjadi sebuah cerita, insan tekun kejar cita-cita, demi sebuah hidup yang berjaya. InsyaAllah. Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Aku tahu ini tersangat awal, Alang-alang wish in advance. Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment