Assalamaualikum wbt.
Salam Ramadan ke-23
Alhamdulillah...tinggal kurang lebih seminggu kita berpuasa...kemudian masing-masing bergembira menyambut Aidilfitri.
Dan seperti biasalah...10 malam terakhir..umat Muhammad SAW diberi kelebihan iaitu malam alQadar....yakni Lailatul Qadar....yang mana satu malam lebih baik daripada seribu bulan...
Dan untuk entri kali ni aku just nak luahkan apa yg perlu shj la...berkenaan dgn kehidupan aku selama 19 tahun ni...
Yelah..kata orang hidup ni penuh dgn dugaan dan perjalanannya yg penuh liku...aku dah pun melalui saat-saat tersebut di beberapa ketika sepanjang fasa kehidupan aku...2005 - pemergian bapa saudara tercinta. Disusuli nenek 2006 seterusnya 08.03.07 kembalinya datuk tercinta ke Rahmatullah....
Dengan kesedihan tersebut lah mengajar aku erti kehiupan sebenar..yg mana xsemestinya apa yg kita miliki akan tetap terus menjadi milik kita buat selama-lamanya...dan alhamdulillah tahun 2007 dubati dengan kejayaan Straight A's pd hujung tahunnya...
Allah Maha Bijaksana.Diberikan ujian kepadaku pada 2008...sangat "tough" bagi aku sebenarnya....masih lena dibuai mimpi indah...terpaksa menamatkan pengajian di sebuah sekolah elit Malaysia....pulang semula ke titik permulaan...memang haru biru pada waktu dan tika itu...dipalit kenangan bersama arwah ustazah yg banyak memberikan dorongan ibarat menghulurkan tangan memberikan bantuan pada waktu aku jatuh tersungkur di medan perjuangan...perginya beliau 2 hari sebelum puasa tahun tersebut bermula...aku hilang tempat bergantung...seakan sepi..tiada lagi nasihat dan "sindiran"...Alhamdulillah..Oktober 08...pertengahan bulan..hidupku diserikan sengan kehadiran seorang yg aku ibaratkan sebagai bidadari yg menyinari segenap ruang hidupku...
Bermula dengan perkenalan biasa sahaja....perasaan suka bertukar menjadi sayang dan akhirnya alhamdulillah beliau menjadi teman suka dan duka...sepanjang perhubungan yg kini hampir menjangkau angka 3...terpalit dengan memori silam....bumi mana tidak ditimpa hujan..lautan mana tidak bergelombang...tahun demi tahun silih berganti..tapi perselisihan faham tetap berlaku...apakan daya..aku hanya insan biasa...jauh disudut hati ini masih sayang akan perhubungan ini...walau ombak dan badai melanda....
Tahun 2010...ogos.."peperangan" antara kami berlaku...sebelum ini hanya sekelumit cuma...ye..aku akui salah aku...ego ku yg menebal...dek tak mengaku kalah, aku hampir kehilangan beliau...
Kini ogos 11 datang lagi....terpalit dengan kekalahan awal musim skuad The Gunners...ditambah pula dengan insiden seakan serupa...mengimbau kembali...apakah ini juga salah aku...Allah lebih mengetahui...
Harapnya...sebelum Aidilfitri menjelang..segalanya kembali normal..sedia kala...maafkan aku sayang...tidak berniat utk menambah luka di hatimu...tidak juga aku persiakan kehadiranmu...harap kau mengerti..maafkan aku...doaku padaMu Tuhan..lembutkanlah hati bakal permaisuri hidupku...tunjukkan kami jelan kebaikan..jalan di redhaiMu...sesungguhnya..aku hanya insan biasa..xmampu mengubah dunia..xmampu bermadah kata..hanya untuk menawan segenggam hati...utk dijadikan sumber inspirasi...dalam dunia yg penuh ranjau dan duri...
Maafkan aku NFZK....
3 comments:
nice words nik! =)
:)
indahnya kata-kata xmampu bahagiakan seseorang...
:)
coz... action speak louder than words
hahaa... nie nme nyer 'perlibahasa'
Post a Comment