Fellow Friends

Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

13 September 2012

Entri Tidak Bertajuk

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera kalian semua
Harapnya semua dalam keadaan sihat. Aku di sini (UTM) sihat walafiat. Entri kali ini aku nak sentuh macam-macam perkara. Di saat kekusutan kepala otak ni la datang nafsu nak menulis.

Alhamdulillah, aku sekarang bergelar pelajar Tahun Dua. No more freshman/junior student. Setakat ini alhamdulillah jugak, so far takde masalah or tension lagi pasal course yg aku amik ni. Di kesempatan ini jugak aku ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada seorang sahabat yg baru saja melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UniMas, saudari Hani. Asmahani....gudluck ya.

Hujung minggu ni aku dengan budak kelas akan sedikit busy sebab nak uruskan program  untuk student-student psycho yg baru masuk aka mahasiswa Tahun Satu. Selamat datang aku ucapkan kat depa. Program hujung minggu ni berlangsung 14-16 September. Orang semua tengah sedap cuti, jadi jangan lah terasa terbeban korang oi, aku pon tak cuti sebab nak handle program untuk korang. Moga-moga happy hendaknya. Amin.

Suka untuk aku selitkan sedikit luahan hati. Sebab tu title entri ni Tidak Bertajuk sebab macam-macam aku masukkan. Sejujurnya, aku bersyukur kepada Allah Taala sebab memakbulkan doa aku selama ini. Berkat Ramadan lepas dan jugak support daripada kawan-kawan alhamdulillah aku mampu berdiri dan sekarang ni aku masih dalam proses memimpin tangan "permaisuri" hati aku. Betul kata orang, nak seribu daya mahu seribu cara tak mau berjuta alasan keluar.

Kadang-kadang aku terfikir kenapa benda ni harus berlaku? aku sendiri pun pelik. Memang benar aku cinta, sayang dia. Tapi kenapa sukar utk aku tunjukkan dan buktikan semua tu kat dia? "Fight for what you love!". Aku pegang dgn kata-kata ni. Tapi sampai bila perlu jadi begini? Terkadang jauh di sudut hati ingin saja aku mengalah, berputus asa. Kerana aku masih belum nampak apa yang positive yg akan berlaku di masa depan. Namun, "gergasi" di dalam badan aku ini sering mengingatkan..."Dah alang-alang kau menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". YA tak dinafikan, buat kerja biar sampai habis. Tapi aku ada satu masalah, aku kalah dengan perasaan aku sendiri. Sejujurnya aku tak boleh tengok orang yg aku sayang sedih celaru serabut lebih-lebih lagi aku yg jadi penyebabnya.

Hanya Tuhan saja yg tahu apa yg ada dalam hati kecil ini. Aku biarkan kau terbang bebas mencari arah hidup hala tuju. Andai kau masih ingat jalan pulang ke sarang, maka pulanglah. aku menanti dengan penuh kesabaran. tapi janganlah pulang lagi andai sarang hati yg ditinggalkan ini sudahpun berpenghuni. Di saat itu hanya takdir Tuhan yg menceritakan segala-galanya.

InsyaAllah aku akan usahakan sedaya mampu untuk impresskan dikau sang puteri. itu merupakan ikhtiar aku yg terakhir. Andai masih sama skrip ceritanya. Hendak atau tidak aku terpaksa mengundurkan diri demi menjaga hati terutama kau yg sentiasa bermain di kotak fikiran ini.

InsyaAllah, 27 September 2012 akan kau kenang hingga ke akhir hayat. Amin

Sekian, wasalam

*maaf andai tak faham dan buang masa korang baca entri ini.sorry guys
read more "Entri Tidak Bertajuk"

08 February 2012

Selamat Tinggal. . .

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera...

Huhh...
Ape yg aku nak karang ni....

Segalanya seakan telah berakhir, realitinya begitu lah...
Kepada readers and followers, mesti korang boring kan..semenjak dua menjak ni post lebih kurang sama saje.. aku mintak maaf... ini saje yang termampu setakat ni.

Segala persoalan rasanya sudah terjawab...jawapan bukan melalui lisan...tetapi melalui gaya percakapan, pertuturan dan tingkah laku... rupa-rupanya..aku silap...aku yang tak boleh terima kenyataan..realiti hidup...

Dan untuk masa sekarang, bermula tika dan saat ini, terpaksa aku lupakan segala kenangan..hanya masa dan waktu mampu mengubat dan menghilangkan kenangan tersebut...

Siapa kita nak melawan takdir..sudah tertulis suratannya begitu...
Aku kena terima takdir aku...

Maafkan segala kekhilafan yg telah aku lakukan sepanjang perkenalan kita...

Dan bermula la lukisan hidup baru aka new chapter of my life...

Dan dengan itu juga, post ini akan jadi post terakhir blog ni... terima kasih aku ucapkan kepada semua yg sudi jenguk, singgah follow baca dan lain-lain lagi kat blog aku ni...

Insyaallah aku akan kembali..cuma masa dan waktu yang belum pasti, mungkin esok, mungkin minggu depan, bulan depan, tahun depan??? aku sendiri pon tak pasti.

Cuma di sini, ingin aku berpesan, hargailah orang yang menyintaimu, kerana luka di luar parut ditinggalkan..luka di hati, sendiri yang menanggung derita..yang tak pasti bila akan berhenti sakitnya...

Sekian, insyaallah berjumpa lagi..

Assalamualaikum wbt.


read more "Selamat Tinggal. . ."

17 January 2012

Masih tersirat...

Assalamualaikum wbt.
Salam perpaduan

030303

Sesuai dengan tajuk entri ni, segalanya tersirat. Aku pun tak pasti macam mana aku nak ungkapkan aku nak luahkan. Semacam tak kena, tak kena pada masa dan waktu. Aku dapat rasakan yang ini merupakan dugaan terbesar aku sepanjang aku hidup...

Hati remuk tatkala minggu exam...actually FINAL utk semester satu DEGREE yang aku amik.truly,,, aku tak mampu, aku tertekan dengan semua ni...aku pon tak pasti exam psychology aku tu ke mana hala tuju markahnya, grednya...hanya mampu tawakal...

Cinta tu hebat kan??? sayang pun tak kurang hebatnya...
Cuma aku terfikir kenapa masih ada rasa sayang setelah apa yg da jadi?

Betul lah orang cakap, tak guna bertepuk sebelah tangan..bila sampai masa...kita sendiri yang penat...tepuk sorang-sorang.

Aku jugak tak pasti apa jawapan yang aku dapat 18 Jan nanti...setiap malam hanya mampu meneka apa yang bakal diucap, dikata....030303

sorry readers, aku tak mampu cerita benda yang sebenarnya..tapi aku kena jugak ukir walaupun secebis kata...biar tenang hati aku...at least, aku tak pergi luah dekat perempuan lain...

Secara kebetulan, selongkar folder lagu yang lama tak bukak...terjumpa dua lagu ni...seakan memahami dan seakan tepat meluahkan segala yang terbuku kat hati ni...






tatkala beberapa coursemate aku tengah syok bercuti kat Langkawi..aku kat sini makan hati...terpaksa aku tolak utk join depa sebab aku dah janji nak pergi Genting..dengan kawan-kawan aku kat sini...and last, apa aku dapat??? duduk rumah saja...trip to Genting pon tak jadi..no biggies! Kita mampu merancang...

semoga dipermudahkan jalannya bila mana sampainya saat dan ketika... Dah penat aku marah-marah...be more assertive Nick Casper...Insyaallah...

Assalamualaikum... :'(

read more "Masih tersirat..."

23 August 2011

Erti Kehidupan

Assalamaualikum wbt.
Salam Ramadan ke-23

Alhamdulillah...tinggal kurang lebih seminggu kita berpuasa...kemudian masing-masing bergembira menyambut Aidilfitri.
Dan seperti biasalah...10 malam terakhir..umat Muhammad SAW diberi kelebihan iaitu malam alQadar....yakni Lailatul Qadar....yang mana satu malam lebih baik daripada seribu bulan...

Dan untuk entri kali ni aku just nak luahkan apa yg perlu shj la...berkenaan dgn kehidupan aku selama 19 tahun ni...
Yelah..kata orang hidup ni penuh dgn dugaan dan perjalanannya yg penuh liku...aku dah pun melalui saat-saat tersebut di beberapa ketika sepanjang fasa kehidupan aku...2005 - pemergian bapa saudara tercinta. Disusuli nenek 2006 seterusnya 08.03.07 kembalinya datuk tercinta ke Rahmatullah....
Dengan kesedihan tersebut lah mengajar aku erti kehiupan sebenar..yg mana xsemestinya apa yg kita miliki akan tetap terus menjadi milik kita buat selama-lamanya...dan alhamdulillah tahun 2007 dubati dengan kejayaan Straight A's pd hujung tahunnya...
Allah Maha Bijaksana.Diberikan ujian kepadaku pada 2008...sangat "tough" bagi aku sebenarnya....masih lena dibuai mimpi indah...terpaksa menamatkan pengajian di sebuah sekolah elit Malaysia....pulang semula ke titik permulaan...memang haru biru pada waktu dan tika itu...dipalit kenangan bersama arwah ustazah yg banyak memberikan dorongan ibarat menghulurkan tangan memberikan bantuan pada waktu aku jatuh tersungkur di medan perjuangan...perginya beliau 2 hari sebelum puasa tahun tersebut bermula...aku hilang tempat bergantung...seakan sepi..tiada lagi nasihat dan "sindiran"...Alhamdulillah..Oktober 08...pertengahan bulan..hidupku diserikan sengan kehadiran seorang yg aku ibaratkan sebagai bidadari yg menyinari segenap ruang hidupku...
Bermula dengan perkenalan biasa sahaja....perasaan suka bertukar menjadi sayang dan akhirnya alhamdulillah beliau menjadi teman suka dan duka...sepanjang perhubungan yg kini hampir menjangkau angka 3...terpalit dengan memori silam....bumi mana tidak ditimpa hujan..lautan mana tidak bergelombang...tahun demi tahun silih berganti..tapi perselisihan faham tetap berlaku...apakan daya..aku hanya insan biasa...jauh disudut hati ini masih sayang akan perhubungan ini...walau ombak dan badai melanda....

Tahun 2010...ogos.."peperangan" antara kami berlaku...sebelum ini hanya sekelumit cuma...ye..aku akui salah aku...ego ku yg menebal...dek tak mengaku kalah, aku hampir kehilangan beliau...

Kini ogos 11 datang lagi....terpalit dengan kekalahan awal musim skuad The Gunners...ditambah pula dengan insiden seakan serupa...mengimbau kembali...apakah ini juga salah aku...Allah lebih mengetahui...

Harapnya...sebelum Aidilfitri menjelang..segalanya kembali normal..sedia kala...maafkan aku sayang...tidak berniat utk menambah luka di hatimu...tidak juga aku persiakan kehadiranmu...harap kau mengerti..maafkan aku...doaku padaMu Tuhan..lembutkanlah hati bakal permaisuri hidupku...tunjukkan kami jelan kebaikan..jalan di redhaiMu...sesungguhnya..aku hanya insan biasa..xmampu mengubah dunia..xmampu bermadah kata..hanya untuk menawan segenggam hati...utk dijadikan sumber inspirasi...dalam dunia yg penuh ranjau dan duri...

Maafkan aku NFZK....
read more "Erti Kehidupan"

20 June 2011

C.I.N.T.A

Ramai yang pandai meluahkan kata
cinta dan mengatakan cintanya terlalu mendalam
namun sebenarnya masih ada yang tidak tahu apa
erti cinta yang sebenar. Bagi yang baru
memulakan cinta dan sudah pun bercinta
fahamilah ada apa dengan cinta. Cinta itu sebuah
jalan dan komimen bukan hanya sekadar
perasaan. Cinta juga tidak semestinya berakhir
dengan bahagia kerana cinta tidak pernah
berakhir. Masih belum terlewat untuk kamu
membina sesuatu hubungan atau memperbaiki
hubungan dengan mengerti tentang cinta sebenar.
read more "C.I.N.T.A"

07 June 2011

Luahan Hati. . .

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
read more "Luahan Hati. . ."

24 May 2011

Pulanglah...





Pulanglah...kembalikan keindahan cinta yg dulu...senyum tawa mu..

read more "Pulanglah..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...