Salam Ramadan
Alhamdulillah, sudah pun 1/3 masa berlalu iaitu Ramadan al-mubarak. Begitu juga aku, sedikit sebanyak alhamdulillah dapat menggunakan kesempatan bulan yang mulia ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Harapnya kalian juga begitu kerana kita semua tak dijamin mampu bertemu lagi Ramadan akan datang.
Nukilan ini diukir selepas aku selesai "melangsaikan" hutang menonton last episod Friday.Im.In.Love. nak tahu lebih-lebih boleh google k. Tersentak dengan background music cerita tu, sekaligus menggamit memori silam...
Senyum mentari ku senyumHidup kita ni ibarat siang dan malam. Mahu atau tidak kita kena juga hadapi. Ada sesetengah orang tak suka pada malam yang digambarkan sebagai kegelapan. Walau apa pun kita sebagai manusia kena bersyukur kerana masih diberi nafas dan peluang untuk bangkit setelah "dimatikan" seketika. Dan pada aku, pahit manis kita akan sentiasa susuri. Cuma kita kena lah percaya yang malam juga masih ada bintang yang akan menemani kita. Jangan cepat melatah
Namun senja tetap datang berpantun
Kau gantikan kegelapan kepada ku
Indah berbeza ditemani bintang
Teman datang dan pergiTeman juga silih berganti. Namun seperti yang aku katakan sebelum ini, diantara pertemuan dan perpisahan, ditengah-tengahnya tercipta sejuta kenangan. Dan yang pasti amat sukar dilupakan. Ya! Memang amat sukar untuk dilupakan. Terkadang saat diri hampir tersungkur, masih ada rahmat dariNya. Diberikan sahabat dan teman yang memberikan semangat, "Jangan mengalah, perjalanan masih jauh". Walaupun silih berganti, 'hujan' tetap akan turun saat kita memerlukan tidak kira siang ataupun malam. Dengan izinNya.
Hati bersepah dengan memori
Hujan berbicara dengan ku
Pesan nya agar ku berdiri
Aku hampir di telan asmaraTak dinafikan dugaan itu perit. Tapi sebagai manusia kita harus tahu, bukan namanya kehidupan andai tiada dugaan. Dan alhamdulillah hari ini aku mampu berdiri seraya bantuan daripada bicara "sang hujan" yang berpesan agar aku berdiri. Aku juga dapat merasakan akan hikmah dari apa yang telah terjadi. Allah sayang kita, kadang-kadang dia ambil apa yang kita ada, supaya kita tahu bersyukur dan dekatkan diri padaNya. Dan tak mustahil apa yang diambilNya itu cuma untuk sementara disebabkan kelalaian kita suatu ketika dahulu. Walau apa pun terjadi, selagi batang tubuh ini mampu berdiri, aku akan berusaha untuk perbaiki diri dan mencari dan terus mencari sebuah kepastian yang membawa kebahagiaan.
Hilang percaya ku pada semua
Genggaman erat takkan ku lepaskan
Biar apapun kata si bintang ku nantikan pagi
Andai dia bukan lagi milikku, Kau singkirkan perasaan ini Ya Allah agar aku lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang. Dan andai dia masih milikku Ya Allah, dekatkanlah hati kami walau tidak berjumpa mata. Aku rindu dia. Aku cinta dia keranaMu. Restuilah perasaan aku ini. Amin
p/s : istikharah bukan hanya pada jodoh, dalam hal lain pon sekiranya ada kesulitan, mintalah padaNya
![]() |
Kau ibarat bulan, kau tetap wujud walau siang malam silih berganti. Kau hadir di saat aku memerlukan, dan kau juga tetap bersama dan terus bersama.......kini di dalam hati |
Sekian
Wasalam
0 comments:
Post a Comment