Fellow Friends

14 August 2012

Sudah Sampai Sini

Assalamualaikum wbt
Salam Lebaran


Sebelum apa-apa hal aku ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada anda semua yang sedang membaca warkah ini. Bawah kejap lagi sambung pasal raya ye.. HIHI

Sedar tak sedar, dah nak habis dah puasa. Orang kat mana-mana duk sibuk pasang lagu raya. Aku yang dok elok layan lagu-lagu Ramadan dah terikut sama dengan Dendang Perantau lah, Nazam Lebaran dan macam-macam lagi. Pada aku, depa ni semangat sangat nak raya, itu yang masjid makin kurang, tarawikh pun dah suam-suam kuku. Aku pun bukan baik mana, tapi alhamdulillah, aku hampir sempurnakan Ramadan kali ini dengan mendekatkan diri kepada-Nya. Jauh dah aku sesat sebenarnya. "Lemas dalam rindu tenggelam dalam tangisan" kata Amy Search. Aku doakan supaya aku dapat habiskan sisa-sisa Ramadan yang ada dengan sebaiknya dan dengan izin-Nya istiqamah dengan apa yang aku kerjakan selama ini.

Beraya kita biarlah dalam kesederhanaan, kita kat Malaysia ni alhamdulillah aman damai tenteran, aku terfikir jugak(kadang-kadang) macam mana la depa kat Myanmar, Palestin beraya ekk... Puasa diorang tak payah cerita lah.. Berbuka pun tak tahu lah aku. Kita kat sini cuma mampu doa dan bagi la sumbangan sikit banyak yang termampu.

Sudah sampai sini banyak makna pada pendapat peribadi aku. Sedar tak sedar puasa dah nak habis, aku pun bukan makin muda, dan terdetik seketika kat hati aku ni, aku sudah pun bergelar Mahasiswa. Memang Sudah Sampai Sini dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Raya kali ini insyaAllah aku balik beraya kat kampung. Semoga dipermudahkan dan selamatkan perjalanan pergi dan balik.

Kat sana akan berlaku satu event besar pada diri aku sendiri, iaitu Reunion Anak merbau 2012, semoga dipermudahkan lah sebab aku dan beberapa kawan yang lain yang organise benda ni. Harap takde cacat cela dan semuanya akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah..

Aku mintak maaf awal-awal dulu lah sebab aku nak selitkan coretan hati sikit... Tahun ini rasa macam lain sikit raya, tak macam tahun-tahun sudah. Kalau dulu malam raya orang sibuk buat persiapan raya aku kat bilik "on call". Tahun-tahun sudah pun "on call" jugak dengan kawan-kawan lain. Haih..sedar tak sedar Sudah Sampai Pun Sini... Benda yang tak ku rancang dan tak ku duga. Akhirnya terjadi jua. Aalhamdulillah dengan hari mendatang aku berusaha untuk bangkit. Alhamdulillah even masih "perlahan kayuhannya", tapi aku cuba.

Dan jika diberi keizinan aku ingin mencuba untuk sekali lagi. Aku ikutkan kata hati, tapi sebelum tu wahai hati, kau kena persiapkan diri, walau apa pun outcome nye kau kena tetap terima. Yang penting kau cuba. InsyaAllah. Semoga aku kuat hadapinya.

Akhir kata, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sepanjang perkenalan kita semua andai terguris sana-sini. Maafkanlah aku, kita manusia biasa tak pernah lari dari buat khilaf. Dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.

Sekian

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...