Fellow Friends

04 July 2013

Masa yang pantas berlalu

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera

Bila dah mula cuti ni nampak gayanya makin rajin aku nak update belogg nih. Bertambah-tambah rajin bila kat kepala otak ni duk main putar pikiaq macam-macam isu. Dan isu yang nak aku ketengahkan untuk kali ini adalah berkenaan masa.

Imam Al-Ghazali pun ada menyebut, perkara yang paling jauh dengan kita ialah masa. Sebab apa? Sebab masa yang berlalu tak mungkin kita dapat kejar balik. setiap detik masa tinggalkan kita. Cuma kita jelah sama ada masih dalam situasi yang sama atau semakin buruk perilaku kita ataupun semakin baik akhlak kita menuju hari-hari mendatang.
Alhamdulillah, dah pun selesai dua tahun pengajian aku untuk ijazah ni. Baki lagi dua tahun semoga aku kuat dan tabah hadapi sebarang kemungkinan. Dua tahun tu bukan satu jangka masa yang pendek. Macam-macam dugaan yang aku bakal tempuh. Aku cuma harap yang DIA bimbing aku dan pandu aku ke jalan yang diredhai-Nya. InsyaAllah

Macam-macam kisah pahit manis sepanjang aku bergelar mahasiswa ni. Dengan masalah diri aku sendiri, masalah dengan benda bukan hidup, masalah dengan kekasih, masalah dengan kawan. kalau nak diikutkan semua bermasalah lah. Tak pernah lekang. tapi bila difikirkan balik. Dengan adanya konflik dan perselisihan faham buat aku kenal siapa tu lawan, siapa tu kawan. Konflik-konflik hidup yang aku hadapi selama ni buatkan ia jadi bertambah manis. Ibarat dalam masakan, tak cukup rencah memang tak sedap lah masakan tu.

Bermula dengan masalah hidup, selama dua tahun ni plot permulaannya cukup mudah, aku sendiri tak tahu mana hala tuju yang akan aku pergi, yang akan aku pilih. Akhirnya dengan pedoman dan bantuan dari-Nya, aku pilih jalan yang satu ni. Biar apa pon jadi aku tetap dengan jalan ini. Dan alhamdulillah dengan langkah pertama tu buatkan aku berdiri pada saat dan ketika ini.
Ya, dalam pada sekarang ni aku masih lagi dalam perjalanan mengejar sebuah kehidupan. Bukan sahaja kehidupan duniawi, tapi juga kehidupan kekal abadi. Manusia yang tak pernah lekang dari khilaf. Sepanjang dua tahun ni jugak buatkan aku jadi lebih dewasa dalam membuat keputusan. Jika dulu, aku tak pernah fikir baik buruk keputusan yang aku ambik, tapi hari ini alhamdulillah aku mampu berfikir sedalam-dalam sebelum membuat sebarang keputusan. Mungkin on certain aspect of problem. tapi kira okay la. At least ada juga transformation kan.

Dalam masa dua tahun ni jugak aku dengan rasa bangga dirinya  gelarkan diri aku seorang fighter. Pegi mampos lah korang nak gelak ke apa. Ini cerita aku, kalo lu orang rasa kelaka gelak lah, ada aku kesah. Cuma part ni agak emosional sikitlah. Aku bukan apa. Tinggi sangat aku letak "kristal" yang aku dapat 4 tahun dulu. makin tahun makin tinggi aku julang kristal tu. Dan setelah 4 tahun aku tak mampu julang lagi dah. At last jatuh berkecai. And now aku sendiri tak dapat confirm sama ada yang jatuh tu kristal ataupun kaca! see? moral of the story, bila lu percaya kat seseorang, lu jangan percaya bulat-bulat. sebab lu kena ingat manusia tak pernah tak buat silap. pada hemat aku, if 1st time lu buat silap, its okay, human error. tapi bila kali kedua lu buat silap,itu pilihan. Pilihan yang lu ada sebab lu tak pernah nak pandang belakang perhati balik sejarah silam. Sepanjang dua tahun ni jugaklah gua struggle untuk satu benda yang tak pasti. Orang kata lu move on je. Bukan jadi masalah pun. Yupp, memang tak jadi masalah kat lu orang, tapi jadi masalah kat gua. Cuma sekarang yang aku boleh cakap, alhamdulillah, aku dah dapat detect yang jatuh dulu tu sebenarnya kaca, so luka dia kena kat hati ni macam tak berbaloi untuk ditangisi. Perghhhh sasterawan pulakk haihh. Tu yang best bila menaip menulis macam gini. Macam-macam yang aku boleh jadi.keh3. Okay, nak lupakan tu mungkin makan tahun lah, tapi as long as kita mencuba itu satu keadaan yang positif. kan?


Dan sekarang aku tak letak harapan yang tinggi untuk seseorang ni. Malu untuk aku cakap yang selama ni aku tak nampak pun dia. Dan kali ni aku tak malu nak cakap yang aku mula berkenan dengan dia. I mean cara, style yang ada pada dia. Biarlah "kawan" yang menjadi jambatan hubungan ni, as long as hati aku tak sedih tak serabut. Dan satu risiko yang aku terpaksa ambik, andai dia sudah ada yang lain. Untuk sekarang ni, aku mampu lagi hold benda ni, sebab aku selesa dengan cara ni. Ini bukan bermaksud aku saja-saja atau main-main. Aku ikhlas, tapi jauh....HAHA. macam-macam keluar pagi ni.haihh! tapi seyesly, Im fall in love...AGAIN!

Tutup dulu cerita di atas. Aku bukak cerita kawan-kawan satu kelas pulak. Dengan masa berlalu begitu pantas, dah ada yang kahwin, dah ada yang tunang. Sampai satu tahap buat aku terfikir, rupanya dah habis dah zaman aku main macam dulu lagi. sekarang ni aku dah jadi salah seorang ahli dalam "game" dunia sebenar. Aku harapkan Dia jelah untuk bimbing aku ke jalan yang betul.

Secara kesimpulannya, masa memang EMAS, yang tak mampu dibeli even orang paling kaya dalam dunia ni sekalipun. Dengan masa yang ada ni, aku amat bersyukur dan berterima kasih di atas segala masa, detik dan waktu yang telah aku tinggalkan selama ni. Baik yang manis mahupun pahti, akan tetap jadi kenangan dan panduan untuk aku melangkah untuk hari esok. Jadi bersempena kita nak menyambut Ramadan yang tinggal seminggu sahaja lagi ni, aku mengucapkan salam Ramadan kepada semua umat Islam di dunia. Dengan harapan Ramadan kali ini buatkan kita lebih dekatkan diri kepada-Nya berbanding bulan-bulan sudah. Toksah la duk pikir lagi pasal raya apa semua. Fikir apa yang nak diisi sepanjang Ramadan kali ini. Peringatan untuk diri sendiri juga! Sekian, Wasalam



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...