Assalamualaikum
Dipendekkan mukadimah untuk post kali ini. Aku yang seperti mana rakan-rakan sedia maklum merupakan "kipas-susah-mati" Arsenal FC. Ada yang cakap, "Ahh lu, poyo ah.. macam la lu lahir kat sana!" Memang aku akui, aku anak kelahiran Malaysia, aku lagi sayang bola sepak Malaysia daripada Arsenal sebenarnya. Tapi bila takde perubahan positif dari semasa ke semasa buatkan aku naik menyampah. Sorry to say, King Gopal, lu boleh lepas la jawatan tu..terang lagi jelas dah apa yang lu buat. okay, selama ni memang rakyat Malaysia hargai jasa dan sumbangan lu untuk bola sepak Malaysia. Tapi bila da sampai masanya, nak tak nak lu kena akui jugak yang kredibiliti lu orang ramai persoal. Okay cukup! Gua taknak lebih-lebih nanti kena banned and cop gua "ahh lu, tak patriotik! tak support team negara sendiri, blahh la lu p Bangla sana".
Okay, cukup la tu mukadimah yang tak seberapa. Untuk makluman jugak, gua ni bukan lah power dalam analisis pasal bola ni. ini cuma luahan dari hati gua yang dalam berserta sedikit fakta yang mana gua ingatlah.hehe
Rata-rata gooners rasa sama maca aku rasa di awal musim dulu. Most valuable player kita dengan senang hati melangkah keluar dari Emirates Stadium dengan selamba melompat pegi ke Old Trafford yang mana semua tahu seteru utama kita sejak zaman berzaman lagi. Tak salah kalau situasi ini aku samakan dengan perginya MatYo yang kini dikenali sebagai WakLan di JDT. Cuma yang membezakan Arsenal dan Kelantan selepas berhijrahnya kedua-dua "star" mereka ialah Cup... Kelantan dah dapat satu cup yang membuktikan duit tak mampu beli kejayaan. aku respek yang itu. Tapi Arsenal masih ketandusan cup. Dan aku sejujurnya tetap optimis dengan Arsenal FC. Dan tak lupa kita juga kehilangan satu entiti yang pada aku sampai sekarang masih kosong...Alex Song. Satu kenangan yang aku atau mungkin gooners semua takkan lupa, assist beliau untuk King Henry. Tak malu untuk aku mengaku yang airmata aku mengalir. Seakan sama-sama berada di stadium! precious moment!
Kita mulakan season baru dengan agak mengecewakan. tapi aku mula nampak keberhasilan dan bijaknya AW cari player. untuk game VS The KOP, new signing kita sama-sama contribute untuk kedua-dua gol..Cazorla assist Podolski score dan begitulah sebaliknya. Pada kacamata aku jugak Giroud juga memberikan impak yang positif. Kehadiran trio ini sedikit sebanyak melunturkan entiti Song dan RVP terutamanya.
Theo jugak pada amatan aku sangat impressive. top scorer utk arsenal season ni followed by Cazorla. Aku berkenan kat dia ni sebab satu je...sebab jersi yang dia pakai. pada aku satu beban yang berat untuk dia. kau pegang jersi legend, benda tu sikit banyak akan bagi bayangan dan semua orang secara tak langsung akan compare gameplay kau. ternyata ada improvement. Mungkin kerap dapat CF position kot jadi faktor keberkesanan TW14.
Midfield macam biasa lah..rotation dan rotation. Credit jugak untuk Aaron Ramsey. Selama ni pon aku kesian+kutuk dia jugak bila la nak dapat form balik. kesian sebab horror injured dulu. kalau aku kat tempat dia memang aku tak main dah bola..rela keja opis.haha tapi bila hati dan jiwa da kat bola apa pon tak peduli dah. Macam aku jugak, "I'm Proud to be a GOONER". Arteta pulak seperti biasa,,Artistic player. Kesian jugak sebab uncapped utk national. apa yang nak dibangga andai hang perform tapi tak dapat call up negara. itu pon bole jejaskan emosi jugak tu. harap beliau teruskan usaha dan mana tahu one day dia bole dapat cap pertama.! Sorang lagi player yang aku puji... TR7. Great! aku suka bila dia main. memang betul lah gooners semua cakap, rebranding. Cuma kesian kat Arshavin lah, tak dapat buat benda yang sama. and now dia pon dah blah balik kampung. Ada bagus jugak dia pindah, demi karier dia jugak. apa-apa pon aku as a gooner ucapkan gudluck untuk beliau. best moment 4 goals lu takkan gooners semua lupakan!
Kita masuk part defend pulak. haihh ini aku macam malas nak ulas lebih-lebih. aku rasa macam badi pulak Armband tu. asal dapat kat player je kena jual tak pon off-form. Verminator macam tak bervitamin aku tengok. haa jangan nak cakap "woi, kau mainlah,asek komplain jek". typical! apa guna perkataan "kritik" gila! Macam pasang surut dah defend ngan keeper arsenal ni. cuma akhir-akhir musim baru nampak pairing tiptop between "Big F*cking German" dan "the BOSS".
Game paling best untuk season lepas Reading Arsenal...ngan Bayern Arsenal. 2,2 game buat aku tersenyum satu hari...untuk game north london takyah masuk list lah...setiap season rasa happy. MIND THE GAP!
Secara keseluruhannya aku bole bagi 3 bintang untuk performance season ni. Harap season depan boleh la even satu cup pon. Setiap season aku rasa gooners semua optimistic dengan Arsenal. Bukan kita saja-saja support kelab ni. dan kita jugak bukan glory hunter tahu-tahu support mancity, psg pulak kan. dan untuk terakhir kalinya... hasil pengalaman bersama gooners yang lama, toksah duk percaya la rumours segala haram jadah kat media tu. tengok/baca boleh, percaya tu korang pikir-pikir dulu. sebab nanti kalo tak dapat hang jugak yang emo tak memasal. cam gua dulu sekali kena Juan Mata, sekali kena Hazard. cukup-cukup lah.tunggu jek kat official site..senang cita! Sekian
"Once you a gooner, alwaysbe a gooner" - Titi
0 comments:
Post a Comment