Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera
Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk aku update belogg yang dah lama dibiarkan sunyi dan sepi ibarat cam hati gua nih.hahaha
Apa-apa pun first of all gua ingin dedikasikan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam tak kira di mana jua anda berada especially kepada coursemate merangkap cik kak gigi besi kelas kitorang saudari Fatini dan keluarga dalam keadaan aman, sihat dan di bawah lindungan-Nya sepanjang berada di sana untuk menjalani ibadah haji.
Aku sekarang dah masuk semester yang ke 5... Kenapa dengan angka 5 ya? semua benda di sekeliling aku aneh-aneh belaka perbuatan dan tindak-tanduk mereka..termasuk jugak aku.
Pertama sekali "keanehan" yang berlaku adalah, aku dan kawan-kawan berjaya juga lepaskan hajat untuk ke Pulau Tioman. Aneh yang ini bukan sebarang aneh, tapi aneh yang menakjubkan. Plan tak sampai seminggu, then siap book apa semua terus jalan. Satu pengalaman yang sangat indah, bukan sahaja memukau mata tapi juga perkasa minda dan mental untuk hadap semua cabaran sepanjang perjalanan. Gambar-gambar ada tapi kat dalam handphone.. Aku pon malas nak upload banyak-banyak buat semak saja..
Yang kedua, keanehan yang berlalu adalah sanggup kaki ni menapak pergi surau yang cecah 300 meter naik turun bukit kat blok K11 tuh.. Dulu masa duk K11 haram sekali je satu sem turun p solat. Aneh yang ini juga aku dah kategorikan sebagai aneh yang membawa kepada keinsafan dan kesedaran diri. Bila tiap2 hari ulang benda yang sama jadi seronok! Allah dah bagii jalan baik punye untuk hambaNya. Aku bersyukur!
Aneh yang seterusnya pasal fakulti. Faculty of Management! whoaaa namanya sungguh indah seindah bangunan baru! tapi isi dalam hampehh..macam tin kosong! Bukan nak mengutuk tapi sumpah aku rasa aneh dan tak berbaloi pindah fac baru. Dah la jauh! Yang aku kisahkan sangat tu orang yang buat bangunan ni tak pikir basic knowledge n basic things ke? bangunan nak muat beratus orang tapi tandas lelaki ada 2 tandas perempuan ada dua! otak letak mana aku pon tak tahu! Surau pun aku rasa dah sama besar dengan surau petronas! muat 2 saf je kalau solat! haaa ini yang aku marah pasal fakulti baru nihh..kan dah banyak tanda seru!
Aneh yang kemudiannya masih melibatkan fakulti jugak. pasal register subjek. dah diberitahu yang kami semua kena amek subjek english 3 aka ULAB, then boleh pilih sama ada nak writing reading oral speaking and communication at workplace! majority daripada kami setuju nak pilih comm in workplace! tahu apa jadi? wakil kami p tanya ofis nak register subjek ni, orang ofis suruh p register kat akademik bahasa, menapak la pulak masing2 kat center kt blok D05 tuh. Ditendang pulak akademik bahasa. dowang cakap urusan semua kat tangan fakulti. macam gitu la kisahnya 2,3 kali ulang alik. at last comm. in workplace da full yang tinggal cuma writing. Nak taknak kena lah amek jugak! memang Aneh fakulti dan jugak ahli2 organisasinya!
Aneh yang ke berapa aku tak tahu. jumpa lagi lecturer yang aneh! ingatkan sem2, sem 3 jeh jumpa..aleh2 sem 5 ni pon jumpa jugak. tapi kali ni agak tough lah. Korang boleh fikir tak bila lecturer mintak next class ada presentation. kami semua assume present biasa2 saja..sebab soalan pon bagi dalam bentuk slide! soalan pon macam hapee nak boleh paham. Sejujurnya sampai sekarang aku blur dengan soalan tu! Bila semua group dah present, boleh pulak dia marah cakap semua salah. dan tak pasal2 pakaian pun ditegur! katanya ini presentation. pada kami semua macam gini la cara pakaian kam time present. tak paham tol aku! pahtu emo then tak semena2 next week jumpa lecturer lain disuruhnya kami semua pakai baju korporat setiap kali kelas dia! Nice huh! memang tiptop hubungkait dia. Dan yang paling aku takleh lupa, kelas 2nd lepas dia emo tak sampai 10 minit terus kunci pintu. Dekat 10 orang jugak takleh masuk kelas! termasuklah aku... memang aneh la awak seorang pensyarah. tapi apakan daya kami semua sebab semua benda kat tangan awak! kang buat lebih-lebih tak lulus pulak subjek dia pahtu affect pointer. so sabar jelah.. tapi aneh yang ini merupakan aneh paling top setakat ni.
Tak tahu lah lepas ni apa lagi anehnya sem 5 nih..sama-sama kita tunggu!
Sekian gua sampaikan berita keanehan gua kat lu orang. semoga terhibur, yang baik jadikan tauladan, yang buruk korang pikir sendiri ada kebaikan ke kalau lu orang amek yang buruk tu??
p/s: keep calm and be strong!
0 comments:
Post a Comment