Fellow Friends

08 November 2013

Perjalanan Hidup

Asslamualaikum wbt. salam sejahtera kawan-kawan hendaknya.

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk sama-sama beribadah dan mengabdikan diri kepadaNya. Syukur

Saat dan ketika entri ini dihasilkan, aku masih dalam keadaan bingung dan perasaan satu macam apa pun aku tak pasti. Rasa macam tak bermaya saja. Mungkin terlalu banyak berfikir kot. AHHA

Usia makin meningkat dewasa, alhamdulillah aku masih diberikan segala kemudahan dan sebagainya. Tapi pada aku, ianya cuma untuk sementara, jadi gunakanlah sebaik mungkin. Ingatlah 5 prinsip "sebelum dan sesudah".

By the way, sekarang aku tengah cuti mid semester. Actually last two weeks dah cuti raya haji. Seminggu jugak cutinya. Sama dengan mid sem. So aku decide untuk balik awal insyaAllah lepas jumaat esok (baca hari ini). Bukan apa, kerja banyak yang kena cover. Sem ni lah yg aku rasakan semester yang paling cepat. Belum mid sem dah macam-macam assignment dan presentation kena setelkan. Penat otak Allah je yang tahu. Tapi aku bersyukur dalam keadaan diri yang tak berapa sihat seminggu dua ni aku masih mampu cuba untuk selesaikan apa yang patot. Termasuklah kerja-kerja luar bidang iaitu persiapan Psychic Dinner 2013. Itu pon masih dalam proses. Punyalah banyak kerja mak aihh..HAHA

Dan tanpa diduga "sesuatu" telah hadir dalam hidup aku. Saat aku tak berfikir apa-apa dan tak terlintas langsung di benak fikiran beliau hadir dalam hidup aku. Dan aku anggap ini sebagai satu cabaran baru yang aku kena tempuh untuk hari-hari mendatang. Jika dihitung tak sampai sebulan sesi perkenalan antara kami, tapi masing-masing harus mencari persefahaman  dengan kadar segera. Ini penting untuk dua-dua pihak. Aku sejujurnya sudah mula menyemai bibit-bibit cinta kepada "kakak" beliau yang beza 10 tahun usianya. Tapi apakan daya itu milik orang lain. Yang jadi milik aku sekarang ni lah yang lahir tahun 2002. Aku harap kita akan lebih dekat dan bakal menemui keserasian. Aku pun harapkan beliau terima aku seadanya. Aku ni bab manual gear pening sikit. Maklumlah dah biasa dengan auto transmission terasa kekok bila jumpa dengan orang baru. So sama-sama lah belajar ya. Akhir kata untuk part ini... welcome to my life JGL714

Perkenalan tak diduga. Macam tu lah gayanya kan. Dan bila berbicara soal hati dan perasaan pulak. Sebenarnya aku malas nak sentuh perkara-perkara sebegini sebab aku dah ada fokus lain dalam hidup. Tapi aku cuba selitkan jugak. Yelah, takkan lah nak hidup on the flat graph kann... Aku sendiri tak dapat tafsir adakah ini perasaan suka, sayang atau cinta. Yang pasti aku senang dengan kehadiran insan-insan ini. Dan tak dinafikan juga aku berasa selesa dengan perhubungan baru ini. Masing-masing punya komitmen sendiri. Tapi bila sampai satu tahap bantuan dan pertolongan diperlukan, insan tersebut akan hadir sama-sama saling memerlukan. Aku lebih senang dengan cara begitu. Jauh di sudut hati aku mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan sempurna. Biarlah mati perasaan ini. Aku lebih rela begini daripada terkejar-kejar pada yang tak pasti.

Dan bermulalah langkah multi-bisnes aku untuk meneruskan hidup. Bermula dengan jualan jersi online di Nick Casper Sport House. Perlahan-lahan aku mengorak langkah. Dan ditambah pula dengan suntikan dana dan modal untuk aku buat bisnes sewa/delivery di UTM. InsyaAllah kalau tiada aral akan aku mulakan dalam masa yang terdekat. InsyaAllah

Dan aku berdoa kepada Yang Esa agar perjalanan hidup aku yang boleh dikatakan "segar" ini akan lebih memberikan ilmu dan input berguna kepada aku dalam keadaan apa sekalipun. Bermula dari bawah. InsyaAllah berjaya

Sekian.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...