Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Ni aku nak bagitau dalam ni macam-macam tengok la yang mana terlintas kat fikiran akan cuba aku terjemahkan melalui 'tarian' jari-jari atas keyboard nih.
Pertama sekali, mood aku saat dan ketika taip entri ni adalah exhausted! sebab apa? sebab tak cukup rehat dan tido (dah tu tak tido lagi kenapa???) Non-stop daripada malam game Bayern Arsenal, paginya kelas sampai pukul 5 petang (matric day for this semester). Dan esoknya hari khamis pagi-pagi lagi dah gerak pergi KL. Pergi balik hari so that sampai kolej balik pukul12.30pagi. Campur dengan tak boleh tido dalam bas, masuk bilik penuh nyamuk. Pukul 3 baru bole lelap. Allahurabbi. Hikmah kekuasaan Dia tunjuk dengan simple. Sebab tu namanya hikmah. Even ada katil empuk macam mana pun, badan penat macam mana pun nyamuk sikit ke banyak, kalo tak lena tido tu tak lena jugak..tidur tak bole beli kat pasar kak oii. Bersambung pulak bangun pagi pergi Professional Course: ISO. Dari pagi pukul 8 tadi stop solat Jumaat sat dan masuk balik pukul 2.30 ptg habis pukul 6 ptg. fuhhh..penat woii non stop. tido pon tido-tido ayam! Cukup mood yang "memenatkan" tuhh
We move on to the next mood iaitu sedih. 2 perkara yang ingin aku sentuh pasal sedih ni. Pertamanya, seperti mana semua dah tahu, dah gempar satu dunia buat liputan akan kehilangan MH370. Allahurabbi. Dalam kita semua rakyat Malaysia bersedih akan berita pesawat malang ni jangan lah kita lupa semua yang terjadi tu ketentuan Dia. Aku taknak sentuh pasal misi SAR semua tu sebab pada aku pointless untuk berbicara soal itu sekarang. Aku nak sentuh pasal betapa hikmahnya, betapa cantiknya susunan/perancangan Allah SWT. Sebaik DSAI dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun tak lama lepas tu kita rakyat Malaysia digemparkan dengan berita MH370 ini. Okay, first of all ini cuma pandangan peribadi aku, please jangan ada yg butthurt. If ada aku mintak maaf awal-awal. Cuma apa yg aku fikir Allah tu Maha Adil dan dalam Al-Quran (betulkan andai aku tersilap) tutup aib saudaramu nescaya Allah akan tutup aibmu. Perancangan Allah sangat indah pada kacamata aku. Secara automatic isu DSAI ditutup dengan MH370 ni. Kemudian segala usaha telah digembleng pihak berwajib setakat ni menemui jalan buntu. Allah hadirkan seorang insan iaitu Kapten Norudin. Dengan hikmah kapten beri pandangan yang aku pasti semua orang tak kira bangsa dan agama pasti tenang mendengar pandangan beliau. Aku sendiri pun lepas dengar beliau berucap di TV3 rasa tenang dan mula berfikir waras. "Bila mana ikhtiar manusia berakhir, di situ ikhtiar Allah bermula"."Orang-orang yang ditimpa musibah ni akan diangkat darjat ni di sisi Allah". Allahurabbi. Indahnya Islam.
Bila mana nak dekat seminggu kehilangan pesawat ni. Allah tunjukkan kepada kita umat manusia ni macam-macam jenis duk ada atas muka Bumi nih. Dimulakan dengan fake account kat twitter duk sembang kata family dia duk ada dalam plane tuh. Alhamdulillah budak tu cepat-cepat mintak maaf. Lepas tu timbul pulak Raja Bomoh 1Malaysia. Bermula dengan ritual bubu dengan buluh kemudian dengan tikar, bakul dan buah kelapa. Ya betul masing-masing punya ikhtiar tapi yang terjejas adalah imej negara dan rakyat Malaysia! 1 dunia duk perleceh kita tau tak? Dan wahai pembaca sekalian, nampak tak isu ini lagi besar daripada MH370? sehingga jadi viral dan parodi macam-macam. Semua ni rencana Allah yang pasti ada hikmahnya. Sungguh aku sedih! Keadaan negara macam ni, urus isu terabur dan macam-macam lagi. Ini semua alamat Tuhan kawan-kawan oii. Dalam keadaan macam ni pon masih berani duk buat fitnah. Ya Allah. apa mereka ni takde pedoman? Fikir lah sendiri kawan-kawan yang mana hak yang mana batil. Dalam masa sama kita sama-sama doakan semoga semuanya dipermudahkan, dipercepatkan segala urusan misi SAR ini, Amin.
Mood ketiga ialah mood happy. Cukup dengan perkara2 bercampur negatif positif kat atas nih. Aku nak bagitau yang aku happy sangat dengan life aku sekarang. walaupun pada mata kasar nampak macam tunggang terbalik tapi aku cukup happy. Happy nak buat PSM tu belum capai tahap maximum lagi.hehe. first, aku dan kawan-kawan berpeluang jadi pelawat di Dewan Rakyat. Aku happy sebab kehadiran kami ke sana disambut dengan hujahan DSAI. secara terang-terangan aku nampak apa yang MP-MP buat. taknak aku sebutkan siapa dan dari mana tapi seronok duk main handphone (siap ada dua lagi). orang berhujah taknak dengar lepas tu amek hujung-hujung part nak bidas sebab panas bontot.haihh. Malu ah kalo orang kawasan tahu YB macam gini. Aku happy sebab aku boleh nampak depan mata aku sendiri yang mana berhujah dgn fakta dan yang mana tin kosong duk bunyi bising saja. Duit elaun yb dapat tu ingat berkat ke kalo tanggungjawab yang paling simple(dengar dan bagi tumpuan sebelum nak bising2 ntah apa2) tu tak bole buat?
Move on to...Crush.. haha. Aku happy even aku cuma admirer saja dekat beliau. aku happy even bertegur sekali dua kat media social. Aku happy biarpun cuma "selamat pagi" dan "selamat malam" saja isi text nya. Aku happy walaupun berani tegur di laman sosial saje. Aku happy if selisih dengan beliau kami senyum each other. Ya. aku happy!!! tapi tak bermaksud aku gila bayang! akal masih waras kerana banyak benda lagi yg penting untuk difikirkan selain benda-benda remeh macam gini. At least aku boleh happy dengan cara macam gini aku pun dah bersyukur. Takde hal lah. Semua ketentuan Dia. Kadang-kadang penantian ni suatu pelaburan yang berbaloi. Dan kadang-kadang penantian tu menyeksakan. Kita ada pilihan. So pilih la yang mana kita nak. Semua kat tangan sendiri. Terima kasih saudari kerana mampu buat aku senyum walaupun cara kamu amat berbeza dengan yang lain. Aku doakan kamu baik-baik aja and get well soon ya. Jangan lupa makan obatnya..hiks.
Sekian saja dari aku. 3 in 1
p/s: segala aku katakan adalah pandangan peribadi aku takde kena mengena antara hidup atau mati dan aku tegaskan tak perlu terpengaruh dengan idea-idea aku kat atas..Cuma aku tinggalkan untuk kita semua fikir. itu sahaja.
Salam
0 comments:
Post a Comment