Assalamualaikum wbt. Setelah sekian lama aku cuba untuk tak update kerana
memberikan ruang final terlebih dahulu, sungguh aku tak mampu. Aku boleh
katakan bahawa blog ini lah yang merupakan medium terakhir untuk aku sampaikan
apa yang terpendam selain daripada keluarga, rakan-rakan, dan twitter. Aku biarkan
sahaja jari-jari ini menaip di kala baru selesai revision untuk paper
seterusnya. Sungguh kalau diikutkan jika takde iman kat dada nih entah ke mana
dah hala tuju aku sekarang ni. Entah sempat atau tidak posting entri baru ni. Alhamdulillah
Allah masih bersama. Syukur.
TEKANAN
Ya semua orang hadap benda ni. Sama ada mampu serap ataupun hanyut dengan
tekanan tersebut. Tekanan juga boleh dipandang dari sudut baik dan juga
negatif. YA!!! Aku sedang tertekan. Luaran ya seperti insan-insan lain yang
mana masih mampu bergelak ketawa, emosi masih mampu dikawal tapi dalaman aku
dah serupa kaca berkecai. Pecah saja takpe lagi, ini dah tahap kaca tusuk
jantung dan hati. Peringatan! Ini bukan masalah cinta! Semua yang aku sangkakan
tidak terjadi dalam hidup aku dah pun berlaku. Sekarang ini antara aku mampu
hadap ataupun tidak hanya Dia yang Mengetahui.
ADIL
Ya adil adalah meletakkan sesuatu di tempat yang betul bukan sama rata. Terdetik
beberapa ketika adakah tindakan tangan-tangan ini berlaku adil kepada aku? Aku tak
mengharapkan apa-apa simpati cukup dengan menilai hasil kerja dan usaha aku. Frankly
speaking, aku bukan buta-buta buat semua tu. Aku rujuk kawan-kawan, aku rujuk
hasil kerja orang sebelum ni dan aku rujuk orang yang arif pasal benda ni. Ada
juga beberapa input aku ambil dan alter memandangkan aku sebelum ini dapat
feedback yang boleh dikatakan okay. Tapi kenapa teruk sangat apa yang aku dapat
ni? YA!!! Aku masih berfikir adakah adil tindakan tersebut terhadap aku? Aku buntu!
Hanya kesalahan tidak bertemu mata adakah adil untuk menghukum sebegitu rupa? Sedangkan
mereka yang lain punya peluang malah ada yang masih berusaha menghasilkan
sesuatu kerja yang terbaik.
THESIS
Ya dalam keperitan aku nak hadap exam yang masih berbaki beberapa paper aku
dipalit dengan benda alah ni. Benda yang selama ini aku anggap sebagai “lesen”
besar untuk aku graduan dah jadi sebaliknya. Aku tak simpan dalam hati dan tak
marah sikit pun andai satu buku yang aku buat tu jenis kerja cincai asal boleh
tangkap muat ya aku layak dapat apa yang aku dapat sekarang. Tapi benda ni
memang dah bawak masalah dalam hidup aku dan yang paling perit bukan sem ni
saje aku kena hadap, masih berbaki satu semester. YA!!! Masih lagi satu
semester kita bersama
DUGAAN
Ya mungkin ini dugaan yang tertulis untuk aku. Tiada peluang kedua untuk
aku dan hasilnya sebegitu cukup perit untuk aku hadap. Dimanakah nilai seorang
yang membantu orang dalam kesusahan, kesulitan? Ya aku ni bukanlah excellent
gila babi punye student, tapi hubungan sesama kita seboleh-bolehnya aku jaga,
tapi ini hasilnya. Jatuh terduduk terhantuk tersungkur semua ada. Kawan-kawan
lain mungkin mampu berkata itu ini. Ya aku tak salahkan mereka dan segala yang
mereka katakan semuanya betul. Tapi dowang ni rasa ke apa yang aku rasa
sekarang? Awak-awak semua ni pernah ke duduk kat tempat aku ni? Dugaan macam ni
bukan sekali aku rasa, dulu zaman skolah pon benda sama aku hadap. Belum kenal
dah judge macam-macam, disebabkan satu perkara, semua perkara babitkan aku. Yang
paling worse kali ini lah, langsung tak bagi peluang. Apa masalah? Aku bukan
bunuh orang, aku bukan kurang ajar dengan orang? Aku cuma tak jumpa tapi aku
make effort nak jumpa tapi ya timing aku tanya sangat tak kena. Lupa mana boleh
ganggu masa cuti. Hebat!
HIKMAH
Ya Allah, aku harapkan pengakhiran semua ini ada sesuatu yang baik dan elok
untuk aku pelajari. Ya Allah campaklah jauh-jauh jika ada dalam hati ini
perasaan benci dan sebagainya yang mampu buat keadaan makin keruh. Aku juga berharap
setiap yang jadi ni buatkan aku lebih maju ke hadapan, dapat uruskan konflik
dengan betul, dapat serap tekanan sebaiknya. Amin.
Kepada diri sendiri dan kawan-kawan, belajarlah dari kesilapan. Mungkin ada
yang baca nukilan ni yang mana masih belum ambil subjek atau buat final year
project, janganlah jadi macam aku. Ya macam AKU!!! Jaga lah elok-elok hubungan
korang dengan SV or lecturer korang. Benda yang paling penting kat universiti n
kolej. Sebabnya mudah, dia yang buat soalan, dia yang tanda dia yang bagi
markah! Dia boleh luluskan kau dan dia jugak boleh gagalkan kau. Dan pesanan
untuk rakan-rakan yang tengah study education dan bakal-bakal cikgu, ingatlah
anak murid tu amanah, kalau salah tegur, mengajar bukan menghukum sebab at the
end berbalik kepada yang atas td, setiap keputusan dan tindakan kita buat tu
berlaku ADIL atau TIDAK. Good luck kawan-kawan yang tengah exam yang akan exam.
Wish you all the best! Doakan juga aku masih mampu bergraduan seperti masa yang
ditetapkan. Sekian wasalam.
0 comments:
Post a Comment