Fellow Friends

03 January 2015

Post-Match 2014. Antara Kenangan, Memori, Realiti dan Fantasi

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah Allahuakbar Subhanallah

Aku sebenarnya tak bercadang untuk mengarang segala benda pada waktu dan ketika ini di atas faktor-faktor kekangan masa dan komitmen di akhir semester ni. Tapi nak buat macam mana, bila hati dah memberontak, jari dah mula gatal, jadi aku cuba allocate masa yang ada untuk post kali ni.

Aku cuba rangkumkan segala yg terjadi pada tahun lepas dan perancangan untuk tahun baru ini. Sebelum tu terlebih dahulu marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran masih dipinjamkan nafas untuk terus hidup. Dan salam maulidur rasul, sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.

Aku cuba highlightkan terlebih dahulu tentang isu semasa yang terjadi pada penghujung 2014. Banjir besar melanda pantai timur Malaysia. Allahurabbi. Aku sendiri yang sebelum ni pernah alami situasi macam ni rasa ujian kali ni lagi hebat. Sedih dan sayu hati bila mengenangkan saudara kat kampung putus bekalan makanan, tak boleh keluar, sampai tahap putus bekalan air bersih. Sehari dua jugak terputus hubungan. Yelah masing-masing bergantung dekat powerbank jelah. Hati ni bertambah sedih bila memikirkan kawan-kawan aku sendiri yang terlibat dalam musibah kali ni. Yang rumah tenggelam masuk air bagai. Dah la skrg ni masa final exam, aku doakan korang dan keluarga tabah hadapi ujian ini. Ada jugak kawan aku sendiri yang tersangkut tak dpt balik amek exam. Agak terkejut bila dapat berita ni. Aku doakan kita semua dibawah lindunganNya sentiasa. InsyaAllah

Ya sejujurnya tahun 2014 banyak bagi kenangan, pengajaran, pengalaman dan erti hidup kpd aku. Macam-macam cerita suka dan duka yang dikongsikan bersama. Aku hargai semua tu. Januari dan Februari balik kampung tak silap lah. Enjoy dgn family masa cuti tahun baru cina. March pada aku bulan yang aku tunggu and nantikan setiap tahun. Bulan kelahiran. Jujurnya aku nantikan sebab bulan ni je yang buat aku fikir "aku ni bukan makin muda, lepas setahun naik lagi setahun, apa aku nak buat lepas ni?". Itulah yang duk jadi persoalan every year. Alhamdulillah jugak aku masih di sini, masih meneruskan langkah-langkah kehidupan. Berkenaan dengan birthday celebration pulak. Sumpah memang aku terharu gila. Antara significant moment untuk aku dlm tahun 2014. First sekali celebrate dengan kawan-kawan. Makan makan dan sebagainya. Sebelum ni tak pernah pun aku dapat rasa macam tu. Aku hargai effort korang semua. Itu merupakan hadiah terbaik yang pernah aku dapat. "friendship never fade away". On that day jugak rewardkan diri pergi pagi2 buta beratur buat buku merah. Cadangnya nak pergi ke Bandung. Tapi bukan rezeki kami, plan mmg dah plan tp kesulitan telah berlaku. Sedih tu sedih jugak tapi nak buat macam mana kan. Dengan perasaan excited lepas siap terus henjut masuk Singapore. Ya mungkin orang lain boleh kata "eleh, masuk Singapore je pun". Ya aku jejak umur 22 baru merasa melangkah panjang sikit. InsyaAllah lepas ni aku cuba panjangkan lagi langkah aku. Pengalaman mendewasakan kita, kenal tempat orang dan sebagainya. Alhamdulillah jugak aku dihadirkan dengan kawan-kawan yang memahami yang enjoy dengan cara masing-masing *mata masuk habuk plak dahh.


Masuk April Mei Jun Julai, Setelkan semester dengan proposal PSM. Ya ini memang betul-betul bagi dugaan kat aku. Banyak benda aku belajar daripada semua ni. InsyaAllah akan aku jadikan bekalan dan pedoman untuk hari-hari mendatang. Diteruskan lagi dengan puasa dan raya. Memang tiap-tiap tahun beraya kat kampung. So perasaan happy tu memang tak pernah tak wujud. Kali ni agak thrill la jugak, malam raya orang duk takbir aku pegi melepak kat bandar. But that's life man. Aku pun bukan jenis tido malam. Nasib lah kan. Tapi alhamdulillah, berjaya jugak pagi tu solat dekat masjid yang aku rindukan selama ni. *okay otak dah mula tayang flashback zaman budak-budak

Masuk semester akhir pergi kuliah buat assignment etc sebelum pergi praktikal. Bulan September. Macam-macam lah aktiviti sepanjang pengajian untuk semester ni. Mula-mula duk usha adik-adik 1st year. Semangat abang-abang final year ni join program kan? Hahaha. Alhamdulillah kawan aku dah ada yg melekat sorang. Aku bila lagi? Jawapan tu aku cuba reserve kan nanti ya. Join camp yang dikendalikan student 2nd year. And you know what? Ada moment yang sangat bernilai masa tu. 27 September. Yupp I remember that day, aku ingat apa yang dah lepas dan aku akan ingat apa yang jadi hari tu. Apa yang aku boleh katakan "jiwa" aku pada petang hari tersebut sangat indah. As long as jadi kenangan dekat aku dan buatkan aku berfikir, "benda lepas buat apa nak kenang, hahh, hari yang sama Tuhan takdirkan pertemuan kau dan dia? kau nak apa lagi?". Kepada cik yg tak berapa nak tinggi, gigi ada besi, pakai spec tebal jugak, dan comey sikit2 tu aku ucapkan terima kasih. You made my day. Aku hargai.



Masuk awal November, perancangan kawan-kawan sekelas menjadi kenyataan. Alhamdulillah berjalan lancar perjalanan pergi, semasa dan balik selama seminggu kat Sabah! Pengalaman yang sangat bermakna pada aku secara personal dan jugak kawan-kawan lain. Mungkin rezeki aku tak mampu nak jejak negara orang, merantau sampai kutub bagai tapi aku bersyukur dapat merasa bahagia tu bersama kawan-kawan semua. Macam-macam tempat kami jejak masa kat Sabah tu. The best part adalah dapat jugak aku jumpa bekas crush kawan sekolah n matrik dulu kat Sabah. Aku sendiri terharu dia make effort nak jumpa kawan dia ni even kita mmg jarang contact etc kan. Thank awak! Saya hargai.







On that day nak berlepas tu kami semua dikejutkan dengan pemergian lecturer a.k.a penasihat akademik aku sendiri. Semoga kau tenang di sana guru! Jodoh kita semua tak lama, dan aku agak terkilan sbb tak dapat nak jumpa buat kali terakhir sbb flight pagi tu awal sangat, pukul 7 setengah camtu dah berlepas.

By the way, sebelum berjaya merealisasikan impian melancong ke Sabah tu kami semua dipermudahkan utk kumpul duit generate duit utk ke sana. Kami dpt peluang kerja survey jalan. Alhamdulillah dapat la jugak cover segala benda kat sana. Kerja dr pagi sampai ke malam kott. Hahaha


Masuk December after balik melancong mulalah busy dengan fyp, assignment, presentation etc. Pheww memang kalau diikut guna timbangan dia punye workload, aku boleh kurus kot (mimpi). Haha. Alhamdulillah dlm kesuntukan dan kekangan masa dapat jugak la aku siapkan, present dan sebagainya even presentation fyp tu ibarat upacara penyembelihan pada aku masa tu. Hehehe. Alhamdulillah dah selesai tinggal nak jilidkan aje lah. Sekarang ni pun duk fokus dengan final exam jelah. Amek mood lepas exam nanti. Ahaha


Sebelum semua saat-saat genting bagai nak pecah otak tu berlaku, kami semua diraikan dengan Annual Dinner. Hehehe. Terima Kasih aku ucapkan kat adik-adik 3rd Year sebab berjaya buat majlis ni, yup for the first time buat dekat luar, pencapaian yang bagus untuk kelab. Cuma aku tak sampai hati lah nak cakap, korang kena buat yang terbaik lagi untuk masa akan datang. Bukan apa, aku rasa bukan aku sorang je yang letak high expectation. Sebab apa yang aku faham, bila kita buat yg terbaik kat orang lain insyaAllah kita akan dapat jugak yang terbaik. Tp secara overall aku masih boleh puji korang semua. work as a team! and makanan pon best.hehe. Ehh aku melalut apa plak nih. Haha. Dinner ni pun antara moment terindah untuk tahun 2014. Dari awal tahun aku belajar duk petik gitar, dari zero tak tahu apa-apa tapi alhamdulillah nak kata hebat tu takde pun, tahun sikit-sikit petik ada bunyi je pun. At least tahu kan. So aku dah tanam awal-awal dalam diri aku, aku blajar ni bukan nak menunjuk ke apa tp aku nak sekurang-kurangnya ada benchmark yang aku boleh letakkan dan capai. Berkonsepkan "takpe, last dah ni, lepas ni takde dah peluang macam ni", aku beranikan diri untuk perform masa dinner tu. Ya, practice make perfect! Namun gugup mengatasi segalanya, tengah-tengah boleh lari chord pulak. Nasib baik sempat kejar. Overall aku puas hati lah sebab mampu beat the fear  malam tu. I did it!





Memorable night! itu saja yang mampu digambarkan.

Dan tak lupa jugak lepas raya dulu, seingat aku ada kot aku post dekat sini, reunion geng Bilik 3! Ini geng memang aku sayang gila lah! Moment terbaik bila mana semua bukak story enn. Ya, cerita aku tu korang simpan lah buat kenangan buat pengajaran amek iktibar. Yang mana nak buat novel or drama or film boleh lah propose. Aku sedia memberi khidmat! InsyaAllah di lain masa dan ketika kita buat lagi benda-benda macam ni. Sebabnya moment-moment macam ni takkan dapat dekat kedai-kedai, kat youtube etc!




Dan moment global utk tahun ni yang aku sendiri rasa tempiasnya sebagai warga negara Malaysia iaitu MH370, MH17 dan terbaru QZ8501. Alfatihah. Tahun yang sukar untuk negara.

Moment untuk aku sebagai fans Arsenal tahun ni adalah FA Cup, Community Shield, SachezSigns, Henry retirement. Suka duka bercampur semua. Macam ni lah fan Arsenal, roller coaster tu tak seekstrem jadi penyokong The Gunners ni. Tapi ini yang aku pilih. Untuk cup tu memang great achievement lah untuk season 13/14. Sekurang-kurangnya boleh tutup sikit mulut-mulut longkang baik dr fans luar mahupun so called lalang dari fans sendiri. Impak terbaik transfer pulak adalah sanchez. Dua kali berturut-turut Le Prof buat kejutan. Sebelum ni Ozil. Harapnya full squad dlm turun secepat mungkin! and lastly, berakhirnya khidmat Thierry Henry sebagai pemain bola sepak profesional. Aku nak bangga pun ada, nak sedih pun ada. Bangga sebab dia ni la yang buat aku tertarik dgn Arsenal selepas Wenger n Invincibles. Satu pengakhiran yang sempurna. Dia dah dapat hampir kesemua cup yang ada. Bangga jugak sebab dia boleh claim sepanjang karier dia tak pernah kalah dengan Spuds! Aku sedih sebab lepas ni dah tak dapat tengok susuk tubuh, great technique and finishing tu lagi dalam jersi Arsenal. Sebab aku mengharapkan dia masuk Januari punya transfer. Bukan sebagai first team pun takpelah, asalkan dapat bagi moral booster and impact kat current squad. Good bye Legend! King Henry! Goal masa lawan Leeds United tu memang aku takkan lupa!


Kesimpulannya, ada up and down dalam tahun 2014. Yang penting aku enjoy. Maaflah, di awal post td aku bagitau nak rangkumkan sekali perancangan 2015. Tapi rasanya dah panjang gila nih so aku belanja yang ini dulu lah. InsyaAllah 2015 punye pre-match after setel semua paper ya. Aku harap korang-korang yang baca ni pun punya tahun 2014 yang menarik dan hebat! Yang boleh disimpan jadi kenangan sampai lah ke hari tua! Adios

Moment terindah sepanjang 2014 (bukan moment wechat)

  •  Birthday celebration dengan coursemate
  • 1st time ever jejak kaki masuk Singapore
  • 27 September 2014 (hari yang sama situasi yang berbeza)
  • Trip ke Sabah
  • Cari duit kerja buat survey
  • Perform "Ramalanku Benar Belaka" masa Psychic Dinner 2014
  • Reunion Geng Bilik Tiga
  • FYP completion as selangkah dah kaki nak jejak graduation

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Bonus!

Kalau bab bonus ni tak lain tak bukan pasal cinta lah. Apa lagi kan. Aku ni boleh dikategorikan sebagai sentimental, mat jiwang etc. Lantaklah korang nak label aku ape pun kan. Aku cuba ringkaskan content nya. Seperti tahun-tahun sudah memang aku tak lari dari masalah ini. Sebab dlm model human development Erikson pun umur-umur macam ni memang duk menggeletat (affection) nak cari pasangan berlainan jantina untuk share masalah dan sebagainya lah. Cuma tahun ni aku boleh katakan yang aku dah pun boleh rasional dengan apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya aku dah dapat peluang yang pada aku sendiri aku layak dapat peluang tersebut. Dan walau apa pun outcome nya aku mampu terima dengan hati yang terbuka. Tapi ingat! Aku mampu memaafkan tapi agak mustahil untuk aku lupakan semua perkara ini. 2014 banyak ajar aku "bila kita nak sesuatu, tak salah kita cuba sampai tahap kita rasa "cukup lah tu", maka berhenti lah". Jadi 2014 ni punya episod yang pelbagai bila dikaitkan dengan cinta. ada episod yang masih menggunakan skrip yang sama. Tapi takpelah sekurang-kurangnya aku dapat belajar sesuatu dari semua ni. Untuk orang-orang yang terlibat dalam situasi aku. Aku ucapkan terima kasih! baik lawan mahupun kawan, sebab tanpa anda aku rasa aku takkan berada pada tahap ini. Aku juga nak mohon maaf andai selama ni ada hati dan perasaan yang dah aku lukakan baik dalam keadaan sedar ataupun tidak. Cuma sebagai manusia biasa aku masih punya perasaan ingin tahu yang tinggi. Aku terus dan terus bertanya kat diri, kenapa kau jadi macam ni, kenapa aku buat macam tu, kenapa kau bertindak begitu dan kenapa aku perlu amek tindakan begini? Aku harap benda ni takkan berterusan lah. Sebab banyak benda lagi aku nak capai dalam hidup, Terima kasih untuk memori 2014, just like you've said, thanks for those who stay and thank you for the memories for those who left. Assalamualaikum





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...