Alhamdulillah
Subhanallah
Assalamualaikum wbt.
Aku taknak intro lama-lama. Sebabnya ada banyak benda yang ingin aku coretkan kat sini. (mungkin). Dan pada waktu dan ketika ini, angin sepoi-sepoi bahasa, gelap dan kelam malam seakan menjadi saksi kondisi dan keberadaan aku pada ketika ini. Pheww.. Ayat apa yang aku taip nihh? HAHAHA
Okay, komitmen memaksa aku untuk bercuti sementara daripada terus mengolah, mengarang dan meluahkan isi hati kat belogg ni. Syukur alhamdulillah dalam kesibukan, boleh dikatakan pada waktu genting ni aku cuba selitkan ruang dan masa untuk menaip jugak even banyak lagi benda penting yang perlu ditaip. Hehehe. Bila difikirkan balik, nak seribu daya mahu seribu cara kan? Sesibuk mana pun bila hati kata nak menaip nak menulis nak mengarang maka dengan selamba jari-jari ni menari-nari atas keyboard usang ni. Ya betul, sejujurnya komitmen aku pada pelajarann mendahului segalanya. Hal ini disebabkan tinggal beberapa minggu sahaja lagi aku bersama-sama rakan-rakan kawan-kawan sahabat handai, susah senang sama sama dari tahun satu lagi. Mereka ni lah kawan dan mereka jugak lawan. Tapi pada pengakhiran cerita, semua akan tetap merindui segala kenangan yang telah dicipta. Ohh syahdu....
Berbalik kepada komitmen, ya currently aku masih dalam proses menyempurnakan fyp. 10 December insyaAllah jika takde aral aku akan bentangkan projek aku kepada examiner. Alhamdulillah, ibarat kalau main game kan, aku sekarang ni kira-kira dah kat level 96 daripada 100 level. Sikit sangat dah nak sampai misi berjaya. Dan saat-saat genting selama tiga bulan ni lah yang aku gunakan sebaik mungkin (jangan percaya) untuk selesaikan fyp aku. Tapi masih last minute person jugak. apa pon tak boleh....
Dan jika takde aral jugak aku akan meneruskan pengajian kat tempat latihan industri pulak sem depan aka tahun 2015 selama lima bulan. Pheww lama kott... Tak tahu lah tepu ke tidak nanti enn. Harapnya happy2 saja lah. Aku kerap ulang dan dengar lagu Bumiputra Rockers - Sudah Sampai Sini. Bukan setakat hidup saja boleh relate tapi perjalanan manusia pun boleh relate dengan lagi ni. very deep! Segala penat lelah selama ni tak sangka dah nak sampai penghujung dah.. Tinggal sikit je lagi.
Then seterusnya, sendiri! ya aku sekarang sendiri, hidup masih dikejar bayang-bayang silam, mereka-mereka yg hadir dalam hidup aku jugak dibayangi bayang-bayang tersebut. Namun setakat ni semuanya under control. Teringat classmate aku pesan, dia cakap berdasarkan kalam Allah, kadang-kadang apa yang kita suka tu xsemestinya baik untuk kita. Dan kadang-kadang apa yang kita tak suka tu mungkin baik untuk kita. Ya, selama ni aku tak pernah nak faham or cuba faham ayat ni. Sampai lah bila dengar kata-kata ni buat aku lega. Ibarat satu batu yang sangat besar kat kepala aku nih dialihkan. Dan sendiri tak sendiri jugak ah, baru-baru ni pun short vacay geng-geng lelaki kelas aku buat trip ke Sabah. And you know what? Rezeki Tuhan, pertemuaan dengan sorang crush aku masa sekolah dulu. Masing-masing dah besar dah sekarang. Dia pun tengah belajar, sama-sama grad insyaAllah. Saya doakan awak sihat, happy, bahagia ye kat tempat orang. InsyaAllah one fine day kita jumpa lagi, mungkin di sabah, atau di Johor atau jugak di KL? See you when I see you Miss Crush ;)
Dan pertemuaan sebelumnya kalau tak salah aku lah, rakan matrik yang pada aku signifikan kehadiran beliau from time to time. Ada dikala memerlukan walau jarang benar contact. Seyes aku jujur ikhlas sampaikan apa yang ada kat hati aku selama ni. Aku harap kita still remain friend, sebabnya relationship as a friend tu takkan putus sampai bila-bila. InsyaAllah. Good luck untuk balance tempoh pengajian. Even lambat sikit tapi kau dah buat base yg kukuh. I keep in faith in you lady!
Dan sendiri lagi aku dengan gamblenya berani naik perform kat pentas annual dinner kali ni. Antara sebab aku bertindak sedemikian adalah,,, sebab aku nak sampaikan isi hati aku kat sapa-sapa yang dengar malam tuh, kedua sebab aku rasa bila lagi nak buat sebab lepas ni dah takde peluang. If dapat pergi annual dinner lagi pun dah jadi alumni, alumni ni ada ke pegi dinner buat show? takde kann. sebab ketiga pulak aku nak letakkan satu benchmark kat diri aku sendiri yg mana aku mampu perform dengan gitar walaupun kod-kod cikai dan sebab nebes habis berterabur lari kod, tapi masih boleh cover. Hehehe. So far not too bad la untuk first timer. Overall aku puas hati. Dan dikesempatan ini jugak aku nak ucapkan ribuan terima kasih dekat kawan-kawan dari Tahun Tiga yang jadi organiser committee untuk annual dinner kali ini. Dan untuk buddy kesayangan cehhhh, Yana and Meen, good luck untuk baki lagi setahun, ingat, setelkan psm cepat nanti stress sendiri. Kepada meen, yelah semua orang duk pung-pang menyakatkan between us. Hee. First I know you masa buat sesi kaunseling tu. You such a good gurl. Baik lembut elok je.. itu yg menarik dan jadi daya penarik. Tipu la kalau aku tak terpikat kan. Tapi masih ada benda yang perlu diutamakan. So, jangan amek hati sangat dekat kawan-kawan yg menyakat tu k. :)
Hahaha hell yeahh! Bila ditolak tambah darab bahagi, hidup ni takdelah sesedih yg disangka kan? satu yg pergi ada yang lain datang cuma belum pasti siapa yang jadi pengganti. Itu tak perlu difikirkan sekarang. sekarang pikirkan apa yang perlu disetelkan terlebih dahulu. Dan aku sendiri pun tetap dengan prinsip dan pendirian aku selama ni. Tuhan masih beri aku peluang untuk mintak kat Dia dan panjatkan doa andai satu hari nanti semua jadi kenyataan, tetap jadi kenyataan kan? Yang penting berserah bukan berharap. so enjoy jelah life sekarang dan tempuh segala apa yang ada kat depan. Cinta difikirkan kemudian, uruskan cita-cita dahulu.
Dan kita pergi pulak kepada konflik. ya betul dah nak habis semester dah...mungkin ni lah sem terakhir nak ada group discussion, group work etc. Tapi hujung- hujung ni jugak la nak jadi conlict. ape seyhh... kadang-kadang buat aku terfikir adakah aku ni too judgemental orang yang tak sama value dgn aku? arghhh, aku keliru. Aku harap lepas ni, lepas setel semua ni aku tak pikir dah pasal ni. Bak kata seorang kawan, alah dekat 4 tahun boleh survive takkan tinggal bape hari je lagi takleh survive enn? so chill and free your mind. keh3
Dan secara keseluruhannya aku boleh katakan dekat tiga bulan macam tahap masuk PLKN dah enn sampai tak update langsung belogg ni enn... aku terlalu sibuk dengan tanggungjawab, komitmen sebagai pelajar, sebagai mahasiswa. Dan tak lupa aku perlukan masa sempit yang sangat banyak berbanding masa lapang. sebab dengan masa lapang tu lah membuatkan aku terus tak rasional dan masih terfikir pasal benda-benda yg aku dah hadapi. Dan secara keseluruhan jugak in term of tak melibatkan hati dan perasaan, aku dah nak sampai ke destinasi. lepas tu bermula lah langkah baru dunia baru cerita baru suasana baru yang akan aku coretkan kat sini. InsyaAllah if masa mengizinkan. Akhir kata aku doakan semua dapat capai goal or azam tahun 2014 sebelum 2015 datang menjengah, sebabnya dah nak habis tahun 2014 dah kita.. sedar tak sedar next year makin bertambah lagi umur masing-masing. The best part is.. Ijam (coursemate) dah capai misi dia nak grad as a status not single! aku bila lagi???? Persoalan yang tak terungkai.. jawapan yang pasti adalah, "takde skrg, nanti sambung master jumpa lah kan...keh3.. InsyaAllah, dengan izin Allah dapat sambung apa yg aku nak enn.. I mean sambung belajar lepas tu baru pikir benda lain...
Ok baii :)
0 comments:
Post a Comment