Bismillah
Assalamualaikum wbt. Salam Ramadan
Alhamdulillah di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadan kepada sahabat semua.
Alhamdulillah jugak aku masih diberikan kesempatan ruang dan waktu untuk mencatatkan serba sedikit di blog ini. Lama sungguh aku tinggalkan sampai ada yang bertanya. Maaf semua
Apa yang aku nak sampaikan dalam posting kali ini berkisarkan tiga perkara pokok. Internship, Self-reward dan Ramadan
Internship
Pheww. Untuk grad, semua kena pegi intern semester 8. Masing-masing terpisah jauh antara satu sama lain. Beberapa kerat jelah yang masih stay kat Uni nih. Termasuklah aku. Selama 20 minggu internship dekat Counselling Centre. Banyak benda dah aku belajar. Yang paling tak boleh lupa, "belajar lagi best daripada kerja". Kau kena bagi komitmen dari sampai tempat kerja sampai lah kau punch card balik kerja. Kalau kelas/kuliah pulak. Memang lah sekali kelas dua-tiga jam. Tepu pun time tu jeh. Lepas tu the whole day kau yang punya. Sakit sikit bila final exam. Pulun habis-habis time tu jelah pun. Kisahnya begitu lah. Macam-macam benda aku belajar untuk lima bulan. Paling best dapat merayap menjalankan tugas di tempat orang. Berbakti kepada tanah air tempat lahir aku sendiri. Allahurabbi. Mereka kata aku satu-satunya intern student setakat ini dapat merayap sampai ke Kelantan dapat arahan bertugas bagai. Yang paling jauh sebelum ini pun sampai ke Mersing sahaja. Dan paling paling paling best tu pulak, dua kali aku ke tempat yang sama dengan orang yang berbeza. Mula-mula pergi attend meeting pelarasan dan survey lokasi. Hujung Mei hari tu dapat lagi sekali peluang ke lokasi yang sama untuk hantar bantuan. Alhamdulillah rezeki Allah. Disampaikan dengan cara-cara sebegitu. Selebihnya, handle program, buat event dan sebagainya. InsyaAllah satu hari nanti kalau-kalau ada rezeki jejak jugak lah kaki ke sana, tapi sebagai bos la pulak. InsyaAllah.
Self-Reward
Setelah berhempas pulas menjalani latihan industri, masing-masing otak dah tepu. Kebetulan pulak selepas habis intern ada lagi seminggu sebelum masuknya Ramadan. Aku, Ijam dan Zaine ke Krabi. Hal ini disebabkan oleh ketidaksampaian plan ke Bandung tahun lepas, di qada' kan dengan trip ini. Aku taknak cerita banyak pasal trip ni, cuma nak bagi intro. InsyaAllah aku update the whole days dalam posting lain. Apa yang penting tercapai jugak merasa suasana baru, tempat lain walaupun negara jiran. Tak apalah, ini baru permulaan, jauh lagi tempat yang jauh-jauh nak dilawati. InsyaAllah
Ramadan
Allahurabbi, masih dipertemukan dengan Ramadan kali ini. Terasa macam sekejap jeh masa berlalu, rasa macam baru je lepas Ramadan yang lepas. Bermacam-macam perkara dah berlaku, dah terjadi sepanjang perjalanan. Diharapkan Ramadan kali ini mampu dijadikan manfaat dan titik perubahan ke arah kebaikan kepada kita semua. InsyaAllah. Ramadan kali ini jugak merupakan Ramadan pertama untuk aku tidak bersama keluarga. Seingat aku last sekali Ramadan di perantauan ni masa kat matrik dulu jeh. Berbuka dengan sadis iaitu Megi Baldi. Hahahaha. Tapi aku silap, berbuka sendiri sorang-sorang kat bilik tu lagi sadis bak ang. Sumpah feeling dia lain gila ouhh.. Macam mati akal pun ada. Tapi apa kan daya, dah ini jalan yang aku pilih. Jalan untuk meneruskan perkhidmatan di sini sebagai part timer. Ada jugak income sikit-sikit sementara tunggu graduation day insyaAllah Oktober nanti. Ramadan kali ini jugak berikan aku peluang untuk muhasabah diri setelah setahun hidup selepas Ramadan tahun sudah. Ramadan kali ini juga beri aku peluang untuk terus menambah posting blog ni. Harapnya tidak ada yang jemu. Walaupun nukilan yang caca merba entah apa-apa nih. Sekian sahaja dulu. aku sarankan, ajak korang semua, jadikan Ramadan kali ini sebagai pesta ibadah. Teruskan cuci dosa-dosa lampau, ambil sebanyak yang mungkin manfaat daripada Ramadan kali ini. Kerna takde siapa boleh jamin yang kita dapat sambut raya tahun ni dan jugak mampu sampai untuk Ramadan tahun depan. Usah leka lagi, pesanan kepada diri sendiri dan rakan-rakan, sebab ini pun satu dakwah, satu saham untuk aku di kemudian hari. InsyaAllah.
Sekian, Wasalam
Salam Sahur
0 comments:
Post a Comment