Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat kerana berjaya juga menggunakan masa yang senggang ini untuk meng update "janji" yang belum dilunaskan. InsyaAllah aku cuba untuk update seberapa "mini" yang boleh. Short and Sweet kata omputeh.
Setelah perancangan demi perancangan, bermula dengan Bandung, Indonesia. Tak jadi dan membawa pula kepada perancangan yang tak dirancang macam trip Bandung (tak jadi tuu). Alhamdulillah merasa juga menjejakkan kaki kat tanah Gajah Putih ini. Mini tetap mini. Aku ringkaskan seberapa yang boleh. Yang penting short & sweet.
Trip: Ao Nang Beach, Krabi, Thailand
Date: 15, 16 & 17 June 2015 (hari-hari terakhir sebelum Ramadan berkunjung tiba)
Total Cost: tambah tolak lebih kurang RM500++ (include flight, hotel, activities = budget trip tapi still awesome)
Sebelum Berlepas
Aku dan Ijam sama-sama dari Johor ke KL sebab flight dari KLIA2. Kami bertolak sehari awal dan melepak dengan Zaine kat KL dulu. Alhamdulillah dengan peluang yg ada dapat juga bertemu kawan-kawan kat sana, Raja, Lan Typewriter, Kamis, Farah dan adik Farah (comey budaknya). Walaupun pada awalnya rasa macam penat tp perasaan seronok tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Sebabnya lama dah tak jumpa masing-masing berpraktikal sana sini (aku je sayang gilos dekat utm nih). InsyaAllah ketemu lagi masa Konvo nanti.
15 June 2015
Kami bertolak dari UTMKL 9 pagi. Nak kejar flight jam 1.30 pagi tak silap. Bergerak dr LRT Damai ke KL Sentral. Lepas tukar duit terus ambil Shuttle Bus ke KLIA2. Alhamdulillah selamat menempuh perjalanan kira-kira 45 minit. Sampai lah kat Krabi Airport dalam 2 lebih. Tapi sana lambat sejam. Sampai je terus pergi beli tiket taxi ke Aonang. Acah-acah la nak naik bus sbb lambat. Terus je naik taxi. Sekali dapat taxi van Hi Ace tu. Naik nye 3 orang je. Gila mewah rasa macam orang kaya baru. Hehehe.
Entah berapa lama dan ketika kami pun sampai lah kat Pantai Aonang. Abang tu betul-betul berhenti depan hotel kitorg book (baca Zaine book). Nama Hotel Aonang Top View, walaupun bajet tapi sangat terbaik dari segi layanan servis dan sebagainya. Cuma wifi jela kalau nak free kena lepak dekat kaunter. Kat bilik ada tapi kena charge la pulak. Tujuan utama kami bukan nak man internet sangat so bukan priority lah.
Lepas check in jenjalan lah dekat sepanjang deretan kedai dekat situ. Tujuan utama nak dapatkan pakej aktiviti dan survey tempat makan dan sebagainya. Walaupun percutian bajet tapi selera mesti diutamakan. Optimum kan segalanya sebaik mungkin. Alhamdulillah setelah di survey pelbagai kedai termasuk abg nyah yang jaga kaunter dan sebagainya, jumpa lah satu pakej, tu pon sebab brader tu boleh cakap Malay loghat utara. Selesai sudah. Malam tu makan biasa-biasa saja. Masuk kedai 24/7 beli roti beli jem beli air mineral beli pan cake. Selesai
Total Cost:
1) Shuttle Bus=RM18 (round trip)
2) Tukar duit=RM200 dapat 1800TBH
3) Flight+hotel=RM270
4)Taxi Airport Aonang=600TBH/3orang
5) Pakej aktiviti=950TBH
6) Kedai 24/7=+-30TBH
SUM=RM288+1170TBH (balance +-630TBH)
16 June 2015
Pagi-pagi lagi seawal 8.30 am kami turun pegi tunggu ramai-ramai kat bawah. Nak ke pulau lah. Yang terbaiknya orang-orang ni siap pegi ketuk dekat bilik cari kitorang. Padahal kitorg dah kat bawah. Padan muka dia kena daki bukit p kat Top View kitorang.kahkahkah. Okay, Tunggu punya tunggu tetiba hujan turun. Sebenarnya dah lama turun hujannya. Tapi macam nak berhenti macam nak okay lepas tu hujan balik. Tapi alhamdulillah trip hari tu berjalan lancar. Dengan 950TBH, kitorang dapat pakej 4 Pulau, Emerald Pool + Trekking + transit ke Airport..
Perjalanan ke tepi pantai ramai-ramai naik tuktuk modified punye. 12-15 orang boleh muat. Aku tak bergayut lah. Duduk elok je kat tempat duduk. Sampai je tunggu dalam 10 minit sebelum start perjalanan naik long tail boat. Perjalanan kami ditemani hujan dan laut sikit bergelora. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Pergi lah kat Poda Island, Chicken Island, dan lg 2 tak ingat. Tempat lepak mandi tepi pantai dekat Poda Island. Not bad lah tapi. laut pon gelora jugak. Jadi penat betul nak berenang-renang skokerling bagai. Lepas tu snokerling dekat mana entah. tengah-tengah alam bot berhenti. Nasib baik dah ada pengalaman kat Tioman so boleh la action sikit.kehkeh. Then last skali singgah 1 pulau nih semua bot berhenti kat situ. untuk lunch. Memang betul review yang dah pergi, makanan takde lah sedap mana tapi sebab dah lapar memang licin selicinnya.. Alhamdulillah pulang dengan gembira. Aku pulak macam panas je badan. Hahaha
Malamnya kitorg decide lah keluar makan. Nak makan mewah la konon malam tu. Menarik juga pakej-pakej pun. tapi kalau dah cecah rm30/head kurang lebih berkira-kira jugak. Last-last order sendiri-sendiri saja dekat satu kedai muslim ni. Nampak suram sgt sbb tempat dia atas bukit so kena naik tangga lah.
Sebelum makan tu masing-masing plan nak berjalan terjah kedai-kedai beli barang ole-ole nak di bawa pulang. Aku adalah beli sikit untuk family. Maaflah kawan-kawan. Nama pun percutian bajet so beli kat family jelah. Beg untuk mak aku bawak p ngaji, keychain la macam biasa untuk adik-adik. 300THB xsilap habis.
Seterusnya lepas dah kenyang. Mula lah ekspidisi mencari massage. Boleh la cuba-cuba alang-alang da ke sana. Padahal time tu badan mula panas, sah demam. Nasib Ijam ada bawak panadol. Telan sebijik pastu tido lena tak lena jugak la malam tu. Begitu lah seharian perjalanan
Total Cost:
1)Dinner=+-100THB
2)Ole-ole=300THB
3)Massage=200THB
SUM=600THB (balance 30THB)
17 June 2015
Pagi tak pagi jugak lah. Kami sebenarnya dah tukar plan. Lepas je balik snokerling semalamnya, rasa macam penat dah. Jadi taknak dah trekking2 bagai. nak santai jeh. So pergi lah tukar kepada Elephant Trekking+kayak. Sebab dah malas & penat. Kitorang decide amek Elephant Trekking je. Mesti korang cakap rugi kan. Yelah rugi mmg rugi tapi tak apa lah. Namanya takde rezeki sbb badan dah penat, aku pulak badan kejap panas kejap sejuk. Seronok memang seronok tapi macam kesian pulak kat gajah-gajah tu. jadi bahan hiburan untuk tourist macam kitorang. gajah yang aku ngan zaine naik tu pon ada jugak buat hal. Maaflah cik gajah. kami memang dua-dua berat. Sorry lah tak sengaja. Aku nasihatkan kat korang lepas ni kalau pegi lagi krabi tak payah la naik lagi. cukup sekali pengalaman. kalau taknak naik langsung pon lagi bagus!
Selesai naik gajah kitorang balik ke hotel bersiap & check out. Lepas tu tunggu bas nak balik ke Airport. Maka lengkaplah sudah perjalanan kami bertiga. Sampai airport, tunggu dalam sejam then berlepas. Sampai KLIA2 dekat maghrib dah. Pastu naik bas balik KL Sentral. Setelah perbincangan takde meja dibuat, aku decide balik malam tu jugak. Terus ke TBS dr KL Sentral. Ijam balik lepak dengan Zaine dulu malam tu. Dari TBS amek bas balik Pasir Gudang. Alhamdulillah selamat sampai dalam jam 3 pagi. Pukul 5 pagi bersahur bersama keluarga. Alhamdulillah
Total Cost
1) Yang balance tu sebenarnya dah selit celah-celah mana dah. sama ada beli air, beli pancake, beli ole-ole dan sebagainya. Sebabnya masa malam massage tu dah habis duit baht aku. kahkahkah. So memang licin. Nasib baik ada balance beli tiket bas dan selamat pulang.
SUM= seperti tertera di atas.
p/s: gambar-gambar insyaAllah next post. sebab ni mini post yang tak berapa mini dah aku rasa. Yang penting hutang post selesai. Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment