Fellow Friends

21 November 2015

Kompilasi Milestones dalam Masa Terdekat Ini

Assalamualaikum wbt. dan salam bahagia.
Kali ni aku taknak intro panjang-panjang sebab banyak benda yang nak ditulis yang nak diceritakan yang nak dicoret di halaman blog yang agak bersawang sudah. Banyak purnama sudah tak update. So posting kali ini lebih kepada packed dengan milestones yang sudah dilalui.

Part Time Worker

Selepas selesai internship & selesai rewardkan diri di Krabi, aku berkhidmat kepada bumi sanjungan bangsa. Aku ambil peluang yang ada ni sementara nak tunggu peluang kerja lain ataupun peluang untuk further study for masters. Yang mana sampai dulu yang tu lah aku grab dulu. InsyaAllah. Setakat ni alhamdulillah walaupun hanya sebagai part-timer, tapi mampu lah bagi pengalaman kerja, bekalan untuk aku mohon kerja tempat lain nanti. Aku punya perancangan stay at least sampai hujung tahun sebabnya nak cukupkan pengalaman kerja selama satu tahun. Yelah January - June dah selamat setelkan internship. Tapi kerja sekarang ni lagi best sebenarnya. Sebabnya tak payah record apa yang kau buat, tak payah siapkan log book, report dan presentation. So kehidupan aku sehari-hari sekarang ni kerja-kerja dan kerja. Malam pulak rehatkan diri sambil layan Series The Flash, Green Arrow dan seangkatan dengannya lah. Selesai satu bahagian. Jom kita move forward ke cerita berikutnya.






Sambung Belajar

Haa kali ni bukan cerita pasal aku pun, tp semuanya cerita pasal rakan-rakan lah. Alhamdulillah sementara nak tunggu hari jubah kawan-kawan dah ada yang sambung. Seronok bila dapat tahu kawan-kawan ni dah menapak satu langkah ke depan. Kira advance lah sebenarnya. Seronok jugak dapat tahu member-member masa sekolah dulu pun yang mana buat degree dekat uni lain continue study untuk master kat sini. Dapat luang masa jumpa lepak-lepak makan-makan sama-sama. Perghh banyak betul kata ganda. Aku ucapkan tahniah dan good luck kalian semua. InsyaAllah jika takde aral aku bakal menyusul, tapi doakan aku dapat kerja tetap lah. kahkahkah Okay next.


Hari Jubah #ShayConvoUTM55

Selepas kira-kira 4 tahun bertungkus lumus akhirnya hari yang dinantikan dah pun tiba. Tanggal 26 Oktober, hari Isnin, sesi pagi berlangsungnya majlis konvokesyen untuk fakulti pengurusan. Perasaan masa tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata terutamanya saat melangkah naik nak ambil degree tu. Masa tu aku mampu senyum sampai ke telinga je. Yelah first time selepas kali terakhir pakai jubah masa tadika dulu. Kahkahkah. On that day rasa bersyukur sangat sebab dah dapat capai satu milestones untuk orang tua & family. Bakal family kemudian fikir ya. Walaupun tak excellent macam kebanyakan kawan-kawan yang lain, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Bukan lah teruk pun kan. Jadi buat apa nak sedih risau bagai, jalan mesti kena ke depan. Cumanya yelah ada la jugak terselit perasaan iri hati bila ada yang gigit medal bagai. Tak apa. Rezeki masing-masing. Positif saja. Apapun kenangan-kenangan 4 tahun ni dengan kawan-kawan akan tetap hidup sepanjang zaman. InsyaAllah. Bila mai sorang-sorang or tengok orang busy buat assignment mai jugak flashback tu. Cuma mampu senyum jelah sebab semua dah tinggal kenangan. Aku doakan selamat maju jaya kalian semua walau apa jua jalan yang korang ambil. Love you guys SHAY 11-15.



Wedding Amir-Atiqah

 Ini jugak merupakan milestones untuk member-member Bilik Tiga. After Afiq punye wedding April lepas, sekarang menunjukkan ahli bilik tiga dah 2 orang upgrade stage mereka. Tahniah diucapkan kepada kalian. Semoga berbahagia selama-lamanya. Amin. Dalam kesempatan ke kenduri tu dapat jugak jumpa ex-classmate masa matrik dulu, walaupun sempat borak sekejap je tapi dah cukup bermakna, yelah bukan senang nak jumpa, masing-masing dah ada hala tuju dan busy dengan perkara masing-masing. Kali ni lepak KL tak lama, ahli-ahli dari JB bersetuju nak balik hari. Yelah, aku ajim hakam duk keje gomen. Gomen kat JB pulak kerja hari Ahad. Tapi tak bermakna jumpa kejap tu tak meriah. Benda paling seronok bila mana dapat berkumpul satu meja, gelak-gelak, bahan membahan & yang paling best sesi drama. Benda ni dari dulu lagi duk buat. Cuma kali ni kurang privacy sikit lah sebab tempat open kan. Tapi peduli apa. Malam tu memang kami yang punya. Lepas karok petang, malamnya p lepak shisha, lepas tu baru lah bertolak balik, kesian jugak Ihsan kena drive sorang, tapi takpe lah, kereta dia, kalau aku pun berat nak bagi orang lain drive melainkan aku da penat sangat ataupaun memang jenis aku percaya. Haa begitu. Apa-apa pun memang awesome mini short reunion kali ini. Dengan kembalinya Alip Si Tapik, maka gegak gempita sekalian umat Bilik Tiga ni kemain membahan. Nampak nau ukhuwah tu makin erat. Aku mengharapkan ukhuwah ni kekal sampai semua dah ada keluarga nanti. Cuma nya sekarang ni aku harapkan kekal untuk 3 tahun akan datang untuk cukupkan 7 tahun, Sebab bila friendship lebih 7 tahun ada potensi untuk kekal sampai bila-bila. Itu kajian cakaplah. Last but not least selamat mendirikan rumahtangga Tauke Amir dan pasangan, yang lain-lain bakal menyusul InsyaAllah. Nampak dah beberapa insan yang berpotensi, yang pasti bukan aku lah untuk masa terdekat ni kan.






Akhir sekali, sebelum penutup yang betul-betul tertutup. Ada satu fairy tale yang aku nak kongsikan. Tapi lebih kepada persis luahan rasa jugak.

Setelah apa yang jadi dalam hidup aku sejak kebelakangan ini, boleh lah yang aku katakan bahawa ada setengah benda tu worth to be waiting for. Dan ada setengah benda tu useless dan buang masa untuk kau tunggu. Mungkin kau tak nampak apa yang akan jadi nanti tapi sekurang-kurangnya kau boleh predict apa yang boleh jadi selepas ini. Semua yang jadi ada consequences kan. Basic things, kulit kena api, panas. Consequences nya sakit dan automatic akan begerak untuk elak dari terus sakit. Bolehlah aku katakan. I'm done. Kadang-kadang seronok tgk kawan-kawan bahagia. Tapi tak semestinya kita kena ikut cara depa baru kita boleh bahagia kan? Jadinya, keep focus, aim the target, usaha yang termampu, selebihnya serah kat Tuhan, Biar Dia tentukan.......

Hahaha, bonus track lah tu kiranya kalau diumpamakan dengan album kompilasi, mungkin tak terluah sebelum ni jadinya terluah di sini. Sebab sini pun berapa kerat je yang baca. Rasa secure jugak.Lastly, focus untuk upgrade diri dalam masa sama kenal dengan semua orang. Yang lain akan datang kemudian akan difikirkan kemudian. All the best Nick Casper!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...