Assalamualaikum wbt.
Aku tidak berhajat untuk bercoret panjang di lembaran helaian putih ini. Cukup sekadar #throwback akan peristiwa-peristiwa yang significant yang terlintas di ruang fikiran pada waktu dan ketika ini.
Aku lebih selesa type by point lah bagi senang baca senang hadam. Yang mana elok tu sama-sama kita jadikan teladan, yang mana tak elok tu sekadar untuk tatapan dan ingatan serta peringatan agar tidak diulangi kesilapan yang sama. Ayuh!
January
* exam terakhir untuk degree sebelum pegi intern
* hangout dengan classmates. makan-makan and tukar-tukar hadiah
* berpisah lah seorang demi seorang balik ke kampung halaman masing-masing
* ikut voluntary bantu sikit banyak mangsa banjir di Kelate (Dabong)
* aku teruskan hidup dekat utm sbb intern kat situ saje
* duk kolej secara haram. ingat boleh lepas. rupanya kantoi butaa ja
* bermulalah episod intern di Pusat Kaunseling
February
* intern dengan tenang pada awalnya, buat kerja-kerja yang sepatutnya. 1st day dah kena pegi dgr amanat awal tahun TNC
* setelkan data entry sampai awal march
* dapat peluang ikut pegawai pegi kelantan. mesyuarat MAKUMA & misi bantuan banjir
* amek peluang jumpa sedara mara yang mana sempat jumpa
* jumpa kawan-kawan yang mana sempat bertemu
* paling best dapat cilok seketika p jenguk cikgu-cikgu tadika tahun 99 dulu. Allahu. Sebak betul. Last jumpa dan berkesempatan pun masa 2008 dulu ikut rombongan Kechana Samura singgah bandar KB
* wedding Fatini dan pasangan. seronok tgk kawan-kawan bahagia, dan bahagia jugak sbb bilik aku jadi port untuk kawan-kawan stay n menetap sementara
* my parents went to Mecca, menjalani ibadah umrah
March
* intern seperti biasa lah
* family day kat P.D. Jarang-jarang sekali dapat berjumpa ramai-ramai selain daripada time raya
* quality time dengan makcik pakcik sepupu sepapat. Alhamdulillah
* rakan kelas serta merangkap rakan praktikal selamat mendirikan rumahtangga. Nurmaisarah.
* tak dapat join sbb clash dgn family day tu lah
* birthday ke 23. tak semeriah 22 dulu tapi cukup bermakna dengan sesuatu yang tak disangka-sangka
April
* dah masuk 3 bulan intern. dah boleh faham sikit-sikit how they run the organization. sikit banyak ilmu pun dapat. Alhamdulillah
* bulan ni busy dengan task masa praktikal jelah kot. siapkan poster, planning road tour etc
* geng bilik tiga. Afiq selamat mendirikan rumahtangga
May
* sama jugak, busy dengan intern sahaja (banyak run program etc)
* planning untuk hantar bantuan ke sekolah-sekolah mangsa banjir
June
* dapat ke Kelantan bagi barang-barang. Alhamdulillah
* betambah seronok sebab pegi dengan "kawan-kawan" staf yang memang layan kepala
* bulan terakhir menjalani internship.
* lepas intern terus pegi Krabi
* planned unplanned jugak. tapi alhamdulillah memang seronok. sebab pegi dengan insan-insan istimewa
* first time berjalan p tempat orang, pengalaman yg sgt significant
* first time naik gajah
* sambut ramadan
* teruskan kerja sebagai part timer dekat Career Centre UTM
July
* grab beberapa peluang yang ada dekat tempat kerja baru.
* seronok dengan persekitaran kerja baru
* cuti sambut hari raya
* dapat jugak jumpa sahabat lama sama-sama pegi skolah sama-sama main bola. last jumpa 2006 xsilap lah.
* pertemuan yang sangat indah. bukan senang dpt peluang macam ni. Alhamdulillah
* beraya dengan family
* dapat lepak n jumpa Mail walaupun dalam kekangan masa. Alhamdulillah dengan izin-Nya jugak
August
* seperti biasa, masuk ofis buat kerja then balik kerja
* begitu lah rutin harian bergelar pekerja
* kali ni tak duduk dah kolej lama. pindah kolej baru. jauh jugak lah
September
* hidup bekerjaya semakin menggembirakan
* dapat peluang buat program dengan bos-bos besar dekat melaka
* merasa macam mana hidup orang-orang atas ni walhal kita ni marhaen saje
* banyak benda belajar dengan program kali ni
October
* kerja macam biasa
* penat sikit sebab kena ulang alik. PG-JB. Alhamdulillah dpt extension contract yg patutnya habis September lepas
* akhirnya bergelar juga graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia
* dapat berkumpul dengan kawan-kawan semula sempena konvo
November
* kerja untuk hidup
* attend wedding Amir Jumri & pasangan
* hangout dengan kawan-kawan bilik tiga seharian
* attend wedding Farah Abbas & pasangan
* dapat bersua muka, berkongsi cerita dengan kawan-kawan. Nampak gaya event macam ni jelah dapat jumpa kawan-kawan pun
Disember
* kerja sementara kontrak masih berbaki sehingga feb 2016
* kerja dan kerja
* cuti kali ni (krismas) banyak habis masa dengan family saja lah. tak ke mana pun
Secara kasarnya begitulah perjalanan 2015 aku. Namun dalam menyingkap setiap peristiwa by peristiwa sepanjang tahun, ada benda yang aku masih simpan dan tak berniat untuk dikhabarkan atau di coretkan secara detail di sini. cukup sekadar biasan saje lah
Boleh dikatakan ada sesetengah part atau bahagian aku boleh rumuskan bahawa kitaran yang sama telah berlaku. Seakan-akan memberikan sebuah pengharapan, sebuah cerita baru. Namun hakikatnya hanyalah suatu skrip yang sama dan kembali diulang siar. Ya aku kalah. kalah dengan suasana. bak kata kawan-kawan aku dulu.
Namun kali ini aku merasakan sebuah pengalaman itu cukup bermakna dalam meniti hari-hari.
Seterusnya untuk peringkat usia aku kini, masing-masing mengejar kehidupan sendiri. Ada yang meneruskan pengajian, ada yang dah pun bekerja & ada juga yang dah mendirikan rumahtangga. Tahniah aku ucapkan kepada kalian. Cuma untuk aku sendiri, ini merupakan satu cabaran dan boleh dikatakan agak psycho jugak lah. Yelah bila kawan-kawan semua dah selamat masing-masing, terasa diri ni dah tua sangat dah. dan sementelah itu mula lah akal fikiran bemain-main dengan throwback zaman kanak-kanak yang mana hanya tahu keseronokan. Oh indahnya dunia pada ketika itu.
Di sini juga aku mengharapkan agar 2016 akan dicorakkan dengan keindahan dan juga kesengsaraan agar aku kenal apa itu erti sebuah kehidupan. sebab manusia ni takkan pernah belajar dengan sesuatu yang indah melainkan belajar melalui pahit getir dan sebagainya. Aku doakan agar iman dan amal dipertingkatkan serta teguh keyakinan terhadap apa-apa ujian yang bakal mendatang; baik dari segi kesihatan, fizikal, emosi dan juga mental. Aamiin
0 comments:
Post a Comment