Fellow Friends

16 April 2017

Noktah & Titik Akhir

Assalamualaikum wbt. Terima kasih kepada Tuhan masih diberi masa dan ruang untuk menaip dan mengukir serba sedikit cebisan kenangan di lembaran putih ini.

Noktah & Titik Akhir.

Kenapa dan mengapa posting ini bertajuk sebegini? Sebelum pergi panjang lebar elok lah di dahulukan dengan beberapa perkara.

Dalam minggu ini sahaja beberapa perkara telah terjadi dan pada aku menjadi suatu yang signifikan kepada noktah dan titik akhir ini. Dimulakan dengan betapa "sukar" dan "payah" untuk disampaikan sedikit buah tangan daripada trip ke Penang tempoh hari. Seakan tidak diizinkan oleh-Nya. Disambung pula dengan beria dan bersemangatnya lecturer petik nama dan berkait dengan perihal jodoh. Dan diakhiri pada 15 April 2017 dengan betapa jarangnya keluar hangout sampai ke Bukit Indah. Nampak tidak berkait dan tidak synchronize. Namun untuk diri ini segalanya sudah diatur dengan sempurna oleh-Nya. Syukur.

Tatkala dalam kesesakan sepanjang jalan terdetik hati untuk scroll Twitter. Disebalik tweet-tweet yang muncul mata terus terbuka luas memandang satu tweet. Ya, saat yang digeruni sudahpun tiba. Sekuntum mawar merah. Yang pernah mekar di hati suatu ketika dahulu. Kini sudah disunting. Bakal mekar di taman orang. Aku masih berfikir apakah yang ingin Dia sampaikan kepada aku. Dalam keadaan aku seakan mula tenang diberikan khabar sebegini.

Yang terjadi telahpun terjadi. Tanpa kita sedar perlu dielak dengan menyalahkan takdir. Akan tetapi setiap orang semestinya pernah hadapi. Saat dan ketika diri tidak berfikir tentang sejarah dan kenangan lepas. Namun perkhabaran datang menyapa menyentak seketul jiwa yang di dalamnya tersimpan seribu satu rasa lebih sejuta kata yang takkan mampu terungkap lagi.

Kurang lebih setahun dan masing-masing mengorak langkah sendiri. Bullshit aku katakan untuk situasi mendesak. Kini masing-masing sudah berhaluan sendiri. Aku baru tiba di satu titik noktah. Baru berkira-kira memulakan perjalanan baru. Sedangkan dia sudah menemui noktah setahun sudah. Dan sudah lama memulakan langkah.

Bukan untuk menyalahkan takdir waima menyalahkan diri sendiri tidak mengambil peluang dan ruang yang telah sedia terbentang dahulu kala. Cuma nya boleh dikatakan telah terkubur sebuah angan sebuah mahligai suatu cita. 15 Oktober 2008 - 15 April 2017. Maka tamatlah sudah kisah dongeng yang diharapkan. Berakhir sudah kisah fantasi. Disebabkan masa, "right person at wrong time", apa yang diperjuang selama ini mampu diabadi dalam sebuah dongengan.

Namun disebalik semua ini. Aku bersyukur setelah sekian lama, noktah yang ini aku jumpai walaupun yang mencorak dan menentukan bukan dari diri sendiri. Sekurang-kurangnya sudah diketahui mana satu jalan yang perlu dilalui selepas ini. Aku juga tidak kesal mengenali, mencuba dan berusaha untuk semua ini. Yang aku kesalkan cuma satu, sabar menunggu sedikit waktu, Sikit saja lagi. Tidak mengapa. Yang terjadi tetap terjadi.

Dalam kesenduan. Aku dengan tenang hati meredai segala yang terjadi mendoakan yang terbaik untuk beliau. Jadikanlah perjalanan klasik penuh epik sebelum ini sebagai panduan dalam menempuh hari-hari bahagia kelak. Izinkan dipetik namanya di sini untuk kali terakhir. Nur Fatin Zulaikha Kamarudin. Nama seindah peribadi. Aku doakan semoga terus bahagia, dilimpahkan rezeki diberi perlindungan disamping keluarga dan pilihan hati.

Aku? Sudah ketemu noktah. Makanya setiap noktah memberi maksud sebuah perjalanan baru yang bakal dimulakan. InsyaAllah.

p/s: koyak tak koyak lah bro bila dapat berita macam gini tak pasal-pasal akal fikiran minda jiwa segala flashback moment-moment lepas. Bohong lah kalau tak pernah jadi kan.

Good job 2017! The tough one I already faced. Come and get me again and again!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...