Fellow Friends

25 January 2017

Perjalanan Yang Masih Jauh

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, masih dan terus diberi peluang, ruang dan masa untuk update blog yang dah masuk setengah tahun tak terusik. Dek kerana membawa hati yang lara (eh) dan kesibukan semasa.

Teruja juga masih ada yang sudi stalk dan singgah kat blog yang bukan tahap bersawang, tapi dah serupa barang tinggalan sejarah. Syahdu betul analogi pun. Krisis oh Krisis. 

Masuk dah pun 2017 sedar tak sedar ya. Azam pun bertukar baru lah rata-rata dalam kalangan manusia sejagat ni. Aku maintain dengan azam beberapa tahun lepas. Cuma tahun ni tak berazam sangat sebab banyak benda kalau nak diazamkan pun. Just follow the flow.

Pengajian Master kira-kira dijangka dapat diselesaikan untuk tahun ini. Itu lah satu-satunya misi aku untuk tahun 2017 ni. Seterusnya lepas grad on time harap dipermudahkan rezeki untuk kerja dan sebagainya. Mudah-mudahan dapat settle down lah lepas tu sekurang-kurangnya. Ya kita hanya mampu merancang, tapi perlu lah diiring dengan doa dan juga usaha. InsyaAllah, kejayaan menanti di hadapan.

Sedar tak sedar, masih ada yang mengingatkan aku pasal blog ni. Aku jangkakan dekat setahun dua juga nak stop mengukir kata kat sini. Rupanya aku dah tersilap, banyak benda dan segala memori yang dah terlepas pandang dan tidak disematkan kat sini untuk dijadikan sejarah diri. Gituu

Ya 2016 dah pun berlalu. Antara yang aku boleh highlightkan kat sini lah perkara-perkara yang penting dah aku lalui sepanjang tahun

1 - Terima offer UMP as a counsellor
2 - Decided untuk teruskan Master in Education (Counselling & Guidance)
3 - Road Trip ke Pulau Perhentian dengan kawan-kawan sekolah
4 - Tamat Skim Pelajar Bekerja di Pusat Kerjaya UTM
5 - Tamat perhubungan setelah bertahun mengejar
6 - 1st time dapat pointer menarik rasa happy tahap nak terjun bangunan
7 - Berkhidmat di Pusat Kokurikulum
8 - Jadi designer tak bertauliah
9 - Menjalankan bisnes Food Dugong
10 - Kena kencing dgn pre-order
11 - Melancong #dugongcation ke Sarawak & Penang
12 - Drift Bottle Angola Girl

Kalau nak di listkan satu persatu rasanya bukan tak cukup, tapi tak ingat sebab banyak sangat. LOL. Begitu lah surut pasang sebuah kehidupan. Di mana beberapa keputusan yang aku buat menjejaskan perkara-perkara yang lain. Its okay. Allah Maha Mengetahui.

Sepanjang 2016 juga banyak buat aku sedar, dengan jatuh bangun kehidupan, di mana aku patut berdiri. Di awal fasa, bahagia tu aku rasakan milik aku, penuh dengan suka riang hilai tawa. Masuk ke fasa kedua, awan mendung mula berarak menutupi bahagia, lalu diturunkan hujan dan ribut, seakan aku sudah hilang kekuatan, muncul pelangi yang indah nun jauh di sana. Nak digapai jauh, nak di tatap tak selalu ada. Keadaan kembali terkawal, emosi kian stabil. Bahagia jadi musafir. Kenal tempat orang, kenal budaya orang lain. Alhamdulillah di atas segala derita dan rezeki sepanjang 2016 ini. Banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Di mana setiap apa yang terjadi, bersangka baik lah kepada empunya rencana, Allah Yang Maha Esa.

Dalam kesabaran, dihadirkan insan sekeliling. Yang pada dasarnya menegur secara senyap melalui perbuatan melalui tindakan. Huhh, baru sedar susah juga jadi seorang dewasa ni. Setiap gerak geri tutur kata perlu di analisa, baik yang didengari dan juga apa yang ingin dikatakan.

2017. Moga sinar bahagia terus bersinar, Harapnya baik-baik aja. Jika ada yang tak baik tu mintak dielakkan, jika tak dapat dielakkan biarlah diri ini kuat untuk menghadapinya kelak. InsyaAllah

Namun dejavu menyapa seawal ini, adakah ini karma? Karma yang tidak baik untuk orang lain. 18 Januari 2017. Few years back, perkara tersebut berulang, masuk tahun ini, perkara yang sama berulang lagi namun dalam versi yang berbeza. Buat aku fikir panjang adakah ini pusingan roda kehidupan?

Kembali kepada realiti, dejavu terus mengambil peranan. Melihat gerak tari kehidupan. Melihat perwatakan insan. Ada yang menyapa salam mengetuk pintu sanubari. Kali ini, aku cuba tepis dan letak di tepi dahulu. Pegang prinsip seutuhnya. Masih belum punya apa-apa. Sabar. Sabar. Sabar. Kerna sabar itu indah. Kembali fokus kepada yang dua; Grad on Time, Get a Job. Berbakti kepada keluarga.

2017. Come and get me!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...