Fellow Friends

25 June 2018

Insan-Insan di Aidilfitri

Salam Aidilfitri guys. Belum terlambat kiranya untuk aku memohon keampunan daripada kalian. Maaf zahir dan batin ya di atas keterlanjuran perbuatan ataupun kata-kata yang telah sengaja atau tidak mengguris hati kalian. Maafkan aku ya.

Macam mana aku nak mulakan ya? Sebab aku sendiri masih dalam keadaan shocked dan speechless. Hati berkecamuk ingin mengukir kata. Namun jiwa seakan mahu menghenti bicara. Katanya usah diikut rasa hati. Ah pening. Aku nak tulis coretkan apa pun tak tahu ni. Hmm

Melihat sesuatu dari sudut pandang yang berbeza membuatkan kau lebih cakna akan perihal sesuatu peristiwa. Ada yang melihat itu sahaja jalan yang ada dan ada juga yang melihat ini mungkin ujian berduka. Setiap perkara mempunyai sudut pandang berbeza. Seperti analogi pizza. Sebut sahaja pizza, ada yang membayangkan kotak yang bersegi empat, ada juga yang menggambarkannya dalam bentuk bulat dan ada juga yang  melihat dalam bentuk segi tiga. Begitu juga uniknya sudut pandang insan terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Aku? Ya aku dalam satu kondisi di mana berusaha untuk melihat pizza tersebut dalam ketiga-tiga bentuk. Seterusnya melihat akan keperluan semasa pizza tersebut perlu diambil dalam bentuk apa, prioritinya di mana dan kepada siapa harus aku berikannya.

Manusia tidak lekang dek ujian. Manusia juga melihat ujian dalam pelbagai sudut. Namun ujian yang sangat hebat dinilai adalah ujian yang membawa kepada kebaikan dan tenang dalam menghadapinya. Aku masih mengharapkan itu. Amin.

Dalam keadaan insan bergembira di hari raya, ada beberapa kisah yang berbeza. Satu kisah di mana sang pujangga masih mengimpikan si dara mengorak langkah penuh rakus. Tujuan hanya satu. Memiliki walau bagaimana cara sekalipun. Kerna memiliki itu hal yang paling utama dalam kehidupan pujangga setia tersebut. Langkah diatur tanpa pengetahuan dan terburu-buru seakan menampakkan hasil. Namun begitu harus diingat, kertas yang renyuk walau ia putih berseri sekalipun tetap meninggalkan kesan yang mendalam.

Kisah kedua di mana ada insan yang lemah tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu menurut kata keluarga setelah difikirkan sedalam-dalamnya. Disebabkan pengalaman lampau dan faktor sekeliling dijadikan justifikasi akan keputusan tersebut. Tiada daya untuk dipertahankan akan sebuah rasa juga tersepit di tengah-tengah keadaan yang menghimpit. Begitu banyak persoalan yang perlu dijawab dalam satu masa yang sama.

Ada juga insan yang melihat dunia dari sudut pandang dia sahaja. Dia juga melihat dunia itu berpaksi kepada dia sahaja tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan yang diambil. Apa yang difikir hanya lah demi kebahagiaan sesiapa pun perlu melalui penerimaan dia. "your acceptance are nothing for me right now" itu cukup mengguris jiwa dilapangkan akal dan hati untuk difikirkan.

Ada insan melihat masa itu menjamin segalanya, kurangnya dominasi itu memberikan kelebihan kepada lawan empunya. Sungguh jika disalahkan apakah dunia ini adil untuk kita? kelak masih wujud entiti seperti ini yang sering melihat sesuatu dari sudut pandang "aku yang harus berkuasa" sehingga tiada toleransi sedikitpun dibuka.

dan masih ada insan yang mampu menerima berita dalam kekalutan walaupun amat mengejutkan. insan yang sudah bersedia akan sebarang kemungkinan namun tidak pernah menduga bahawa secepat ini ia terjadi. Begitulah rencana Tuhan, setiap yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya. Cuma sebagai insan kita perlu melihat dan mencari akan hikmah tersebut. Insan yang memperjuangkan akan sebuah hubungan, melihat hubungan dalam kaca mata holistik, melihat kehadiran mempunyai pelbagai peranan. akhirnya perlu melihat dalam satu sudut pandang yang sangat berbeza daripada kebiasaan.

Dalam keadaan dan melihat sesuatu yang terjadi dalam apa jua bentuk sekalipun, kebergantungan kepada DIA sangat diperlukan dalam apa keadaan sekalipun. Ada insan yang bersyukur walaupun pelbagai ujian menimpa, dalam setiap inci ruang masa ditenangkan jiwa kerna insan percaya akan rahmat Tuhan itu tidak pernah putus.

Insan yang dulu sering mempersoal "tidakkah ada cara lebih baik kepada sebuah perpisahan?" Diberikan jawapan yang tepat iaitu "ini salah satu perpisahan yang kau tak pernah jangka"

Sepertinya alunan Berpisah Tanpa Rela. Begitu lah keadaan ketika ini. Lebih ralat apabila ia melibatkan ketidakrelaan dua pihak.

Begitu indah rencana Tuhan.dalam keadaan sebegini doa dipanjat agar dipermudahkan segala urusan. kerna sesuatu hal yang terjadi itu adalah yang terbaik untuk kita.

Aku juga diajar bahawa

"masa menjamin segalanya"

Selepas tiga tahun dahulu aku telahpun diajar bahawa

"masa bukanlah suatu jaminan"

Bersyukur kerna aku amat bertuah berpeluang berada di dalam kedua-dua keadaan. Alhamdulillah.

Kelak sikit hari lagi yang manis akan menjelma

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...