Fellow Friends

23 August 2018

Pengorbanan

Assalamualaikum wbt. readers sekalian. Silent readers to be exact. Sebelum pergi lebih jauh aku personally nak ucap terima kasih dekat kau, ya kau! Sebab sudi lagi menjenguk blog aku yang serupa rumah tinggal. Aku sangat hargai kerana masih ada insan yang sudi untuk ambil tahu dan ambil maklum tentang kehidupan aku dari satu sudut yang berbeza. "Sisi gelap" aku dalam dunia penulisan.

Aku juga ucapkan Salam Aidiladha kepada semua! Maaf zahir batin di atas keterlanjuran aku selama ini termasuklah posting yang deep nokharom tak paham. Aku sendiri bila baca balik pun boleh lost sesat di lautan. Kelaut apa aku tulis ni. Hahaha

Harini seperti Raya yang sudah. Selesai Solat Sunat, balik menjamu selera Nasi Lemak Pandan Sambal Sotong. Haaa amekkau. Kemudian siap-siap menjalankan tugas. Cuaca hari ini juga cukup santai. Hujan sepanjang masa juga sewaktu menjalankan urusan korban. Alhamdulillah selesai sebelum zohor dua ekor lembu selamat. Alhamdulillah. Dan aku juga punya berita kurang enak pada hari kemenangan ini. Aku ada triggered something related to issue yang tak selesai. Harapnya lepas ni selesai lah InsyaAllah.

Cerita pasal pengorbanan ini menarik aku untuk terus stay up menaip dan mengarang sesuatu pada posting kali ini. Pengorbanan membawa maksud kau sanggup kehilangan sesuatu yang sangat berharga demi kepentingan lain. Contoh mudah kau sanggup korbankan masa tidur untuk menjalankan aktiviti harian. Begitulah secara ringkas.

Aku cuba garapkan sebuah kisah berkaitan pengorbanan. Jika dahulu aku bercerita tentang Jay. Kali ini aku selesa untuk gunakan nama John. John secara kasar dilihat sebagai seorang yang boleh diharap, ada masa depan dan mampu pergi lebih jauh daripada apa yang dia capai sekarang. John juga seorang yang mudah berinteraksi dengan rakan yang lain. Dalam pada itu, John sayu dan kesepian. Setelah bertahun menutup pintu hati, tak semena dan tak diduga John diperkenalkan dengan satu bidadari kayangan, Aida. Dipendekkan cerita, John menggangap Aida lebih daripada seorang teman rapat. Aida juga mempunyai perasaan yang sama. John mengambil keputusan untuk memperkenalkan diri dia kepada keluarga Aida dan sebaliknya. Semua disangka berjalan dengan lancar dan indah, satu keadaan yang tak diduga menerpa ke jendela keindahan tersebut. Kekasih lama Aida muncul untuk mengambil semula cinta Aida. Sedangkan Aida sudah berjaya melupakan X, X masih tidak mahu berputus asa. Sedang dalam kekalutan antara Aida dan X, John cuba membantu sedaya mampu. Namun John tahu akan perasaannya dan juga Aida sendiri yang sudah boleh menerima ketentuan. X yang pada aku terlalu bijak telah mengambil jalan mudah dengan menggunakan titik kelemahan Aida, iaitu keluarga. Tanpa berselindung Aida tidak mampu melawan kehendak keluarga apatah lagi memberikan pandangan. Akhirnya Aida tersepit di tengah-tengah. Seakan gila dibuatnya John yang terpaksa menghadapi situasi yang amat getir seperti itu. John dan Aida cuba mempertahankan cinta mereka. Namun X lebih memiliki peluang dan ruang sehingga dapat merebut hati keluarga telebih dahulu. Ya kuasa wang, kuasa pujukan. Sampai satu tahap dirasakan wang itu mampu memberi segalanya. Dan tanpa kerelaan Aida terpaksa menerima ketentuan takdirnya. John yang separuh gila cuba menjadi rasional terhadap apa yang telah berlaku.

Secara ringkas cerita ini menarik perhatian aku bahawa setiap apa yang terjadi memerlukan pengorbanan. Aida terpaksa korbankan perasaan dia demi kebahagiaan keluarga demi memuaskan hati keluarga walaupun dirinya sebaliknya. Berbalik kepada soal taat, ada benarnya. Jika Aida mengambil keputusan untuk membelakangkan keluarga, adakah tindakan yang dilakukan tersebut mampu beri dia bahagia? walaupun hidup bersama John? Masih menjadi persoalan. Aida juga berkorban akan sebuah bahagia yang effortless. Itu yang mahal untuk dilepaskan.

Pengorbanan daripada John pula lebih kepada pengorbanan jiwa. John terpaksa dalam rela melepaskan sang puteri kayangan yang diidamkan selama ini. John juga terpaksa menghadapi hari-hari tanpa lagi keindahan Aida.

X juga mempunyai pengorbanan tersendiri. X cenderung berkorban dari segi kewangan untuk berjaya menambat hati keluarga Aida demi meneruskan hubungan yang telah terputus sekian lama.

Begitulah kisah ringkas pengorbanan. Aku juga sedang berkorban. Korbankan masa tidur aku untuk mengisi posting ini. Aku juga korbankan masa-masa aku untuk memikirkan apa yang dikorbankan oleh setiap orang dalam cerita ini. Dan akhir sekali pengorbanan yang terhebat adalah pengorbanan sahabat yang sudi mendengar dan mengeluarkan idea kreatif seperti ini demi sebuah posting di hari raya korban. HA HA HA. Thanks Naddy.


Akhir kata, semoga semua bahagia hendaknya. Percayalah dengan setiap pengorbanan yang dilakukan akan dilihat dan dibalas dengan yang setimpal di kemudian hari. InsyaAllah.


*alhamdulillah posting serba ringkas dan loose berjaya dihasilkan. so tak perlu pecah otak karang dan cari idea. hahaha.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...