Kehidupan...
Suatu garisan halus mencantumkan semuanya
Ada yang melihat akan ranjaunya
Seperti tiada kesudahan
Ada yang kukuh pandangannya
Ibarat masa di antara azan iqamat
Sehingga disolatkan
Betapa singkatnya
Itulah yang dinamakan kehidupan
Setiap daripada kita
Punya intepretasi membezakan yang cukup berbeza
Ada yang menganggap kehidupan sebuah perlumbaan
Langkahmu yang tidak tegak
Bisa merencatkan perjalananmu
Namun ada yang menganggap
Sumbangnya langkah adalah lebih baik
Kerana dalam sumbang itu ada pengajaran yang diperoleh
Akhirnya, intepretasi juga yang membezakan
Kehidupan dilayani sebagai satu perlumbaan
Akhirnya memenatkan
Kerna apa?
Setiap orang punya acara yang berbeza
Masakan boleh disamakan
Kalau dah garis mulanya sudah berbeza
Sedarlah wahai insan
Perlumbaan hanya terjadi
Di antara kemahuan dan juga keinginan dalam diri sendiri
Kehidupan...
Pasang surutnya silih berganti
Pernah diceritakan gayanya juga persis roda
Suatu ketika megah di atas sana
Melihat sekeliling hanya dengan anak mata
Nampak terus kecilnya dunia
Ditakdirkan sampai masa dan ketika
Terjelupuk jatuh berada di bawah sini
Lamunan terjaga kembali ke alam realiti
Oh ini kah dunia? Luas sekali "hamparannya"
Oh itu dan Oh ini, bicara sepi di ruang hati
Mengharapkan dapat melegakan perasaan sendiri
Kehidupan bergerak di atas garis halus
Memisahkan di antara dua sempadan
Jalan yang dipilih atau jalan yang diatur
Sudah menjadi resmi insan
Adakala jalan disusun diatur rapi
Mengharapkan tuah firasat ilahi
Agar mampu berjalan melintasi
Penuh tenang di antara dua sempadan ini
Garis horizontal ini juga berpaksi realiti
Memisahkan di antara masa lampau dan masa mendatang
Tertanya seperti yang dikhabarkan
Satu garisan mencantumkan semuanya, malah untuk segalanya
Falsafah kehidupan...
Diukir dalam kata...
Buat pedoman jiwa-jiwa yang membaca
Salam
22 Julai 2019
10:18 a.m
Hujan gerimis, mentari masih malu untuk menjelmakan diri
0 comments:
Post a Comment