Fellow Friends

21 June 2019

Selamat Berehat untuk Selamanya

Assalamualaikum wbt. Morning guys. Have a great day!

Salam jumaat juga buat semua. Hari ini aku terpanggil untuk menaikkan satu posting yang pada aku dia sangat deserved this dedication. Dedikasi ini buat seorang wanita yang aku kenal awal tahun ini kira-kira beberapa bulan yang lepas. Miss Eva. Aku kenal as a stranger kemudian kami berkenalan dengan lebih lanjut. Aku mula selesa dengan dia. Kemungkinan faktor masa dan situasi juga memainkan peranan ketika itu. Namun lama kelamaan aku dapat rasakan yang keakraban itu menjangkau ke level yang lain. Aku ambil keputusan untuk letakkan gap. Satu: bimbang dia tersentuh hatinya disebabkan fragile nya ketika itu menghadapi pelbagai situasi. Dua: bimbang tentang diri aku sendiri yg mungkin akan menganggap dia sekadar galang ganti untuk cerita-cerita yang lepas. Aku belum bersedia untuk ke fasa yang lain. Penat untuk start over dan sebagainya.

Kami berhubung secara kerap dua tiga hari sekali. Bertanyakan perjalanan harian dan sebagainya. Dia juga tahu akan aktiviti harian aku. Dipendekkan cerita, masuk Ramadan yang lepas, dia insisted untuk ikut berpuasa. Aku sejujurnya tidak gemar walaupun daripada awal perkenalan dia kerap bertanyakan tentang Islam kepada aku. Aku pun bantu sekadar yang mampu. Reason aku untuk tak bagi dia puasa adalah disebabkan ia bukan menjadi kewajiban untuk dia. Reason yang kedua aku takut dia sakit sedangkan dalam Islam tu sendiri tak membenarkan manusia memudaratkan diri sendiri. Kemudian dia ambil keputusan untuk breakfast ringkas as a sahur apabila sampai di pejabat, kemudian makan berat apabila pulang dari kerja. Alhamdulillah seminggu berlalu dengan jaya, sokongan moral aku berikan. Masuk minggu kedua dia kata dia penat. Jadi aku minta dia kalau lapar terus saja makan. Dia mampu bertahan. Katanya dia minum air saja sepanjang hari kemudian kalau lapar sangat baru makan. Ramadan berlalu dengan kenangan-kenangan itu. Sampai hujung ramadan nak masuk raya kami bertukar cerita tentang pengalaman raya dan sebagainya. Dia perlu bekerja seperti biasa kerana cuti 2 hari sahaja. Manakala aku pula ceritakan perancangan raya aku bersama keluarga. Tanggal 27 May 2019 kami buat pertama kali on the phone dan ketika itu juga la kali pertama aku dengar suaranya.

Seterusnya masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Selesai raya, aku mula kerja dan uruskan pendaftaran pelajar baru which is weekend lepas. Hari Sabtu aku sibuk dengan pendaftaran pelajar. Hari Ahad aku uruskan orientasi pelajar. Ahad malam baru berkesempatan untuk text dan bertanyakan khabar seperti kebiasaan. Dia juga busy dengan training dan sebagainya. Hari Isnin aku masuk ke pejabat seperti biasa. Hari pertama para pelajar dan aku juga sibuk ke sana ke sini atas pelbagai urusan. Hari tu juga aku decide untuk amek off day pada keesokan harinya. Jadi lepas kerja aku pulang untuk ke tuisyen pula. Kebiasaannya dia sudah maklum yang setiap isnin aku ada tuition. Hari tersebut berlalu begitu sahaja. Seterusnya keesokan harinya aku ada di rumah, uruskan kerja rumah dan sedikit melakukan pembersihan kereta. Around jam 12 tengah hari begitu aku teringat akan dia dan aku pun seperti kebiasaan akan wish "Happy working!". Kemudian aku sambung kerja mengemas seperti biasa. Selang beberapa jam, aku terima reply daripada dia....


Waktu seakan berhenti, tergamam aku. Segala aktiviti berhenti. Ini yang pertama kali terjadi dalam hidup aku berhadapan dengan situasi begini. Kosong fikiran aku ketika membaca reply ini. Aku juga masih gagahkan diri untuk terima semua ini. Ya, walaupun kami tidak kerap berhubung akhir-akhir ini, namun pada aku setiap insan yang hadir dalam hidup aku punya makna yang tersendiri. Dia muncul sewaktu aku tengah struggle untuk terima dan faham keadaan aku ketika itu. Kenal dan mula rapat kemudian ada gap disebabkan risau akan hati dan disebabkan komitmen kerja menjarakkan kami. Sekejap saja perkenalan kita ini. Hilang yang pada aku terus bersama titik noktah. Aku dapatkan maklumat daripada saudara terdekat dia melalui FB mengatakan dia kemalangan disebabkan lori terbabas. Meninggal pula di hospital pada Isnin pagi around 10 pagi.

Hikmah yang besar aku peroleh daripada pengalaman tragis ini adalah, kau takkan tahu orang yg selama ni kau rapat akan pergi tanpa kau duga pun. Jadi jangan sesekali take for granted setiap apa yang lalu di hadapan kau. Aku juga bersyukur kerana kehilangan sebelum sebelum ini walaupun nyata ia hilang daripada genggaman namun aku masih boleh dan cuba ketahui keberadaan insan-insan ini. Sekurang-kurangnya tahu yang mereka masih wujud dan bahagia dengan kehidupan masing-masing. Aku pun turut gembira atas kebahagiaan mereka. Somehow, selepas beberapa siri perkenalan ini, aku jadi sedikit takut untuk melangkah ke hadapan dan berbicara soal ini lagi di masa hadapan. Takut akan kehilangan tersebut walaupun kita setiap manusia sedia maklum bahawa setiap yang bernyawa itu akan pergi jua. Masa dan ketika membataskan kita untuk mengetahui nya. Semoga semuanya tabah dengan ujian yang dihadapi ini.

Buat mendiang Eva, terima kasih untuk semua sharing, gelak tawa mengisi kekosongan, kelapangan suatu ketika dahulu, kenangan dan sebagainya. Hadirmu walau seketika cukup memberikan makna. Banyak benda positif yang kau sampaikan walaupun kau sendiri sedang mengalami derita pelbagai situasi. Mungkin dari sudut yang lain, ini jalan rehat yg kau impikan walaupun sekejap ini sahaja perkenalan kita. Buat keluarga Eva dan rakan-rakan terdekat, salam takziah aku ucapkan dan semoga tabah menghadapi saat-saat sukar ini. Stay strong!

Rest in peace my friend! Eva Chew 17th June 2019, Yes! you totally deserved this posting! Walaupun kenyataan sukar bahawa kau tak berkesempatan untuk baca posting ini. Semoga kisah ini terus abadi di ruangan ini. Sekian. Selamat berehat.... untuk selamanya.

21/6/2019 10:05 a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...