Fellow Friends

05 January 2020

Selamat Datang 2020 - Recap Sedekad

Allahu Allahu Allahu Allahuakbar. Assalamualaikum wbt. dan Salam 2020. Sudah menjangkau ke permulaan dekad baharu untuk kita semua. Dari 2010 bawa ke 2019 macam-macam hal yang pastinya dah dilalui oleh semua orang. Termasuklah aku jugak. Di kesempatan itu aku dah buat recap kat social media aku pda 31 Disember yang lepas.

Recap punya recap sedar tak sedar sepanjang 10 tahun perjalanan hidup aku macam-macam dah aku kecapi. Kadang tu aku tak perasan langsung pun. Jadi dengan recap tersebut membantu aku untuk bersyukur dengan apa ada nya. Alhamdulillah.

Aku taknak recap panjang pun kat sini. Cukup lah sekadar ringkasan. 2010 aku mengenang beberapa event dalam hidup aku which is PLKN dan KMS. In fact Profile picture ini pun gambar tahun 2010. 10 tahun lepas. Dan tak silap aku blog ni pun dimulakan pada 2010. Genap sudah 10 tahun blog ini wujud. Pelbagai kisah pelbagai peristiwa dah tercatat dalam lembaran putih maya ni. Allahu. Kadang tu ada jugak masa free aku scroll balik cerita-cerita dalam ni. So far alhamdulillah masih direzekikan dan dikurniakan ingatan yang jitu untuk ingat segala peristiwa dalam ni. Hehe.

Bawak ke 2011 - 2015 aku menjalani kehidupan sebagai mahasiswa masa degree dulu. Macam-macam hal time degree dulu dan yang aku suka utk higlight which is aku tak highlight pun masa share moment dekat social media tu dulu adalah pengalaman aku "blank" hilang arah tuju. Semua disebabkan final year project aku disampahkan. Akhirnya aku dapat D. Tak silap aku, aku pernah catat benda ni dulu kat blog ni. Aku pun dah lupa. Tapi itu antara kenangan pedih dalam hidup aku. Alhamdulillah I'm survived.

Bawa pula ke kehidupan pasca-degree - 2016. Terdapat dua jalan masa tu yang aku kena pilih. Jalan satu adalah fokus pada kerjaya. Kebetulan masa tu aku dapat tawaran temuduga untuk jawatan yang aku sandang ketika ini. Disebalik itu juga terdapat Jalan Dua which is fokus kepada personal gain & pengharapan keluarga utk aku teruskan pengajian. Jalannya cukup mudah. Jika aku pilih jalan 1, aku end up akan gamble sama ada dapat jawatant tersebut atau tidak. Jika tidak aku pada ketika itu semestinya akan ke industri seterusnya kumpul duit kawen la kot masa tu. Jadi pilihan kedua yang dipilih demi memenuhi permintaan keluarga dan diri aku sendiri yang memang ada target kenapa aku perlu sambung ke master degree. Maka berlaku lah konflik di mana aku perlu korbankan beberapa perkara yang pada ketika itu agak besar untuk diri aku demi sebuah perkara yang belum pasti masa depannya. Maka bermulalah perjalanan seorang anak muda meniti perjalanan post-graduate.

2016-2018 banyak berkisar kepada kehidupan post-grad. Perjalanan yang sunyi dan penuh onak duri. Sesekali alhamdulillah rakan-rakan rapat menyapa dan menemani. Perjalanan ini juga menemukan aku kepada dua bidadari yang pada aku memberikan inspirasi dan semangat untuk aku terus berjalan dan melangkah. Bidadari yang pertama persis bidadari kayangan yang mana aku sendiri tak sedar akan kehadirannya. Ya sampai sekarang aku tak pernah bertemu beliau. Aku doakan semoga urusan beliau dipermudahkan untuk 2020 ini dan akan datang. Dia juga hadir untuk memberikan semangat. Mungkin nasib dia sedikit berbeza. Beliau tidak dapat meneruskan pengajian dalam bidang beliau ceburi. Namun aku tahu beliau ini pasti menjadi seorang yang amat berjaya dalam apa yang beliau lakukan. Aku percaya itu walaupun tidak pernah ketemu. Seterusnya di penghujung kehidupan postgrad aku ditemukan dengan seorang lagi bidadari yang aku sendiri pun tak sangka akan sejauh itu perkenalan yang membawa secebis harapan. Namun takdir Tuhan tidak dapat disangkal. Perkenalan singkat yang bermakna dan signifikan dalam hidup aku berakhir dengan perkara yang aku sendiri tidak jangka. It's okay. Semua dah pun berlalu. Masing-masing sudah punya jalan hidup sendiri. Aku doakan beliau sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan termasuk insan-insan disekeliling beliau. Terima kasih atas kehadiran yang singkat namun cukup bermakna.

2018 - Tahun yang sangat sukar untuk aku. Antara tahun yang boleh aku katakan paling flop dalam sedekad ini. Walaupun ada yang melihat nombor 8 tu ada ong tapi tidak pada aku. Pelbagai ranjau yang aku kena hadap pada tahun tersebut. Struggle untuk stabilkan hidup dengan cari kerja dan sebagainya. Namun aku bersyukur dengan 2018 yang aku lalui. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara memberikan impak kepada kehidupan aku. Walaupun flop aku tetap bersyukur dikurniakan pengalaman pada tahun tersebut. Sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada aku agar usah sombong dengan apa yang aku kecapi. Sebab tak semua orang pun akan menghargai apa yang kita capai.

Ditutup dekat ini dengan kenangan yang indah. Tahun 2019 ibarat memberikan sinar baharu kepada kehidupan aku. Alhamdulillah. Dalam kesusahan mencari pekerjaan aku direzekikan untuk dapat kerja yang aku idamkan. Alhamdulillah. Dalam keadaan tu juga aku dikurnikan rakan sekerja yang sangat membantu aku untuk menyesuaikan diri. Alhamdulillah. 2019 mengajar aku walaupun sesukar mana perjalanan kita. Percaya lah akan hari esok yang lebih membahagiakan. Ibarat hujan ribut dan taufan melanda, pasti setelah reda semua mentari tetap akan muncul jua. Allahu. 2019 memberikan kenangan paling manis dalam hidup aku. Dalam perjalanan tersebut juga aku diperkenalkan dengan seorang insan yang entah dari mana muncul dan berlalu dalam tahun yang sama. Jelas membuka mata aku. Deepest condolences kepada mendiang. Seterusnya pertemuan aku dengan seseorang yang aku tak duga. Daripada perasaan yang biasa wujud rasa yang berbeza. Aku tak mampu ulas panjang hal ini sebab aku sendiri pun masih tak berani. Cukup dulu pada aku. Cukup sampai situ sahaja usaha aku. Bukan tidak mahu meneruskan, kelak bimbang apa-apa yang jadi pada masa akan datang. Ada yang melihat aku seorang optimis, namun bila bicara soal hati, aku rasa cukup lah setakat ini dahulu. Sabar dan terus sabar. Dalam sabar aku kejar apa yang aku impikan terlebih dahulu.

Penghujung 2019 dan awal 2020 ini juga adalah rezeki paling bertuah untuk aku. Semacam sudah tidak ada harapan, aku kemudian direzekikan untuk mengisi position yang selama ini aku impikan dan mungkin impian insan-insan lain. Aku tahu, pada awal aku melihat ia sebuah pengakhiran dalam mengejar dunia. Namun untuk 2020, aku rasakan ini baru sahaja permulaan untuk aku. Akan tetapi bukan sahaja dunia yang perlu dikejar. Banyak lagi benda lain yang aku perlu kerja. Yang pertamanya adalah adjustment. Itu yang paling mustahak ketika ini.

Secara rumusannya, setelah sepuluh tahun berlalu pelbagai rencah kehidupan. Terdetik dalam diri. Selama sepuluh tahun ini adalah madrasah untuk aku. DIA sediakan aku untuk tempuh 2020 yang mencabar ini dengan tanggungjawab yang baru suasana yang baru dan budaya kerja yang baru. I've been prepared for this. Sungguh aku terkejut namun bila difikirkan kembali, segala kesakitan yang aku lalui selama ini adalah persediaan untuk aku pada hari ini. Terima kasih Tuhan! Dan akhir sekali. semoga kita sama-sama dipermudahkan urusan pada masa akan datang dan untuk dekad seterusnya.

Tutup salam bersama secawan green tea sang ubat penenang dan ubat rehat.


5 Januari 2020
1:26 a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...