Fellow Friends

09 February 2020

Kembara Cinta Jay

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah masih diberikan masa dan ruang untuk meneruskan kisah Jay. Pada awalnya aku menjangkakan kisah Jay akan tamat pada trilogi dua tahun yang lalu. Dalam dua tahun ini juga aku cuba ungkapkan kisah perjalanan kembara cinta Jay dalam nada dan ayat yang seringkas mungkin. Aku sendiri dah mula rasa yang aku semakin tidak puitis. Entah apa yang dah jadi aku sendiri pun taktahu. Mungkin disebabkan terlalu banyak komitmen semasa. Atau mungkin juga sudah tawar hati untuk berpuitis. Aku sendiri boleh katakan tulisan atau cerita yang paling puitis aku pernah tulis adalah Dedikasi buat Nadia si Persis Bidadari Kayangan. Lepas tu aku mula perlahan-lahan hilang kata-kata. Tapi kali ini lebih mengejutkan. Selepas dua tahun aku tak expect pun akan berbicara soal Jay lagi. Watak fiksyen yang sedikit sebanyak mengambil beberapa inspirasi. So kali ini aku cuba share kisah Kembara Cinta Jay.

...

"what is the saddest thing someone has ever said to you?"
Me: I love you but I know I am not the one for you


Hari berganti hari, bulan berganti purnama. Hari-hari yang mendatang adalah seperti biasa. Kadang ada masa suka dan juga ada ketikanya duka, tetap silih berganti. Jay meneruskan kembaranya untuk mencari jawapan kepada siapa yang bakal menghuni jiwa sanubari beliau. Dunia seakan gelap gelita seketika dan semacam tiada langsung pengharapan yang jelas tentang hal ini. Namun begitu Jay dialihkan perhatian kepada perkara-perkara yang indah lainnya. Meniti tahun pertama, Jay direzekikan untuk berkhidmat di sebuah institusi dan bermula perjalanan Jay di sana. Lebih ironinya, tempat tersebut juga pernah meninggalkan kenangan di antara Jay dengan salah seorang daripada cerita beliau. Setiap hari Jay pasti akan terkenangkan suasana tersebut tatkala melihat beberapa tempat dan perkara signifikan terhadap seseorang. Siapa? Aku tak berminat untuk nyatakan di sini. Biarlah ia menjadi teka teki.

Jay juga meniti hari-hari mendatang tanpa meletakkan apa-apa target berkenaan hubungan dan perasaan. Pada ketika itu apa yang difikirkan hanyalah survival kehidupan sendiri. Pergi kerja, pulang, makan, tonton Netflix, tidur. Itulah rutin harian Jay. Kadang kala menghabiskan masa bersama teman-teman sedikit sebanyak menjadi escapisme buat Jay daripada memikirkan nasib diri yang menimpa terutama berkaitan hal cinta. Selang beberapa purnama Jay ditemukan dengan seorang gadis yang istimewa. Namun perkenalan mereka hanya berkisar di media sosial dan tidak serius. Malah lebih menyedihkan terdapat hal yang tidak terduga telah terjadi kepada insan tersebut. Aku juga tidak berminat untuk ceritakan. Signifikan. Namun tidak mahu mengulas lanjut. Seterusnya dalam meniti hari-hari Jay juga dipertemukan dengan seorang gadis. Ya gadis. Yang selama ini Jay tidak pernah terfikir untuk wujud lagi satu perasaan yang bermula dengan suka namun semakin lama rasa itu makin bercambah sehingga terbitnya rasa kasih dan sayang.

Gadis ini dinamakan sebagai Cik Pisau. Kenapa Cik Pisau? Gadis tersebut mencari rezeki di sebuah kedai makanan dan minuman kenalan Jay - Gee. Pada mulanya Jay cuba gagahkan diri untuk mendekati. Malang sekali komunikasi agak terhad. Pada ketika mengetahui keberadaan Cik Pisau di situ, Jay sedang mengalami satu pertemuran hebat di antara perasaan beliau dan keadaan semasa. Perasaan membuak-buak untuk terus berkenalan rapat dengan beliau. Namun dibataskan dengan keadaan semasa Jay yang pada ketika itu terdapat pelbagai masalah yang dihadapi seterusnya membataskan Jay untuk mengorak langkah. Jay punya sikit waktu sahaja berbaki disebabkan Jay dipindahkan kerja ke cawangan lain. Misi seakan makin mustahil. Dalam masa yang sama Cik Pisau juga agak susah untuk dihubungi. Kerana apa? Cik Pisau tidak memiliki handphone? Pheww ini sungguh klasik. Masakan pada tahun 2019 masih ada manusia yang tidak memiliki handphone? Sungguh klasik. Dipendekkan cerita. Malam sebelum keesokan harinya Jay bakal berangkat untuk ke tempat baru, Jay dikurniakan peluang dan ruang untuk menjemput Cik Pisau pulang selepas habis waktu kerja. Jay menganggap itu merupakan peluang mungkin yang terakhir untuk ada bersama-sama Cik Pisau. Jay berbelah bahagi sama ada perasaan yang dirasakan ketika itu adalah real atau hanyalah sekadar perasaan suka-suka. Jay amat buntu ketika itu. Namun digagahkan jua. Alhamdulillah Jay dan Cik Pisau dapat satu moment yang indah bersama walaupun hanya berada dalam kereta dan berborak sepanjang perjalanan. Jay merasakan satu perasaan yang seronok. Sebabnya cukup mudah, Jay suka akan conversation yang tenang penuh gelak tawa. Jay juga sedikit sebanyak rindu akan moment tersebut. Namun begitu Jay tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kelak dirisaukan akan terjadi lagi cerita-cerita yang lama. Maka tamatlah malam indah tersebut. Sebelum Jay bergerak pulang, Jay hadiahkan seutas jam tangan sebagai tanda kenangan Jay buat Cik Pisau.

Jay meneruskan hari-hari seperti biasa. Di tempat baru, suasana dan persekitaran juga baru. Sedikit sebanyak Jay tertekan dengan keadaan itu. Proses adaptasi juga memerlukan sedikit masa. Namun apa yang mengujakan? Jay kerap kali teringat akan Cik Pisau. Daripada teringat wujud satu persoalan apa khabar beliau? dan akhirnya jawapan itu dijawab sendiri oleh Jay "insyaAllah takde apa-apa. Baik-baik aja tu". Namun dalam kesenduan Jay amat berharap dapat mengetahui khabar berita daripada Cik Pisau. Jay seringkali mengenangkan moment malam tersebut sewaktu ingin melelapkan mata. Itu sahaja moment yang ada pada ketika itu. Sungguh ajaib. Moment itu juga membantu Jay untuk terus tenang. Daripada tiada perasaan, wujud kepada satu rasa, kemudian suka sebelum bercambah rasa kasih tersebut. Semakin hari semakin memberontak jiwa Jay. Akhirnya Jay buat satu keputusan. Selang seminggu daripada pertemuan terakhir, Jay mengambil keputusan untuk membuat kejutan dengan menghantar Choc Bouquet kepada Cik Pisau. Allahu. Perasaan pada ketika itu amatlah membuak-buak mengharapkan respon balas daripada beliau. Namun hampa. Tak apa Jay masih optimis.

Dipendekkan cerita Jay dapat peluang untuk cuti. Jay bergegas balik ke kampung. Antara motivasi yang menguatkan Jay selain daripada bertemu keluarga adalah untuk bertemu Cik Pisau. Pada ketika itu Jay juga telah berpeluang untuk menghubungi Cik Pisau disebabkan Cik Pisau sudah mula memiliki phone hasil kerja membanting keringat di kedai tersebut. Namun perbualan antara mereka berdua agak terhad, masing-masing punya peranan harian tersendiri. Sebelum pulang Jay telah bercadang untuk membuat satu lagi kejutan yang sama namun melalui diri Jay sendiri. Jay sendiri yang ingin menghantar bunga coklat tersebut. Diusahakan untuk mencari masa dan ruang agar tidak mengganggu Cik Pisau. Namun begitu Cik Pisau tidak memberikan respon yang positif malah Cik Pisau menyuarakan isi hati untuk tidak ingin bertemu Jay lagi. Ya, Jay seorang yang degil. Kalau diikutkan kisah lalu, Jay akan cuba sedaya upaya untuk jalan terus tanpa pedulikan hal lain. Namun disebabkan masa lalu juga membuatkan Jay berfikir sejenak sama ada untuk terus ikut kata hati atau memberikan ruang yang diinginkan oleh Cik Pisau. Akhirnya dengan perasaan hampa Jay hanya meninggalkan sahaja bunga tersebut kepada rakan Cik Pisau dan berlalu pergi. Ya. Jay tidak seperti dahulu. Seorang yang dulunya langgar apa sahaja demi mengejar cintanya. Kini lebih tenang dan waras untuk membuat segala pertimbangan. Alasan Jay cukup mudah, tak salah untuk menghormati apa yang dihajatkan oleh Cik Pisau.

Takdir juga merezekikan mereka bertemu sekali lagi untuk Jay dapat menghargai moment indah sekali lagi bersama Cik Pisau. Jay sedikit sebanyak merasakan hatinya kembali berbunga namun masih tidak berani untuk meletakkan apa-apa harapan. Pengalaman lampau banyak mengajar Jay. Jay juga masih tidak patah semangat untuk terus cuba memberikan perasaan beliau kepada Cik Pisau. Alasan Jay cukup ringkas, Jay berasa, untuk bersama-sama dengan Cik Pisau berdasarkan moment-moment yang ada cukup untuk Jay berasa selesa walaupun Jay tahu Cik Pisau tidak mempunyai nilai dan rasa yang setara dengan Jay. Jay masih tidak berputus asa. Begitulah sikap Jay. Gila-gila dalam mengejar cinta. Ya, walaupun berkali-kali terluka akibat cinta. Namun masih tidak patah semangatnya cuba untuk mengejar dan terus mengejar.

Sampai lah satu keadaan yang paling digeruni oleh Jay. Terputus hubungan beliau dengan Cik Pisau. Kemungkinan Cik Pisau masih lagi dengan flipflop nya ataupun sudah jelas tentang pendiriannya. Jay tidak tahu. Jay tak diberikan apa-apa penjelasan tentang hal itu. Ya sakit memang sakit, tertanya-tanya pun ya. Tapi apakan daya, semua itu diluar kawalan Jay. Jay hanya mampu mendoakan kesejahteraan Cik Pisau untuk menjalani hari-hari. Jay pula? Ahh, setiap hari dikenangkan akan nasib kisah cintanya. Entah bila akan berakhir kembara ini. Jay sendiri pun tak pasti. Jay berpegang kepada satu hal; selagi ada kudrat selagi mampu wujud rasa, Jay akan terus optimis. Walaupun terlalu banyak perbezaan, Jay seboleh-bolehnya akan cuba mencari persamaan di antara kedua-dua.

Sampai satu keadaan, Jay bertanya kepada diri sendiri; Apakah aku tidak layak untuk dihadirkan rasa tersebut? Atau perasaan yang hadir selama ini hanyalah ilusi semata? Tidak tahu. Tak ketemu jawapan.

Jauh di sudut hati, Jay amat susah untuk menghadirkan rasa yang sama, cuba untuk positif daripada setiap kisah yang jadi. Ya, terdapat satu garis yang sangat halus... di antara optimis, memberi hati kepada insan yang dirasakan sesuai... dengan kebodohan yang berulang. Jay tak pasti beliau berada di tengah-tengah garisan tersebut atau di antara salah satu ruang.

Begitulah kecelaruan perjalanan kisah kembara Jay. Namun jauh di sudut hati, Jay masih mengharapkan ada secebis sinar pengharapan di antara Jay dan Cik Pisau. Bukan mudah untuk meletakkan satu perasaan, satu hati yang berbirat dan berbalut luka sebelum ini. Satu gamble untuk diletakkan hati yang berada dalam kondisi tersebut. Namun optimis itu mengatasi segalanya. Kelak Jay hanya memikirkan; "sekurang-kurangnya aku buat termampu aku meninggalkan satu kesan yang baik kepada dia".

Akhir kata, pada aku Jay bukanlah seorang yang tidak serik dengan cinta ataupun mencari cinta. Jay hanya tidak tertanggung sakitnya bila rasa yang wujud tidak seperti yang beliau harapkan. Ya itu semua harapan. Ada yang memandang harapan itu amat besar. Namun ada yang melihat harapan itu menyiksakan. Aku doakan semoga Jay terus kuat untuk menghadapi kehidupan dan perjalanan. Masih ada lagi kembara cinta akan datang? Aku pun tak pasti. Sama ada Jay masih lagi akan meneruskan misi mendapatkan Cik Pisau? masih punya peluang? atau mengambil masa dan tempoh untuk bertenang? Semua tak dapat dirungkai. Biasanya, masa sahaja yang menentukan langkah yang mana satu bakal diaturkan. Apa-apa pun dengan melihat sesuatu perkara dalam bentuk dimensi hikmah, pasti membuatkan hati kita tenang. Teruskan melangkah anak muda. Salam.

* secangkir kopi menyegarkan mata, ditemani Ada Apa Dengan Cinta 2 di Netflix tanpa bunyi. Namun ditemani runut bunyi Angin Kencang & Kotak Hati. Malam yang cukup tenang. Semoga yang jauh di sana juga tenang.

How hard we fall in love with him/her does not mean we will be together - Dilan 1991

9 Februari 2020
2:30 a.m

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...