Fellow Friends

02 April 2020

Posting Sempena PKP: Edisi Bahagia

Assalamualaikum wbt. & Selamat Malam Dunia.

2 April 2020. Aku tak bercadang pun nak mengulas apa-apa dan aku juga tak bercadang untuk tulis apa-apa. Entah gerak hati saje je nak menulis kat sini. Layan emosi time Perintah Kawalan Pergerakan kali ini.

Siapa sangka 2020 ditakdirkan sebegini hebat ujian untuk ketamadunan manusia. Aku pun ada jugak tengok beberapa peristiwa lepas. Most of it setiap 100 tahun akan berlaku kes wabak ni. Last dulu 1920. Jadi pada aku benda ni malapetaka semacam blessed in disguise jugak la kot. Demi nak menyelamatkan Bumi daripada terus dicemari tangan rakus manusia. It is my personal point of view la gitu. Cuma deep down aku bersimpati terhadap mangsa dan negara-negara yang terlibat. Sedih weh. Pergi dalam keadaan anak isteri keluarga tak boleh tengok buat kali terakhir. Tahu-tahu dah ada dalam tanah je. Allahu. Kematian pertama kat Malaysia memang buat aku terkesan la since aku pun terkandas sorang-sorang di tanah asing. Adat bermusafir kan. Supposedly aku balik end of March. Setiap tahun pun March pada aku it is a good month untuk aku dan orang sekeliling aku. Cuma kali ini tidak seperti biasa. Sedih namun terpaksa dihadapi jua. Stay strong guys! Alhamdulillah kerana kita masih punya peluang untuk memperbaiki diri kita.

Dalam keadaan sebegini pun aku dihujani berbagai berita yang menggembirakan terjadi di sekeliling aku. Allahu seronok rasanya walaupun bukan jadi kat diri aku. Again blessed in disguise la jugak kot. Perkhabaran beberapa teman yang dah selamat jadi mak bapak, kawan-kawan yang bakal menimang cahaya mata, kawan yang bertukar profesion dan ada juga yang dah mula serious dengan business. Allahu. Mungkin kali ini Tuhan nak tunjuk kat aku yang setiap yang kita expect tu tak semestinya jadi kat diri kita. Macam aku cakap tadi, setiap tahun aku expect March will be good for me. Tapi aku lupa kebahagiaan tu juga adalah untuk orang lain. Kebahagian juga berhak untuk semua orang especially orang sekeliling aku. Sungguh aku happy bila tengok kehidupan masing-masing. Alhamdulillah aku dapat elak untuk rasa mereka melebihi aku sebab aku yakin setiap daripada kita punya rezeki berbeza-beza. Rezeki kawan-kawan dipermudahkan urusan berpasangan, berkahwin dan sebagainya. Rezeki aku pulak kat tempat lain. Begitu lah kehidupan. Aku suka untuk petik kata-kata Hamka ni, "lihat bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNya". "Tidak salah untuk meminta apa yang belum ada, akan tetapi alangkah indah jika kita terlebih dahulu bersyukur dengan apa yang kita ada". "Apa yang ada pada kita ini sudah harapan kita".

Perkhabaran gembira yang aku terima beberapa ketika ini cukup untuk membahagiakan aku. Ada di antara mereka ni adalah insan signifikan dalam hidup aku, pernah ada suatu masa dulu, pernah tersemat di hati suatu ketika dulu. Kini masing-masing dah ketemu bahagia. Allahu syukur sangat. Melihat mereka bahagia juga memberikan inspirasi kepada aku bahawa kebahagian itu hak semua, cuma kena usaha untuk cari dan dapatkanya. Jadi, aku teruskan langkah ini untuk mencari bahagia yang aku inginkan. It is okay to be late than never aite? Hihi.

 Untuk PKP pula, aku doakan kalian semoga terus tabah untuk hadapi saat-saat sukar ini. Semoga kalian terus chill pada waktu ini. Kajian pun dah bagitau akan ada side effect jugak bila stay lama-lama tak bercampur orang ni. Cuma kita bernasib baik berada dalam dunia teknologi yang mana masih boleh stay connected with each other. Aku juga bersyukur ada support system untuk aku borak dan sebagainya sewaktu jauh daripada keluarga pada ketika ini. Alhamdulillah.

Okay, aku undur diri dahulu. All the best! Stay safe and stay strong guys! All the best juga untuk semua-semua, especially yang masih mengikuti blog ini nun jauh di sana. Jaga diri kalian ;)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...