Fellow Friends

12 June 2020

Hikmah Musafir

Assalamualaikum

Semalam, esok, lebaran  akan  masih  ada,  tapi  hanya  akan  rasa  ini  lebaran  akhir  hikmah  ini  rahsia.

Diawalnya, mesejnya ada.

---

Harini hari cuti aku. Alhamdulillah masih bermusafir, masih merantau di tempat orang. Cuma aku terpanggil untuk kongsikan satu kisah yang agak menyentuh hati aku harini. Seharian aku di rumah tak ke mana. Cadangnya memang taknak keluar. Tapi memikirkan rambut yang dah berbulan dah dipotong, tergerak hati untuk ke kedai gunting rambut. Maka keluar lah sebaik selesai isyak. Aku ke ATM dulu. On the way tu nampak satu kedai gunting rambut. Aku rancang masa balik nak ke kedai tu la. Sambil order burger kat depan kedai. Setelah selesai ambil duit, bergerak aku ke sana. Ditakdirkan kedai dah tutup. Selang beberapa minit saja aku rasa. Jadi aku order burger saja. Sementara order burger aku memikirkan nak balik terus atau nak pergi cari kedai lain. Akhirnya Tuhan jentik hati aku untuk teruskan perjalanan lepas burger siap. ada dalam tiga empat kedai aku lalu. Maka berhenti aku kat satu kedai ni. Tu pun dah terlepas dalam 20 meter ke depan. Park then terus menapak. Alhamdulillah kedai kosong takde orang. Agaknya dah nak tutup. Datang sorang brader ni check suhu dan isi log book. Aku mula berbicara nak rambut macam mana dan sebagainya. Dia pun okay je. Selang beberapa minit aku cuba bertanya macam mana sepanjang PKP, buat apa je? Katanya dia terkandas di sini. Dia datang sebab cuti pesantren dia. Ke KL untuk jalan-jalan sambil kerja. Sekali PKP terkandas dia di sini. Sempat dia berjalan sampai ke Langkawi. Sekarang dah susah sebab duit dah habis, visa pun dah expired tapi tak dapat balik ke Banda Acheh sana. Walaupun dalam gagap dia banyak mulut. Aku layankan je nak tanya lebih macam struggle dia nak menjawabnya. Hahaha. Dia cerita seronok ada di Malaysia. Sekarang duduk sini dengan teman-teman, sambil kumpul duit nak buat modal balik bila PKP dah selesai nanti. Dalam masa yang sama dia juga nak habiskan kuliah di pesantren kemudian nak sambung ke bidang ijazah. Masa dah nak siap gunting tu, tinggal part shave sikit-sikit, dia mula bicara pasal keluarga dia. dia ada abang dulu, tapi abang dia hilang sampai ke hari ini; disebabkan Tsunami 2004, 16 tahun yang lepas. Allahu. Tersentak aku seketika. Diberitahu bahawa abangnya pergi ke rumah kawan-kawan masa kejadian tu, dan semua kawan-kawan abang dia turut hilang. Saudara terdekat dia juga menerima nasib yang sama. Masa tu katanya umur dia dalam 6 atau 7 tahun. Kemudian diceritakan susah dan kepayahan bangkit semula selepas Tsunami tersebut. Allahu. Hebat insan ini. Setelah selesai aku bayar upahnya dan sedikit sumbangan buat dia. Tuhan punya rencana cukup indah. Aku masih lagi mencari hikmah disebalik pertemuan tadi. Semoga antara kami juga dipermudahkan urusan masing-masing. Aku doakan juga Ali akan diberikan kemudahan supaya dia dapat pulang ke kampung halaman, dapat meneruskan kuliah dan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kelak. InsyaAllah ada rezeki kita akan bertemu lagi. Termenung kejap aku time masuk kereta tadi. Aku yang merantau tapi masih dalam negeri. Sedangkan ada yang terkandas di tanah asing. Pheww. Sekian.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...