Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera kalian semua
Harapnya semua dalam keadaan sihat. Aku di sini (UTM) sihat walafiat. Entri kali ini aku nak sentuh macam-macam perkara. Di saat kekusutan kepala otak ni la datang nafsu nak menulis.
Alhamdulillah, aku sekarang bergelar pelajar Tahun Dua. No more freshman/junior student. Setakat ini alhamdulillah jugak, so far takde masalah or tension lagi pasal course yg aku amik ni. Di kesempatan ini jugak aku ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada seorang sahabat yg baru saja melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UniMas, saudari Hani. Asmahani....gudluck ya.
Hujung minggu ni aku dengan budak kelas akan sedikit busy sebab nak uruskan program untuk student-student psycho yg baru masuk aka mahasiswa Tahun Satu. Selamat datang aku ucapkan kat depa. Program hujung minggu ni berlangsung 14-16 September. Orang semua tengah sedap cuti, jadi jangan lah terasa terbeban korang oi, aku pon tak cuti sebab nak handle program untuk korang. Moga-moga happy hendaknya. Amin.
Suka untuk aku selitkan sedikit luahan hati. Sebab tu title entri ni Tidak Bertajuk sebab macam-macam aku masukkan. Sejujurnya, aku bersyukur kepada Allah Taala sebab memakbulkan doa aku selama ini. Berkat Ramadan lepas dan jugak support daripada kawan-kawan alhamdulillah aku mampu berdiri dan sekarang ni aku masih dalam proses memimpin tangan "permaisuri" hati aku. Betul kata orang, nak seribu daya mahu seribu cara tak mau berjuta alasan keluar.
Kadang-kadang aku terfikir kenapa benda ni harus berlaku? aku sendiri pun pelik. Memang benar aku cinta, sayang dia. Tapi kenapa sukar utk aku tunjukkan dan buktikan semua tu kat dia? "Fight for what you love!". Aku pegang dgn kata-kata ni. Tapi sampai bila perlu jadi begini? Terkadang jauh di sudut hati ingin saja aku mengalah, berputus asa. Kerana aku masih belum nampak apa yang positive yg akan berlaku di masa depan. Namun, "gergasi" di dalam badan aku ini sering mengingatkan..."Dah alang-alang kau menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". YA tak dinafikan, buat kerja biar sampai habis. Tapi aku ada satu masalah, aku kalah dengan perasaan aku sendiri. Sejujurnya aku tak boleh tengok orang yg aku sayang sedih celaru serabut lebih-lebih lagi aku yg jadi penyebabnya.
Hanya Tuhan saja yg tahu apa yg ada dalam hati kecil ini. Aku biarkan kau terbang bebas mencari arah hidup hala tuju. Andai kau masih ingat jalan pulang ke sarang, maka pulanglah. aku menanti dengan penuh kesabaran. tapi janganlah pulang lagi andai sarang hati yg ditinggalkan ini sudahpun berpenghuni. Di saat itu hanya takdir Tuhan yg menceritakan segala-galanya.
InsyaAllah aku akan usahakan sedaya mampu untuk impresskan dikau sang puteri. itu merupakan ikhtiar aku yg terakhir. Andai masih sama skrip ceritanya. Hendak atau tidak aku terpaksa mengundurkan diri demi menjaga hati terutama kau yg sentiasa bermain di kotak fikiran ini.
InsyaAllah, 27 September 2012 akan kau kenang hingga ke akhir hayat. Amin
Sekian, wasalam
*maaf andai tak faham dan buang masa korang baca entri ini.sorry guys
0 comments:
Post a Comment