Fellow Friends

13 February 2014

Sikit pun jadi lah asalkan update!



Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Huihh, lama sangat duk biar belog ni menyepi. Sepanjang pemergian aku selama ni bukan sebab apa, cuma terlalu sibuk dengan urusan harian. Macam-macam kena buat sampai takde masa nak update. HAHA dicampur dengan malas pulak kan.. tu yang tinggal lama tuh.

                Okay, apa aku nak  mula dulu eh. Firstly aku nak ucap terima kasih la kat sapa-apa anonymous or follower yang terbaca o terbukak blog ni. Terima kasih sebab sudi baca. Aku sangat hargainya! THUMBS UP!

                Aku sebenarnya ada je story nak update kt sini Cuma tu lahh malas n takde masa. Alhamdulillah selesai sudah fasa pertama tahun tiga dan sekarang dah mula fasa kedua. Harapnya semua dipermudahkan lah. Aku pon harapkan yang terbaik kepada semua kawan-kawan. Good Luck. Sebab ni dah second last before kita semua tercampak kat tempat masing-masing untuk internship next year.

                Berbicara pasal praktikal nih, sedar tak sedar tinggal lagi setahun aku kat UTM. Rasa kejap je masa berlalu. Dalam 3 tahun ni macam-macam dah yang jadi. Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan, semua lah, sampai tahap harga kangkung turun pon semua orang taknak puji kerajaan dah kenapa??? :P

                Namun begitu aku dah lalui semua dan masih diberikan nafas lagi. Alhamdulillah. Rezeki dari-Nya juga bertambah. Untuk pengetahuan kalian, sem ni aku mulakan satu bisnes baru dengan classmate aku. Delivery service. Yang mana nak pegi sri putri jusco taman u etc boleh la gunakan perkhidmatan kami. InsyaAllah kepuasan pelanggan diutamakan. Untuk sekarang ni baru bermula fasa pertama. Alhamdulillah nampak jugak peluang untuk generate income, buat duit tepi di samping tolong kawan-kawan yang memerlukan yang takde transport apa semua kan.

                Okay next topic aku nak story pasal apa pulak ya. Haa pasal falsafah kot. Falsafah dalam kiasan cenggitu lah. Aku sendiri tak tahu yang aku ni sedar ataupun tidak, aku terus menerus ulang benda yang sama. Ntah orang putih mana yang cakap “go out for a date with your ex is same like read the same book twice”. Yang mana kita dah tahu jalan cerita and ending nya tapi kita keep baca. What the nonsense all about! Aku pon tak faham. Tapi setiap benda yang jadi tu pun ada hikmahnya. Baguslah, dengan pertemuan tu dapat aku rasakan yang sememangnya cinta tak perlu bersama. Dah kalau tertulis bukan jodoh kita sampai mati pun kita p usha tak jadi apa. Tu lah satu benda yang selama ni aku patut belajar dan aku baru faham sekarang. Now let’s focus on our own business. Dan aku ucapkan selamat maju jaya kepada ex-ex aku sekalian. Wakaka :P

                Last but not least, aku nak selitkan pasal kisah kekasih sejati sampai mati aku nih. Tak lain dan tak bukan iaitu Arsenal Football Club. Untuk musim baru 13/14 ni pada awalnya aku rasakan kita berada dalam trek/landasan yang tepat untuk tamatkan kemarau trofi.  Tapi start bulan februari ni dugaan pertama yang cukup besar kita terpaksa hadapi. Aku taknak ulas game by game past result or next fixture, cukup sekadar general. Umumnya DNA Arsenal semakin lama semakin sebati dalam diri ini. Tak malu untuk aku reveal yang lelaki rela menangis bila pasukan kesayangan kalah daripada hilang awek. Ketika entri ini ditulis aku tengah tunggu game yang semua duk canang cakap The Cave Derby. Sebab apa?? Sebab last fixture arsenal kalah teruk 5-1 lawan Liverpool dan Man Utd (baca shit)  semacam nak keluar gua lawan Fulham tetiba goal Bent jadikan result dowang 2-2 masa kecederaan. HAHAHA. Dan disebabkan kekalahan itu jugak untuk new sem teruk aku kena bahan dengan lecturer otai-otai Liverpool! Kebetulan plak masa kelas aku pakai away jersi Arsenal. Kaw2 kena tiaw. Tapi takpe, I am happy with that. At least aku boleh rapatkan hubungan dengan lecturer-lecturer baru yang aku kenal ni. Apa-apa pun kita sama-sama tunggu end of the season whether Liverpool o arsenal or city or Chelsea yang dapat piala. No worries sebab aku tak heran sangat kalau dowang yang angkat piala kalau nak dibandingkan dengan man utd(baca shit). Cuma sedih sebab kita as a title contenders takkan nak selamba lepas cup macam tu je kan. Apa-apa pun “once you a gooner always be a gooner”. Come on you Gunners!

Goodbye. Selamat malam semua..kbai

1 comments:

SKEEPMIESTER said...

kita baca buku yg sama ulang kali sebab kepuasan dia.. biar la dah tau jalan cerita, ending dia mcm mne kan

sanggup gagahkan diri baca untuk kali keberapa semata nak kejar kepuasan dekat tengah2 cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...