Fellow Friends

12 April 2015

Masih Berada Di Fasa Transisi

Assalamualaikum wbt.
Aku tak bercadang nak menulis panjang. Cuma sekadar memanfaatkan masa yang ada untuk coretkan sedikit kat belogg yang dah lama ditinggalkan.

Alhamdulillah dah setengah musim aku berpraktikal. Tapi mood untuk belajar, attend kuliah tu masih tinggi. Bukan bermakna kerja sekarang tak best, tapi rindu dengan kelas (kawan-kawan) tu lebih tinggi daripada merindu meja ofis tu sendiri. Hahaha

Dan macam-macam juga lah yang dah berlaku sepanjang tak update apa-apa kat sini. Nak diceritakan satu-satu mahu tak tido aku malam ni.

Di kesempatan ini juga aku nak memohon maaf kepada sesiapa yang ada/pernah dalam sedar atau tidak aku guriskan hati dan perasaan. Aku harap kepada sesiapa yang masih tak bole terima cuba lah contact aku waima cara cemana sekali pun. InsyaAllah kita akan usahakan dengan cara yang bijak.

Akhir kata, aku mengharapkan semuanya berjalan lancar dan segala perancangan dipermudahkan olehNya baik aku dan kau orang juga semua ya. Amin. InsyaAllah

Terima Kasih!

2 comments:

SKEEPMIESTER said...

takde entri baru??

Nick Casper said...

Rindu ke Skeep? InsyaAllah after settle report logbook bagai aku update lah. stay tune

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...