Fellow Friends

04 September 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum wbt.
Salam Lebaran

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberikan masa dan kelapangan kepala otak ni untuk mencoret beberapa kenangan yang telah berlaku sepnanjang Aidilfitri kali ini.

Untuk tidak membuang masa, aku mulakan cerita dari perjalanan balik ke kampung, terasa jugak macam orang merantau. Johor ke Kelantan, sempat aku dan family berbuka untuk last day puasa tu. Bila da kat berbuka kat kampung takde benda lain dah yg aku hadap iaitu kuih-kuih tradisional Negeri Cik Siti Wan Kembang, jala mas, akok dan macam-macam lagi lah. Lepas selesai berbuka, anak-anak buah semua main bunga api, yg tua ni pon ikut la skali alang-alang kan, lagipon terawih da takde.

Dan..... Bila tiba hari raya, aku dan family lepas solat sunat Aidilfitri kami pun ke kubur utk hari raya pertama dan raya kedua, arwah atuk dan nenek bagi kedua-dua belah keluarga. Lepas tu aktiviti macam biasa la, tour raya bersama sedara mara saling berkunjung. Meriah tak terkira bagi aku kerana hampir kesemua keluarga balik beraya kat kampung tahun ni. Itu sebab lah terjadinya Open House besar-besaran pada raya ke 3 dari keluarga kami, bukan kata sedara-mara saja yang dijemput, semua orang kampung turut sama. Alhamdulillah meriah sampai ke malam. Tapi shift aku dari pagi sampai zohor jelah, lepas tu masuk rumah tido la.hahaha. gila penat. apa-apa pun kau respect kat makcik-makcik aku sebab depa dari malam raya ke-2 da buat preparation sampailah habis majlis tersebut.

Aku pun sibuk jugak balik raya kali ni sebab aku terlibat dalam event Reunion Anak Merbau. Itu insyaAllah jika ada kelapangan aku update kat entri baru ASAP sebelum naik sem baru. Apa-apa pun aku bersyukur selamat pergi dan balik yg memakan masa 12 jam, setengah hari jugak tuh.

Balik Johor disambung pulak beraya bersama kawan-kawan. Beraya sambil sambut merdeka, utk 3 hari berturut-turut memandangkan masing-masing cuti merdeka tu yang banyak rumah jelajah. Penat tak terkira dari beraya Taman Molek, masuk Taman Pasir Putih pergi pulak keliling Taman Kota Masai dan last sekali ke KongKong nun jauh di sana. Yang penting aku puas, dapat beraya dgn kawan-kawan sahabat handai yg dari zaman sekolah lagi. Sedar tak sedar masa pantas berlalu, kalau dulu beraya naik bus, membawak ke naik basikal, lepas tu tumpang depa naik moto and then sekarang masing-masing da bole drive dan beraya jauh-jauh.

Kesimpulannya aku berterima kasih dan bersyukur kepada Nya kerana masih diberikan peluang dan masa untuk bersama kawan-kawan walaupun masing-masing kini semua merantau jauh mengejar cita-cita dan ada yang sudah bekerjaya. Sedikit sebanyak foto yang sempat aku rakamkan sebagai tanda kenang-kenangan untuk ditatapi. Dipersilakan
Sekian,








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...